Guna 3 Bahan Jer Buat Koko Krunch Bar. Sedap, Anak-Anak Mesti Suka!

Share

Biskut raya dah habis, malas nak menguli lagi. Jangan risau cuba resipi viral 3 bahan ni bukan sahaja mudah tapi sedap gerenti anak-anak suka sebab rasa coklat koko krunch tu menarik perhatian! Jom cuba.

RESIPI KOKO KRUNCH BAR

BAHAN-BAHAN:

  • 300g Koko Krunch
    (sy guna yg kecik2 beli kt kedai bekery je.Takde koko krunch ni pun tak pe boleh je pakai koko krunch yg biase ade kt kedai tu..then kalau nak tukar cereal lain mcm crispy rice/honey star ke pon boleh..😁
  • 250g butter
  • 300g Mashmellow (yg kaler putih)

CARA MEMASAK:

  1. Masak ats dapur ye api kena kecik.
  2. Sediakan kuali masukkan 250g butter cairkan.
  3. Setelah cair masukkan 300g mashmellow gaul2 sampai bahan2 semua tu tadi cair seperti susu pekat.
  4. Kemudian masukkan 300g Koko krunch dan gaul sampai bahan2 td rata keseluruhnye.
  5. Tutup api masukkan ke dalam loyang dan padat2 kan guna sudu.
  6. Akhir sekali sejukkan dalam peti ais sekejap.
  7. Dalam 20minit keluarkan dan boleh la potong.

Kongsi resipi: Inainaina Ina‎ 

IKLAN