Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin Yang Sangatlah Sedap, Ini Resipinya

Share

Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin ni kalau ‘pekena’ dengan sambal belacan memang padu! Lauk kuah yang satu ini boleh membuatkan kita makan bertambah-tambah nasi. Ada pula ulam-ulaman, lagilah rancak bila menjamu selera. Biasa kita makan di luar je kan, apa kata kali ini cuba buat sendiri. Mari kita cuba Gulai Lemak Nanas Ikan Kurau Masin mengikut resipi yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

ini.

RESIPI GULAI LEMAK NANAS IKAN KURAU MASIN

BAHAN-BAHAN:

50gm ikan kurau masin
½ biji nanas
2 biji bawang merah ros
5 biji cili api/padi – beli online
1 biji cili merah – beli online
2 inci kunyit hidup – beli online
1 batang serai
150 ml santan pekat
1 keping asam keping – beli online

CARA-CARA MEMBUAT:

1. Kupas nanas dan ketepikan. Tumbuk cili merah, cili padi, kunyit hidup dan bawang merah.

 

 

2. Masukkan ke dalam kuali bahan yang ditumbuk tadi. Tak perlu letak minyak.

3. Masukkan santan. Biarkan masak seketika.

4. Masukkan serai yang telah diketuk.

5. Masukkan ikan kurau masin. Renihkan seketika.

 

6. Masukkan nanas yang siap dipotong tadi.

7. Masukkan asam keping. Kacau biar sebati.

8. Inilah hasilnya. Bolehlah dihidangkan.

Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN