
Batuk antara masalah biasa kita hadapi, ada kala ambil masa berminggu-minggu untuk pulih.
Kalau dah makan ubat masih juga belum reda mungkin boleh gunakan rawatan semula jadi untuk menyembuhkannya.
Dikongsi oleh DrRizal Abu Bakar, beliau menurunkan cara merawat batuk menggunakan bawang dan madu yang boleh kita praktikkan sebagai alternatif makan ubat.
Kesan ubat batuk pada otak
Kali ini saya nak share tentang cara rawat batuk. Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?
Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok. Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.
Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.
Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.
Bawang dan madu, home remedy untuk batuk

Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.
Caranya ialah:
1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
2. Leraikan lapisan bawang tadi.
3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
7. Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.
Boleh cuba di rumah.
Sumber: DrRizal Abu Bakar
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nak Goreng Telur Mata Yang Elok Hasilnya, Ikut Tiga Tip Ni

Sedap makan bila dapat telur goreng dengan kicap. Nak goreng telur mata pun ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.Perkongsian tip Wan Luqman ini boleh bantu anda yang selalu gagal bila nak menggoreng telur mata. Jom baca perkongsiannya di bawah.
*****
Saya nak kongsikan sikit tip nak buat telur mata kerbau.
*Pertama, kena guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Sebab telur putih akan membaluti telur kuning tu sikit dan telur tu tak merebak ikut saiz kuali.
*Tip kedua, minyak kena lebih supaya ia akan tenggelam biar rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan direct terus ke kuali.
Jangan risau, kita tos dulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke pinggan terus. Bila keliling putih tu dah start garing sedikit, boleh angkat dah.
*Tip ketiga, gunalah telur saiz D ataupun E. Ianya lebih afdal. Bila telur mata kerbau, macam ni. Kuning tu sama ada cair atau separa cair. Baru berselera.Selamat mencuba.
Kredit: Wan LuQman
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Petua Dapur Yang Mudahkan Kerja-Kerja Memasak.

Dalam bidang masakan ada banyak koleksi petua dapur yang boleh dicuba. Ianya bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja memasak dan penyediaan makanan agar anda rasa tidak berasa susah, cepat siap serta mengelakkan dari pembaziran. Berikut adalah koleksi petua-petua yang boleh anda cuba dan amalkan. Moga setiap satunya memberi manfaat dan memudahkan kerja harian anda di dapur.
1. PETUA HILANGKAN RASA PAHIT LEMON

1. Jika anda merasa pahit pada hidangan bersos akibat penggunaan lemon, tambahkan beberapa cubit garam kemudian kacau. Garam mampu meneutralkan rasa pahit. Masukkan sedikit demi sedikit hingga rasa pahit hilang.
2. Untuk hidangan makanan lain yang kuahnya lebih pekat, anda boleh menghidangkannya dalam keadaanmasih panas atau suam agar rasa pahit tidak begitu ketara. Suhu panas boleh membuat rasa pahit tidak dapat dikesan. Ini yang membuatkan kopi panas tidak terlalu pahit rasanya dibandingkan kopi sejuk.
3. Jika anda akan membuat minuman daripada lemon, pastikan anda hanya menggunakan isi buahnya sahaja. Buang biji dan bahagian kulit yang berwarna putih, kerana bahagian itulah yang membuat lemon terasa pahit.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan lemon.
2. PETUA PILIH KETAM YANG BANYAK ISI & PENUH TELUR

- Pilih ketam yang bertelur. Sudah pasti isinya banyak.
- Beli ketam semasa bulan mengambang. Dikatakan masa ni isi ketam tengah padat dan penuh.
- Ambil ketam betina. Ini kerana ketam betina mempunyai lebih banyak isi berbanding ketam jantan.
- Panduan seterusnya ialah, lihat bahagian bawah badan ketam betina. Jika ada selonggok telur di luar badan, ha…itu petanda ketam tersebut banyak telur. Kena ambil yang tu. Memang puas hati makan.
- 5. Nak tahu berat ke tidak, cubalah timbang-timbang dengan tangan. Kalau berat, tanda isi penuh lah tu.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan ketam.
3. PETUA ELAK CILI KERING KISAR CEPAT BERKULAT
- Rebus cili kering daqn buang bijinya.
- Setelah lembut, toskan air.
- Masukkan ke dalam pengisar dan masukkan sedikit minyak masak. Kisar hingga lumat.
- Masukkan cili kisar ke dalam kuali. Panaskan dan tabur sedikit garam. Gaul rata hingga lebihan air cili kisar tadi kering.
- Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup yang bersih. Simpan di dalam peti sejuk.
- Hasilnya, cili kering homemade anda akan tahan lebih lama.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan cili kering.
4. PETUA CUCI KAIN PENGELAP DAPUR AGAR LEBIH BERSIH & HARUM

Kain pengelap yang bersih digunakan ketika proses memasak di dapur. Namun jika tidak dibasuh dengan kerap, kain pengelap ini biasanya akan menjadi busuk. Petua mudah ini mampu memastikan kain pengelap sentiasa bersih dan selamat digunakan.
BAHAN-BAHAN:
- Soda Bikarbonat
- Cuka
- Air panas
- Kain Pengelap
CARA-CARA:
- Masukkan soda bikarbonat ke dalam mangkuk berisi air panas.
- Kemudian masukkan cuka. Kacau rata.
- Seterusnya masukkan kain pengelap. Pastikan kain tersebut terendam sepenuhnya. Biarkan kain terendam semalaman.
- Bilas kain dengan air bersih dan jemur sehingga kering. Hasilnya kain pengelap anda lebih bersih dan tidak busuk.
5. PETUA LEMBUTKAN AYAM PENCEN

Ayam pencen memang enak dimasak dengan pelbagai hidangan seperti rendang, kari, gulai dan bermacam-macam lagi. Namun, isi ayam ini bukan mudah dimasak seperti isi ayam biasa. Ia mempunyai tekstur yang lebih keras serta liat. Bagi memudahkan isi ayam ini empuk sewaktu dimasak, ada petua yang boleh dicuba. Antara yang boleh dicuba adalah:
BAHAN-BAHAN:
- Ayam tua – dibersihkan
- Betik muda
CARA-CARA:
- Hiris betik muda bersama-sama kulitnya.
- Masukkan ke dalam bekas berisi ayam dan rendam selama 10-15 minit.
- Kemudian bolehlah dibersihkan dan dimasak seperti biasa.
Klik DISINI untuk resipi menggunakan ayam.
6. PETUA LAMBATKAN NASI BASI

Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi! Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak. Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi aneka nasi.
7. PETUA ATASI MASALAH NASI LEMBIK

- Buka periuk nasi dan masukkan dua biji telur yang telah dibasuh kulitnya. Kemudian tutup penutup dan biarkan seketika anggaran 10-15 minit.
- Buka kembali periuk dan hasilnya nasi anda akan jadi kering dan sempurna. Selamat mencuba!
8. PETUA SIMPAN DAUN SUP AGAR KEKAL SEGAR DALAM TEMPOH MASA YANG LAMA

BAHAN-BAHAN:
- Daun sup
- Air masak
- Bekas kiub ais
CARA-CARA:
- Basuh bersih daun sup dan dan racik halus seperti yang anda potong untuk masukkan dalam masakan sup.
- Masukkan hirisan daun sup ke dalam bekas kiub ais. Isi air sampai menutupi daun-daun tadi.
- Letakkan dalam peti sejuk dan bekukan. Setelah beku sepenuhnya, keluarkan dan simpan dalam bekas yang bertutup seperti bekas makanan.
- Untuk menggunakannya, ambil 2-3 kiub ais daun sup dan masukkan ke dalam sup yang sedang dimasak. Siap untuk dinikmati!
- Cara ini juga boleh digunakan untuk menyimpan lebihan hirisan bawang, cili, daun ketumbar dan sebagainya. Selamat mencuba!
9. CARA MASAK NASI TUMIS AGAR TAK HANCUR & MASAK SEMPURNA

- Rendam beras Basmathi sekurang-kurangnya 30 minit sebelum dimasak.
- Tumis rencah yang diperlukan untuk nasi, kemudian masukkan air. Jumlahnya sama banyak dengan beras yang anda gunakan. Jika 3 cawan beras, makan airnya juga 3 cawan.
- Biar sehingga air mendidih. Kemudian masukkan garam serta beras.
- Setelah nasi hampir kering, kacau nasi dalam 2 kali kaup.
- Tutup periuk, kecilkan api. Tudung periuk perlulah rapat agar wap panas tidak keluar. Jika penutup renggang, tindih dengan menggunakan lesung batu.
- Elakkan membuka penutup periuk pada waktu ini kerana wap-wap yang terkumpul membantu proses memasak. Jika dibuka, wap akan ‘putus’ dan nasi akan menjadi seakan jelatah.
- Bila agak-agak nasi dah masak, tutup api dan biarkan seketika. Jangan kacau atau gemburkan nasi kerana nasi yang panas akan mudah patah bila dikacau banyak kali.
- Setelah nasi sedikit sejuk, bolehlah dihidangkan.
Klik DISINI untuk resipi aneka Set Nasi bersama lauk.
10. PETUA KUPAS KULIT TELUR REBUS DENGAN MUDAH & CANTIK SEMPURNA

