Gulai tempoyak ayam? Mungkin ramai yang pelik kerana biasanya gulai atau masak tempoyak menggunakan ikan.
Tapi sebenar gulai ini memang ada. Bukan resipi baru tapi ada yang menikmatinya sejak dari kecil lagi. Kalau nak tahu rasanya, memang kena cuba.
Resipi gulai tempoyak ayam
Bahan-bahan
6 ketul ayam -dibersihkan
3-4 sudu besar tempoyak
Cili api (ikut kepedasan)
2 inci kunyit hidup
1 keping asam keping
1 cawan air
Daun kesum
Bunga kantan
Garam dan gula secukup rasa
1 mangkuk air untuk kuah
Cara penyediaan
1. Kisar tempoyak bersama cili api dan kunyit hidup. Masukkan secawan air.
Ads
2. Tuang dalam periuk bahan kisar tadi bersama asam keping, ayam, daun kesum, bunga kantan dan satu mangkuk air. Kacau agar semua bahan sebati dan biarkan gulai merenih.
4. Bila ayam dah masak, masukkan garam dan serbuk perasa. Tambah gula untuk seimbangkan asa tempoyak yang kadang-kadang masam. Tutup api, boleh dihidangkan
Tip untuk dapatkan warna tempoyak yang cantik adalah dengan menggunakan gunakan cili api merah atau cili besar merah. Insya-Allah cantik warnanya.
Macam mana nak tahu tempoyak dah rosak, ini tanda-tandanya;
-Keluarkan bau busuk
-Warna tempoyak berubah menjadi lebih gelap, coklat, atau kehijauan, itu mungkin tanda ia sudah rosak.
-Ada buih atau gelembung
-Tekstur berlendir atau berair
-Ada kulat pada permukaan tempoyak
-Rasa masam yang berlebihan
Jika terdapat mana-mana tanda di atas, sebaiknya elakkan daripada menggunakannya untuk mengelakkan keracunan makanan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kek red velvet, antara kek yang sering mendapat sambutan. Terdapat pelbagai cara untuk membuatnya, namun untuk mendapatkan hasil yang betul-betul memuaskan hati, agak sukar juga.
Menerusi perkongsian daripada Cik Siti Abu Sujak yang sudah menggunakan resipi lebih dari 10 tahun, inilah yang paling dia berpuas hati.
KEK RED VELVET
(Saiz loyang kebiasaan 8″)
BAHAN A:
2 ½ cawang tepung superfine (kalau tak ada tepung ni, boleh pakai tepung gandum/kek seperti di bawah) * – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder – beli online di sini 2 sudu besar serbuk koko (kalau nak merah lagi, kurangkan kepada 1 sudu besar je)
½ cawan mentega – beli online di sini 1 ½ cawan gula castor – beli online di sini 2 biji telur A 1 sudu kecil vanilla extract atau 2 sudu kecil esen vanilla
1. Siapkan dulu bahan C: campurkan susu dan cuka dan biarkan untuk 10-15 minit. Bila dah membentuk susu masam atau jadi kental, masukkan pewarna dan kacau sebati (kalau ada buttermilk, boleh tukar bahan C ni) 2. Satukan bahan A dan ayak sekali. 3. Pukul mentega dan gula sampai sebati dan masukkan telur. Pukul sampai kembang. 4. Masukkan pula vanilla extract, 1/3 bahagian tepung ke dalam adunan dan pukul hingga sebati.
5. Masukkan pula ½ dari bahan C (susu/buttermilk) dan pukul sebati. 6. Ulangi step 4 dan 5 sampai tepung habis. 7. Sementara itu, dalam bekas lain, campurkan cuka dan soda bikarbonat sampai berbuih. Cepat-cepat masukkan ke dalam adunan dan kacau secara kaup balik menggunakan spatula. 8. Bakar dengan suhu 170C (ikut kebiasaan ketuhar masing-masing) selama 50 minit atau sehingga tak melekat bila dicucuk tengahnya. 9. Sejukkan kek dan boleh dilapis dan salut dengan cheese cream. Boleh juga guna buttercream, tapi cream cheese lagi sedap!
NOTA TAMBAHAN:
*Masa nak bakar, boleh bahagikan adunan kepada 2 atau 3 loyang dan bakar selama 20-30 min (ikut saiz loyang dan ketuhar masing-masing). Ini untuk memudahkan deko layer kek tu nanti, tak perlu nak belah-belah. *Kalau nak bakar sekali, pastikan tak tebal sangat, takut jadi ‘gunung berapi’ (merekah). Bakar seperti langkah 8. Bila dah sejuk, baru belah di tengah-tengahnya untuk disapu cream cheese. *Adunan kek ni boleh juga dikukus.
