Guna 4 Bahan Buat Agar-Agar Cadbury, Confirm Sedap.

Share

Agar-agar antara menu wajib ada bagi kebanyakan mereka yang sukakan menu pencuci mulut yang manis dan sejuk. Daripada beli apa kata anda cuba buat Agar-Agar Cadbury ini kerana ia sangat mudah disediakan dan sedap. Anak-anak gerenti suka. Buat awal ye supaya sempat disejukkan dalam peti sejuk sebelum berbuka nanti.

AGAR-AGAR CADBURY
BAHAN-BAHAN:


10gm serbuk agar-agar
4 pek Milo 3 in 1
30gm cadbury milk chocolate
5 cawan susu segar

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan susu dalam periuk, masukkan agar-agar, kacau rata dan renehkan atas dapur guna api perlahan.

2. Asingkan dua cawan dari adunan susu tadi, masukkan Milo 3 in 1. Kacau hingga milo larut.

3. Milo dah larut masukkan coklat cadbury. Kacau sampai sebati.

4. Setelah siap, masukkan dalam bekas yang sesuai, selang selikan setiap lapisan bermula dengan lapisan putih.

4. Sejukkan dulu setiap lapis dalama peti sejuk lebih kurang 2 minit sebelum dituangkan lapis seterusnya. Lakukan hingga habis dan hiaskan di atas dengan bebola coklat untuk lebih cantik.

5. Sejukkan dalam peti sejuk. Setelah sejuk sedia dihidangkan.

Kredit : Umi Watie

IKLAN