Gulai Pede Cara Mak, Resipi Lauk Kampung Istimewa Orang Pahang

Share

Pernah cuba makan Gulai Pede? Pasti ramai yang tidak biasa dengan menu ini bahkan nak menyebut namanya juga agak susah. Cara sebutan huruf e adalah guna ‘e’ pepet. Contohnya sebutan huruf e dalam perkataan ’emak’.

Menurut empunya resipi, makanan ini popular dan boleh didapati di daerah Jerantut. Tempat lain di negeri Pahang pun banyak juga sebenarnya seperti di daerah Pekan dan juga Temerloh.

Menerusi perkongsian Salam Tewkesbury, beliau menunjukkan resipi Gulai Pede yang dimasak cara ibunya. Kata beliau lagi, andai ke majlis kenduri yang menghidangkan menu Gulai Pede ini, pasti lauk lain orang tak pandang dah kecuali ayam goreng dan ikan masin. Kerana dua lauk ini sesuai dipadankan dengan Gulai Pede.

Gulai Pede mempunyai iras-iras Gulai Daun Kayu tapi tidak menggunakan tempoyak. Ia diganti dengan budu. Ada sesetengah tempat memanggil sajian ini dengan nama ‘masak budu’. Rasanya pula ada masam-masam, manis dan pedas. Memang sedap.

Anda nak cuba resipi istimewa orang Pahang ni? Jom lihat bahan-bahan dan cara memasaknya.

 

RESIPI GULAI PEDE ISTIMEWA ORANG PAHANG

BAHAN KISAR:

 

BAHAN-BAHAN:

  • Daun Kadok – hiris halus
  • Pucuk ubi – hiris halus
  • Bunga kantan – hiris halus
  • Daun kunyit – hiris halus
  • Daun kesum – hiris halus
  • Belimbing buluh – hiris halus
  • Serai (kadang letak, kadang tak letak) – hiris halus
  • Terung Manggor
  • Santan beli online disini
  • Asam keping beli online disini
  • Budu beli online disini

 

CARA MEMASAK:

1.Satukan semua bahan kisar kemudian kisar halus. Cili jika letak lebih banyak, lagi sedap.

2.Dalam periuk yang bersesuaian, satukan kesemua bahan. Masak sekali harung sampai mendidih.

3.Jika ada letak ubi dalam gulai ini, teruskan masak sehingga ubi empuk dan enak dimakan. Selain yang dinyatakan, gulai ini juga enak jika dicampur dengan batang keladi, batang lambuk, ubi keledek, ubi keladi, petai dan jering.

4.Rasa gulai. Tidak perlu letak garam kerana budu sudah masin. Jika kurang masin, tambah lagi budu. Lebih sedap guna budu yang warna merah.

5.Untuk masakan ini, sukatannya ikut selera.

 

Kredit resipi & foto: Salam Tewkesbury

 

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

 

IKLAN