Gulai Kurma Ayam Sedap. Ikut Resipi Ni Gerenti Jadi

Share

Hidangan Gulai Kurma Ayam ni memang popular di kalangan orang kita. Memang sedap bila masak kuahnya pekat dan bau harum. Tambah pula dengan gabungan lauk lain, lagi bertambah makan. Dan kali ini, kita kongsikan resipi gulai kurma ayam Kelantan yang dimasak cikgu Afy AL Habibi. Memang nampak sedap!

RESIPI GULAI KURMA AYAM

BAHAN-BAHAN:

5 ketul ayam
1 biji ubi kentang | dipotong
4 sekawan
3 sudu besar rempah kurma – beli online disini
1 mangkuk air asam jawa (semangkuk air + secubit dua asam jawa)
½ keping nise @ gula melaka – beli online disini


½ sudu besar gula perang
1 sudu kecil garam
Secubit dua perasa
150ml santan kotak
1 sudu besar gula perang
1/3 sudu kecil garam

BAHAN KISAR:

2 ½ biji bawang merah (saiz syiling 50 sen lama) – beli online di sini
1 ulas bawang putih – beli online di sini
Sehiris halia

BAHAN HIASAN:

Cili merah hijau
Daun kari
Cili kering
Bawang holland – beli online di sini

CARA MEMASAK:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis 4 sekawan.

2. Tuang bahan kisar tadi sehingga wangi. Kemudian masukkan 3 sudu besar rempah kurma (jangan penuh membukit sangat setiap sudu ya).

3. Kacau dalam api paling perlahan sehingga terbit minyaknya.

4. Masukkan semangkuk air asam jawa. Perasakan peringkat pertama dengan nisse, gula perang, garam dan secubit dua perasa.

5. Tutup periuk dulu untuk proses pes menjadi pecah minyak. Masih dalam api perlahan.
6. Biar jadi rupa seperti dalam gambar, barulah gulai akan menjadi wangi dan elok kejadiannya.

7. Kemudian masukkan ayam dan kentang. Saya dah tak tambah air sebab nanti lepas ayam mengecut, airnya akan keluar lagi.

8. Kacau rata sebelum ditutup dengan tudung periuk.
9. Proses ‘palo awah’ ni mengambil masa 20-25 minit untuk memastikan pes meresap dengan baik dan ayam masak sempurna. Gunakan api paling kecil. Kacau sesekali.

10. Seterusnya masukkan santan. Saya guna lebih kurang 150ml (atau ikut kuantiti kuah yang diingini). Saya dah tak tambah air sebab air ayam masih banyak.
11. Seterusnya masukkan perasa peringkat kedua iaitu 1 sudu besar gula perang dan 1/3 sudu kecil garam. Sukatan mengikut citarasa masing-masing.

12. Selepas kuah mula mendidih, masukkan bahan hiasan. Semua bahan boleh digoreng seketika sebelum dicampur sekali. Dah siap.

Kredit resipi & foto: Afy AL Habibi

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Elina