- Basuh telur dan rebus seperti biasa.
- Setelah masak, rendam telur di dalam air dengan segera. Biarkan seketika.
- Setelah air menjadi suam, buang dan letak air lain. Ulang langkah yang sama sehingga telur sejuk.
- Kupas telur dan hasilnya telur lebih mudah untuk dikupas dan isi tidak melekat pada kulit.
- Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi aneka lauk telur.
11. PETUA BUAT DONAT YANG LEMBUT & GEBU

- Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
- Pastikan yis betul-betul berbuih sebelum dicampur ke dalam adunan.
- Guna air suam untuk bancuh yis. jangan guna air panas kerana ia akan menyebabkan yis mati.
- Setelah doh siap diadun, rehatkan secukupnya bagi memastikan doh kembang.
- Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Klik DISINI untuk resipi Donat sedap.
12. PETUA SIMPAN CENDAWAN AGAR SEGAR LAMA & TIDAK LEMBIK

BAHAN-BAHAN:
- Cendawan segar
- Tisu dapur
- Kertas surat khabar
CARA-CARA:
- Keluarkan cendawan yang baru dibeli dari plastik. Elakkan dari terkena air.
- Ambil tisu dan tindankan diatas kertas surat khabar lama.
- Letak cendawan tadi dan bungkus dengan kemas.
- Simpan di dalam peti sejuk di bahagian sayur-sayuran.
- Hasilnya cendawan yang anda beli boleh tahan lebih dari seminggu dan tidak lembik.
Klik DISINI untuk resipi cendawan sedap.
13. PETUA KUPAS & ASINGKAN ISI KERANG DENGAN CEPAT

BAHAN-BAHAN:
- Kerang
- 2 sudu makan minyak masak
- Air secukupnya | untuk merebus
CARA-CARA:
- Bersihkan kerang dan masukkan ke dalam periuk.
- Kemudian masukkan sama paras dengan jumlah kerang serta minyak masak.
- Tutup periuk dan biarkan hingga kerang masak.
- Toskan air dan kopek isi kerang. Hasilnya, cengkerang akan mudah terbuka dan isi akan senang tanggal dari kulitnya.
- Selamat mencuba!
Klik DISINI untuk resipi lauk kerang.
14. PETUA ELAK SOTONG JADI KECUT SEMASA MASAK

BAHAN-BAHAN:
- 1kg sotong segar
- 1 cawan air
- 2 sudu makan cuka
CARA-CARA:
- Bersihkan sotong dan masukkan ke dalam bekas.
- Tuang air dan cuka. Gaul rata. Biarkan selama 5 minit.
- Kemudian toskan air sotong tadi.
- Sedia untuk dimasak mengikut resipi kegemaran masing-masing. Hasilnya sotong yang dimasak akan jadi lembut, tidak terlalu kecut dan sedap.
Klik DISINI untuk resipi lauk sotong.
Ibu Rempah, Rahsia Masakan Lebih Sedap! Ini Cara Membuatnya

Ibu rempah ini sangat berguna untuk masakan. Malah boleh dikatakan sebagai rencah rahsia masakan seperti rendang, asam pedas, ayam goreng serta ayam bakar agar jadi lebih sedap.
Bukan itu saja bahan yang terkandung di dalamnya iaitu ketumbar serta jintan turut membuatkan masakan lebih harum dan menyelerakan.
Hanya perlu ambil 1-2 sudu serbuk ini untuk dimasukkan semasa menumis, hasilnya masakan akan jadi lebih berperisa.
Cara membuat ibu rempah
Cara membuat perencah rempah ini dikongsi oleh Sara Iskandar yang memang menggunakannya dalam masakan. Cuma sediakan tiga bahan saja iaitu;
- 3 senduk ketumbar
- 1 senduk jintan manis
- 1 senduk jintan putih

Goreng bahan-bahan ini tanpa minyak sehingga sedikit garing untuk mengeluarkan aroma wangi yang khas. Setelah itu, kisar kering bahan-bahan tersebut sehingga halus. Siap!
Masakan sesuai menggunakan ibu rempah
Rendang – aromanya yang kuat akan menyatu dengan daging, menghasilkan rendang yang lebih berperisa.
Asam Pedas- menambahkan rasa rempah yang lebih kaya, menjadikan kuah asam pedas lebih menyelerakan.
Ayam Bakar & Ayam Goreng: memberi lapisan rasa yang lebih dalam, menambah keharuman pada ayam bakar atau goreng.

Tip menyimpan
Simpan dalam bekas kedap udara untuk memastikan ia kekal tahan lama dan aromanya tidak hilang.
Simpan di tempat yang sejuk dan kering. Dengan cara ini, ibu rempah akan sentiasa siap digunakan bila diperlukan.
Kredit resipi & foto: Sara Iskandar
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

