Guna Udang Segar. Ini Rahsia Buat Inti Cucur Badak Yang Sedap

Share

Keenakan Kuih Cucur Badak terletak pada intinya. Jika enak inti dan cukup perisanya, maka sedaplah kuih tersebut. Goreng dan makan pula panas-panas. Memang cukup memberi nikmat buat penggemarnya. Anda nak cuba masak Kuih Cucur Badak yang sangat sedap? Saudari Normani Mdsaad ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!

 

RESIPI KUIH CUCUR BADAK YANG SEDAP

BAHAN-BAHAN INTI:
1/2 kg udang kapas kecil
2 biji kelapa parut – pastikan tidak terlalu tua
20-25 tangkai cili kering beli online disini
5 batang serai
5-6 biji bawang merah beli online disini


1 biji bawang besar beli online disini
Sedikit kunyit hidup 
1 sudu teh jintan manis beli online disini
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar halus semua bahan kecuali udang, bahan perasa dan juga kelapa parut. 
2. Masak bahan kisar sekejap di atas api kemudian masukkan kelapa parut yang telah di kisar kering sekejap. (jangan kisar lama, kerana jika tekstur terlalu halus rasa kurang sedap)
3. Kacau dalam 5-10 minit kemudian masukkan udang. Kacau lagi hingga agak kering.

4. Tambahkan garam, gula dan perasa (kalau suka) mengikut selera masing-masing.


5. Kacau lagi inti hingga agak kering dan angkat. Sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam doh.

BAHAN DOH / KULIT CUCUR:
1kg keledek manis – empunya resipi guna keledek pink
2-3 cawan tepung gandum – jumlah ikut kesesuaian


Sedikit garam

CARA MEMASAK:
1. Kupas kulit keledek, potong kecil supaya cepat empuk bila rebus. Masukkan air sama paras dengan keledek. Jangan banyak sangat nanti lembik. Letakkan secubit garam.
2. Rebus keledek hingga air hampir kering. Angkat dan biar sejuk baru lenyekkan.


3. Tambahkan tepung sedikit demi sedikit. Bila sudah siap, bulatkan doh sama saiz.
4. Leperkan doh, masukkan inti dengan secukupnya dan bulatkan kembali.


5. Tabur sedikit tepung atas dulang @talam kemudian letak kuih yang siap dimasukkan inti. Ia bertujuan supaya doh kuih tidak melekat dan mudah untuk digoreng.


6. Panaskan minyak masak dan goreng menggunakan api sederhana hingga garing keemasan.


7. Kuih Cucur Badak sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Normani Mdsaad

 

Beli disini: [su_button url=”https://www.goshop.com.my/products/small-kitchen-appliances/pure-n-fresh-hand-blender-set-20143128?utm_source=rasa&utm_medium=referral&utm_campaign=POC” style=”soft” background=”#efbb2d” color=”#190e0e” size=”6″ icon_color=”#db1616″]Pure N Fresh Hand Blender Set[/su_button]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN