Guna Santan Pekat, Padanlah Kek Chiffon Pandan Ni Cantik, Gebu & Berlemak.

Share

Cantik dan sedap resipi kek olahan Fuza ni menarik perhatian semua penggemar kek chiffon dan pandan. Menariknya kek ini menggunakan santan yang menjadikan rasanya bertambah lemak dan padat seperti sedang menikmati kuih dan kek dalam masa yang sama. Jika kamu teringin untuk merasainya, inilah masanya untuk cuba dan tunjukkan skill memasak kek.

KEK CHIFFON PANDAN GEBU

Bahan A

  • 7 biji telur kuning
  • 120g santan pekat (Fuza guna santan perah kalau nak guna kotak pun boleh)
  • 80g minyak (Fuza guna minyak jagung)
  • 140g tepung MFM self-rising diayak (tepung khas untuk kek)
  • Daun pandan (Fuza pakai 5-6 helai untuk daun besar/ 7-8 helai kalau daun kecil)

Bahan B

  • 7 biji putih telur
  • 120g gula castor (Fuza guna *ORCS blend dulu baru timbang)
  • 1/2 tsp cream of tar tar
  • 1/4 tsp garam

CARA MEMASAK:

Panas oven dalam 180c bergantung pada oven masing2. Fuza punya oven sederhana, tak besar tak kecil. Jadi, mana yang oven kecil suhu dalam 160-170c bergantung pada oven masing2. Kena faham ragam oven dulu ye.

  1. Blend santan dengan daun pandan dan perah untuk dapatkan pati santan dan pandan. Timbang biar cukup 120g. Kalau tak cukup tambahkan lagi santan bagi cukup 120g juga.
  2. Pukul telur kuning bagi kembang dalam seminit je lebih kurang (Fuza pukul guna garfu).
  3. Masukkan pati santan pandan, minyak dan tepung kek tu. Dan whisk sebati.
  4. Mangkuk lain, *pukul putih telur, masukkan garam dan cream of tar tar. Dan masukkan gula sikit-sikit sampai habis. Pukul sampai kembang, sampai dapat stiff peak.
  5. Mula2, ambil 1/3 telur putih yang sudah jadi meringue kacau lembut2 sahaja. Kemudian yang lebih, ambil sedikit2 guna teknik kaup balik ulang sehingga habis.
  6. Alaskan loyang 8×8 dengan baking sheet dan tuang adunan kemudian hentak sikit bagi pecah air bubble dalam adunan tu. Fuza guna dua loyang 6 inci, kiranya satu adunan tapi bahagi kepada dua loyang 6 inci.
  7. Bakar selama 50-60 minit ikut pada suhu oven masing2. Teknik bakar ni, menggunakan tekinik water bath. Maknanya, loyang kek tadi dimasukkan dalam lagi satu loyang yang diisikan air pans mendidih ye. Wajib, guna air pans mendidih ye.
  8. Bila kek dah sejuk, bahagikan kepada 3 bahagian sama rata.

 

PUDING PANDAN

Bahan A

  • 680g jus pandan (blend daun pandan dengan 680g air. Saya guna pandan dalam 10 helai. Dah blend tapis, perah buang hampas. Timbang balik untuk dapatkan 680g. Kalau tak cukup tambahkan lagi air bagi cukup.
  • 1 tsp white agar-agar powder
  • 80g gula
  • 50g unsalted butter
  • 1/4 tsp salt

*Fuza pakai salted butter (Anchor). Mana yang pakai salted butter tak payah masukkan garam lagi ye.

Bahan B

  • 240g santan (Fuza pakai santan perah, nak pakai santan kotak pun boleh)
  • 70g gree hun kwee flour
  • 2 tsp instant jelly

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua Bahan A dalam periuk dan panaskan atas api dapur sampai aga-agar larut. Pastikan larut, kalau tak nanti puding tak mengeras.
  2. Sambil tunggu agar-agar larut, dalam 1 mangkuk campurkan Bahan B.
  3. Bila Bahan A dah ready, masukkan bahan B dalam periuk dan kacau guna whisk or spatula. Ni ambil masa kejap je sebab adunan puding akan memekat cepat.
  4. Bila puding dah mula memekat, warna pun tak berubah boleh tutup api. Proses menyalut kek, perlu pantas untuk mengelakkan puding sejuk. Bila sejuk, puding akan mengeras dengan cepat.

 

Tip nak bagi chiffon cake gebu:

  1. Semua bahan kita guna mesti pada suhu bilik. Tak nak sejuk. Tak nak panas.
  2. Bila kek masak terus keluarkan dari oven dan keluarkan dari loyang. Biarkan kek menyejuk atas rack. Jangan biar kek menyejuk dalam loyang. Confirm kek jadi kecut.
  3. Oven jangn terlalu panas, untuk mengelakkan kek retak di atas.

Tip untuk dapatkan meringue telur putih yang cantik bertanduk:

  1. Pastikan telur segar.
  2. Pastikan, tak ada sikit pun telur kuning pada telur putih.
  3. Pukul putih telur dulu, sehingga timbul buih2 kecil. Kemudian baru masukkan telur sedikit demi sedikit sehingga jadi bertanduk diingatkan jangan over beat.
  4. Bekas dan mixer kering dari sebarang air dan minyak. Air dan minyak boleh mencacatkan kejadian meringue.

Tip puding pandan:

  1. Untuk dapatkan, layer kek pula. Fuza guna juga loyang saiz 6 inci juga. Asingkan dulu 100g puding sebagai, persediaan untuk touch up mana yang lompong.
  2. Layer pertama puding, kemudian kek kemudian puding lakukan step ni sampai habis kek.
  3. Ulang sampai habis step layer kek, kemudian hentak untuk padatkan kek dan puding pandan tersebut.

Akhir sekali, sejukkan kek baru boleh keluarkan dari loyang. Wajib tunggu sejuk ye, kalau tak, tak dapat puding yang licin dan rata.

Selamat mencuba.

Kredit resipi: Zulfa Mahfudzah Mohammad Zaki

 

IKLAN