CREAM CHEESE FROSTING
500g cream cheese 100g mentega (kalau nak yang kurang lembik, guna lepa susu macam buttercup) 1 sudu kecil vanilla extract 270g gula ising – beli online di sini Sedikit jus lemon (optional)
CARA-CARA:
1. Pukul cream cheese dan mentega sampai putih dan gebu. 2. Masukkan bahan-bahan lain dan putar lagi sampai kembang. Sapu dan hiaskan pada kek mengikut cita rasa.
* TEPUNG KEK : 1 cawan tepung kek = 2 sudu besar tepung jagung, masuk ke dalam cawan dan selebihnya masukkan tepung gandum/all purpose dalam cawan tersebut. Ayak sebanyak 3 kali.
NOTA: Kuantiti pewarna merah adalah mengikut jenama. Kalau dari kedai bakeri yang bertulis Bright Red yang agak pekat, gunakan terus 1 botol (selalunya dalam 2 sudu besar).
Siapa yang sedang diet sekarang? Hah kita ganglah. Kalau macam tu menu diet apa yang kita nak buat malam ni? Bosan juga asyik masak yang berkukus. Hari ni kita ubah selera dengan buat Tortilla chicken wrap untuk sarapan atau makan malam . Memang kenyang sungguh.
TORTILLA CHICKEN WRAP
Bahan-bahan: Roti tortila jenama mission/gardenia Nugget tempura jenama apa tak kisah, saya pakai ramly. Sos cili/tomato Mayonis Sos cheezy nachos Sos blackpaper Sos thousand island (optional kalau korang suka rasa masam-masam sikit, bolehlah letak) Salad, tomato, timun, carrot,bawang Holland
Cara membuat: 1. Panaskan roti tortilla atas nonstick pan atau masukkan dalam oven pun boleh. Bakar kejap je dalam 2-3 min jangan sampai roti garing pulak nanti susah nk balut kalau keras. 2. Goreng nugget sampai garing. Kemudian potong nugget kecil-kecil macam dalam gambar tu ye. 3. Potong atau sagat je carrot dan timun panjang-panjang, kemudian bawang Holland potong nipis-nipis.
4. Sediakan roti tortilla, letak salad, timun, carrot, tomato, nugget, kemudian baru tuang sos-sos yang ada ikut citarasa korang la nak letak banyak mana. balut kemudian dah siap.
* kalau taknak terbuka wrap tu korang boleh cucuk dengan lidi kecil. Baru kemas terletak wrap tu Kredit : Siti Husni
Ketahui lebih banyak resipi di website Majalah Rasa:
Jom rajinkan diri di hujung minggu ni, kita buat sendiri bebola daging kemudian masak kari Ala India yang sedap menjilat jari. Rasa bebola daging yang berjus dengan limpahan kuah kari, memang sesuai dimakann dengan nasi putih dan dicicah dengan pelbagai roti. Anda yang ingin mencuba, berikut dikongsikan resipinya:-
KARI BEBOLA DAGING
BAHAN-BAHAN: BEBOLA DAGING:
CARA MEMASAK:
1. Campurkan daging cincang semua bahan bebola daging dalam mangkuk, gaul rata dan sebati.
2. Bulat-bulatkan sebatian daging kisar dan ketepikan.
3. Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng bebola daging hingga keperangan, kemudian tambahkan bawang putih dan halia kisar.
4. Terus goreng lebih kurang dua minit lagi.
5. Seterusnya, campurkan serbuk ketumbar, kunyit, jintan manis, cili dan garam masala, tambahkan sedikit air dan kacau rata. Ketepikan.
6. Sementara itu panaskan minyak, tumiskan pes masala yang siap dicampurkan tadi.
7. Tumis hingga pecah minyak, kemudian tambahkan dengan yogurt dan tomato yang telah dipotong dadu.
8. Tambahkan satu cawan air suam dan perasakan dengan garam secukupnya.
9. Akhir sekali masukkan bebola daging yang telah digoreng tadi, kecilkan api dan biarkan mereneh lebih kurang 3-5 minit.
10. Tutup api, kari bebola daging sedia dihidangkan bersama nasi putih atau roti.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ketahui makanan untuk penghadaman yang membantu perut lebih selesa, mengurangkan kembung dan menyokong usus sihat. Senarai mudah, ringkas dan berkesan.