Piza saiz 9 inci sudah cukup sempurna untuk dinikmati buat dua atau tiga orang. Apatah lagi kalau dibuat sendiri dengan menggunakan toping yang kita gemari.
Melalui facebook, Hidayati Hana telah berkongsi resipi membuat piza. Resipi ini boleh membuat dua keping piza bersain 9 inci. Wow sangat kan?
Jom kita lihat resipinya.
PIZA HOMEMADE
BAHAN DOH
1/2 cawan air suam
1 sudu besar yis
1sudu kecil gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun (boleh guna minyak masak)
Ads
CARA MEMBUAT
1. Campurkan air suam dengan yis dan gula.
2. Biarkan selama 10 minit sehingga yis kembang.
3. Dalam mangkuk yang lain, masukkan tepung gandum, garam dan minyak zaitun.
4. Gaul rata dan masukkan yis yang sudah kembang tadi.
5. Uli adunan tepung gandum itu seketika sehingga doh tidak lekat di tangan. Perap selama 1 jam.
6. Apabila sudah 1 jam ambil, doh tadi dan tumbuk-tumbuk supaya keluar angin.
7. Taburkan tepung gandum di atas papan pencanai dan bahagikan kepada 2 bahagian.
8. Canaikan doh tadi. Bentuk bulat dan letakkan dalam loyang saiz 9 inci yang sudah disapukan dengan sedikit mentega atau minyak masak.
9. Ambil garpu dan cucuk-cucukkan doh tadi.
BAHAN TOPING
Sedikit sos Prego (untuk sapu atas doh)
Keju mozarella (parut)
Sosej
Crabstick
Capsicum hijau/merah
Bawang holland
Ads
CARA MEMBUAT
1. Sapu sos Prego atas doh.
2. Taburkan sedikit keju mozarella.
3. Letakkan sosej, crabstick, capsicum dan bawang holland.
4. Taburkan lagi keju mozarella ke atas doh.
Ads
5. Biarkan seketika lebih kurang 15 minit.
6. Panaskan oven suhu 200 darjah selsius dan bakar selama 25 minit.
7. Inilah hasilnya.
Jika anda sukakan sandwic, resipi sandwic telur perkongsian saudari NaNie ini boleh anda cuba. Mudah dan ringkas sahaja cara penyediaannya. Kalau nak buat untuk meniaga pun boleh. Selamat mencuba!
ROTI SANDWIC TELUR VIRAL
BAHAN-BAHAN:
10 biji telur | direbus dan dilecek
1 senduk mayones
1 sudu teh lada sulah ajishio
inti yang telah siap diadun
CARA-CARA: 1. Campur semua sekali dan gaul sebati.
BAHAN SAMPINGAN:
Tomato | dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)
CARA MELAPIS:
Sapu roti dengan mentega.
Ambik sekeping roti, letakkan tomato.
Letakkan sesudu bumbu bancuhan telur dan letak atas tomato tadi. Ratakan.
Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan akhir sekali letakkan roti.
Garlic Nan homemade atau Roti Nan Bawang Putih ni memang sangat sedap kalau makan panas-panas. Jika kena yang betul-betul padu, makan tanpa kuah pun dah cukup membuka selera. Untuk menikmatinya, kebanyakkan kedai-kedai makan mamak ada menjual menu ni. Tapi, kalau susah nak jumpa yang sedap & kena selera, puan-puan boleh cuba buat sendiri secara homemade. Sangat mudah dan guna bahan-bahan yang senang dicari. Jom lihat resipi perkongsian saudari Amie Samuri ni. Sekali cuba pasti puas hati.
RESIPI GARLIC NAN HOMEMADE YANG SANGAT SEDAP
BAHAN-BAHAN DOH:
3 cawan tepung gandum
1 sudu makan yis
1 sudu makan susu pekat manis – boleh abaikan
1 sudu makan gula
1 1/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu teh RFB atau sebarang pelembut roti (bread improver) – RFB adalah agen untuk menggantikan bread improver yang diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan.
4 sudu makan minyak zaitun / minyak masak
BAHAN SAPUAN:
Mentega
Bawang putih cincang
Daun ketumbar atau parsley cincang secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan doh dan uli sehingga agak licin.
2. Perap doh hingga naik 2 kali ganda. Tumbuk buang angina dan canai nipis.
3. Rehatkan doh selama 5 minit.
4. Satukan mentega dan bawang putih. Gaul sebati dan sapukan pada doh tadi. Tabur daun ketumbar atau parsli dengan secukupnya.
5. Masak doh menggunakan kuali non-stick dan tutup penutup periuk.
6. Bila dah keperangan, terbalikkan dan masak sebelah lagi hingga keperangan.
7. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Jika tiada pelembut roti (bread improver), boleh gantikan dengan 1 sudu teh baking powder atau double action powder untuk dapatkan tekstur roti yang lembut walaupun sejuk.
Kalau pergi ke negeri Johor terutamanya di Johor Bahru, jangan sampai terlupa untuk makan kacang pool. Memang sedap sungguh dan sangat mengenyangkan. RASA kongsikan resipinya yang mudah untuk dibuat.
KACANG POOL
BAHAN TUMIS
3 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang merah | cencang halus
2 ulas bawang putih | ditumbuk
1 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar ketumbar | ditumbuk halus
25 gram serbuk kari daging
BAHAN KUAH KACANG POOL
400 gram daging kisar
1 tin kacang parang
1 tin kacang merah
1 tin kacang bakar
Air secukupnya
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak sapi. Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan serbuk lada hitam dan ketumbar. Kemudian masukkan serbuk kari daging. Biarkan sehingga naik harum baunya.
2. Masukkan daging kisar. Kacau seketika.
3. Masukkan kacang parang, kacang merah dan kacang bakar. Biarkan semuanya sebati dan masak.
4. Masukkan air. Biarkan seketika.
5. Masukkan gula dan garam. Kacau dan biar seketika sebelum matikan api.
CARA PENYEDIAAN
1. Sapu roti dengan sedikit mentega. Bakar sekejap.
2. Masukkan kuah kacang dalam mangkuk.
3. Goreng telur mata kerbau. Letakkan di atas kuah.
4. Tabur hirisan cili besar dan bawang goreng. Jangan lupa sebiji limau kasturi.
5. Sedia dinikmati.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!