Seronok betul tengok dua beranak popular, Dato’ Alif Syukri bersama bondanya, Rozita Ibrahim bila dalam program RASA: Anak Emak, Anak Bapak, Musim Kedua dan Episod Ke-2 yang baru saja bersiaran di saluran Prima HD, Astro.

Grilled Steak Sirloin, Menu Istimewa Dato’ Alif Syukri  Buat Bonda Rozita.

Dalam pada sibuk kedua-duanya dengan urusan perniagaan, Dato’Alif sempat meluangkan masa bersama ibu tercinta. Mereka keluar santai bersama sambil menikmati keenakan steak di restoran pilihan ibunya, milik Chef Zubir yang terkenal akan kepakaran beliau dalam menyediakan steak. Tak cukup makan di restoran, Bonda Rozita siap minta Dato’ Alif masakkannya steak macam yang beliau makan di restoran.

Grilled Steak Sirloin, Menu Istimewa Dato’ Alif Syukri  Buat Bonda Rozita.

Menariknya, dua beranak ini sempat keluar bersama beli barang untuk dimasak menggunakan motorsikal yang dibawa oleh Bonda Rozita sendiri, gurau senda ibu dan anak ini sungguh menghiburkan. Apatah lagi bila Bonda Rozita sengaja meninggalkan anaknya yang sibuk memilih daging balik sendirian. Sememangnya gurau senda mengeratkan lagi kasih sayang ibu anak.

Grilled Steak Sirloin, Menu Istimewa Dato’ Alif Syukri  Buat Bonda Rozita.

IKLAN

Walaupun Dato’ Alif pandai memasak, tetapi kepakarannya lebih pada masakan Melayu bukan western, namun demi bondanya Dato’ Alif dengan berbekalkan tip dan petua dari Chef Zubir beliau masuk dapur menyediakan steak ikut caranya sendiri. Tak sangka, beliau berjaya menyediakan menu steak permintaan bondannya. Lebih seronok lagi bila bondanya memuji hasil masakannya, begitu juga dengan pujian dari Chef Zubir yang turut mengakui air tangananya menjadi namun steaknya sedikit garing.

Grilled Steak Sirloin, Menu Istimewa Dato’ Alif Syukri  Buat Bonda Rozita.

Kalau korang nak mencuba menu steak yang Dato’Alif masak, boleh cuba ye, resipinya ada RASA kongsikan di sini.

IKLAN

Grilled Steak Sirloin, Menu Istimewa Dato’ Alif Syukri  Buat Bonda Rozita.

GRILLED STEAK SIRLOIN
BAHAN-BAHAN PERAPAN DAGING

  • 3 keping daging sirloin |bersih dan tos
  • 1 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 6 ulas bawang putih | cincang kasar
  • 1 sudu teh mix herbs
  • Garam dan gula | secukupnya
  • Minyak zaitun | secukupnya

BAHAN SOS LADA HITAM:

IKLAN
  • 3 sudu makanmMentega
  • 6 ulas bawang putih | cincang halus
  • 1 sudu teh lada hitam |kisar kasar
  • 500ml air rebusan tulang
  • 5-6 biji cendawan butang| kisar
  • 2 sudu makan sos perang
  • 1 sudu makan sos tiram
  • Krim masakan
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KENTANG PUTAR:

  • 3 biji kentang | kupas, potong dan rebus hingga empuk
  • 3 sudu makan mentega
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Susu segar

BAHAN SAMPINGAN:

  • Sedikit salad campur
  • Tomato ceri | belah dua

CARA MEMASAK:

  1. Daging yang dibersihkan tadi gaulkan dengan semua bahan perapan.
  2. Perap sekurang-kurangnya 30 minit. Terbaik jika diperap lebih lama.
  3. Panaskan ketuhar, letakkan daging atas dulang pemakar dan bakar hingga masak ikut cita rasa anda sekerluaga.
  4. Sementara tunggu daging masak, sediakan sos.
  5. Panaskan mentega dalam periuk, tumis bawang putih hingga wangi dan keperangan.
  6. Masukkan tepung gandum, tumis lagi hingga keperangan.
  7. Masukkan air rebusan tulang, setelah mendidih, masukkan, cendawan kisar, sos perang, serbuk lada hitam, sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
  8. Terus kacau hingga kuah pekat. Akhir sekali masukkan krim masak.
  9. Rasa sos, jika ada yang kurang tambah untuk pastikan dapat rasa yang menepati selera.
  10. Seterusnya sediakan kentang putar, masukkan kentang yang telah direbus dalam pengisar makanan, tambahkan bahan lainnya dan kisar hingga lembut.
  11. Setelah daging masak, masukkan dalam pinggan hidang bersama kentang putar, salad dan tuangkan sos perang di atasnya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI