Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Bagi penggemar masakan kampung dan makanan laut, menu Gulai Tempoyak Ketam Nenas ini antara kegemaran ramai. Dinikmati dengan nasi putih panas memang membuka selera. Rasa kuah santan berlemak, masam dan pedas memang secukup rasa.

Ada pelbagai resipi dan cara masak Gulai Tempoyak Ketam Nenas ini. Namun jika inginkan kelainan boleh cuba resipi Gulai Tempoyak Ketam Nenas yang dikongsikan oleh selebriti dan usahawan terkenal, Ifa Raziah ini.

Menurut Ifa, rasa masakan kampung Gulai Tempoyak Ketam Nenasnya merupakan gabungan lemak, masam dan pedas. Malah memang naik selera sampai menjilat jari. Masakan tidak, menggunakan ketam gemuk, nenas manis dan tempoyak asli. Sekali rasa, susah nak move on. Malah dimasak dengan hati, membuatkan setiap yang makan pun boleh jatuh cinta!

CARA MASAK GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS RESIPI IFA RAZIAH

Bahan-Bahan:

6-8 ekor Ketam (dicuci bersih) dibelah dua
1 biji Nenas secukupnya
1 mangkuk Tempoyak
1 jug air

(Bahan Kisar):

Bawang Besar
Bawang putih
Bawang Merah
Cili Besar
Halia
Kunyit Hidup
Cili Kering (pilihan)

2 batang serai (diketuk)
1 kotak kecil Santan
Daun Kunyit (Dihiris)
Gula Melaka
Serbuk perasa
Asam Keping
Garam

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga wangi & naik bau.

Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!3. Kemudian masukkan serai yang telah diketuk.

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!4. Selepas itu masukkan sedikit air dan kacau sebati.
5. Setelah itu, masukkan nenas dan biarkan sehingga kuah menggelegak.

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!6. Masukkan pula, tempoyak kacau rata dan sedikit hirisan daun kunyit.

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!7. Selepas itu masukkan santan dan air secukupnya.

Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!8. Masukkan ketam yang telah dicuci bersih.

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!
9. Akhir sekali masukkan gula melaka, garam, asam keping dan serbuk perasa.

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Siap!

Ads

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Resipi GULAI TEMPOYAK KETAM NENAS Ifa Raziah, Lemak, Masam & Pedas, Sekali Rasa Terus Jatuh Cinta!

Selamat Mencuba!

Tip Ifa: Sementara nak tunggu kuah menggelegak, kerap kacau kuah untuk elakkan pecah minyak.

Kredit Resipi & Foto: Ifa Raziah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ifa Raziah (@ifa_raziah)

 Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Dapatkan resipi, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Menu Lain

Nasi Goreng Seafood Sotong Paling Padu, Guna Perencah Segera Tapi Rasa...

Nasi Goreng Seafood Sotong yang mudah dan sedap ini dimasak menggunakan perencah segera. Rasa padu seperti restoran, sesuai untuk menu makan malam keluarga.