Bergedel, sama ada dimakan terus sebagai kudapan atau sebagai tambahan dalam masakan lain seperti dalam soto, ramai orang menyukai makan yang diperbuat dari kentang ini. Namun masalah, bila berdel digoreng ia kerap hancur dan terlalu berminyak. Anda yang hadapi masalah ini jangan risau, berikut rasa kongsikan tip atau petua supaya bergedel yang anda goreng tidak hancur dan masak sempurna.
Campurkan Dengan Tepung Ubi Kayu.
Selain campuran kentang, isi ayam, hirisan sayuran dan perasa, anda juga perlu tambahkan telur dan tepung ubi atau tepung beras sebagai bahan pelekat yang menjadikan campuran bahan bergedil bersatu dan tidak berderai semasa digoreng. Contoh, jika anda menggunakan lebih kurang 1kg ketang anda boleh tambahkan dengan dua biji telur 3 sudu makan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bentukkan bulat dan leperkan seperti bergedel.
Masukkan Dalam Peti Sejuk
Ads
Bergedel yang siap dibentuk, masukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 30 minit, supaya adunan menjadi sebati dan tidak mudah hancur bila digoreng.
Celup Dalam Putih Telur
Untuk lebih kemas, celupkan bergedel dalam putih telur terlebuh dahulu sebelum sedia digoreng. Hal ini akan menjadikan bahagian luar bergedel lebih garing dan kemas serta tidak pecah berbanding anda memasukkan sekali kuning telur.
Pastikan Minyak Telah Panas
Semasa memanaskan minyak pastikan ia betul-betul panas baru masukkan bergedel. Kemudian laraskan pada api sederhana bila bergedel sudah dalam minyak panas. Pastikan juga bergedel terendam dalam minyak panas tersebut.
Ads
Balikkan Sekali Sahaja Bergedel Semasa Menggoreng
Elakkan dari sentiasa membalikkan bergedel berulang kali semasa menggoreng. Cukup sekali sahaja, bila bahagian bawah mula keperangan baru terbalikkan. Apabila keseluruhan permukaan bergedel berwarna kecoklatan, boleh angkat dan toskan.
Diharapkan selepas ini anda tidak ada masalah untuk menggoreng bergedel.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Resipi dan tip untuk yang selalu sakit lutut. Bulan puasa nak buat ibadat lebih sikit boleh la cuba amalkan resipi ni. InsyaAllah mana tau berkat kesabaran dan usaha sakit lutut dah tak rasa lagi.. Selamat mencuba!
Last week chii berpeluang solat kat surau di Mambau tau. Ada la dua tiga orang ni terpaksa solat guna kerusi. Pastu bila ditanya jawapannya lutut sakit ler nak. Aduhhhh
Kali ni chii nak share petua dan resepi untuk sakit lutut. Memang proven tau kalo diamalkan sebab ramai dah berjaya.
Antaranya sorang ustazah sekolah agama. Kalo sebelum ni nak turun naik tangga jek memang mengah. Tapi pas amalkan petua ni segalanya menjadi mudah. Syukur Alhamdulillah
Mana lah tau bleh buatkan untuk mak ayah kat kampung ke kan. Tersenyummm je pasni dorang bila lutut dah sihat
BAHAN-BAHAN:
• 2 biji epal hijau | potong dadu
• 4-5 batang serai | di ketuk ( kalau besar, guna 3 dah ok)
• 1 batang Kayu Manis Ceylon. ( kalau besar, guna ½)
• 5 gelas air
CARA MEMBUAT:
Rebus semua bahan sampai jadi 4 gelas air.(korang agak-agak la ye). Untuk mendapatkan hasil yang power,minum time suam, 2 kali sehari je pun dah cukup. Boleh minum tiap tiap hari atau 2-3 kali seminggu.
Apple yang tinggal, korang kunyah jek. Kalau rajin, nak blend pun boleh. Serai ngan Kayu Manis Ceylon tu korang letak tepi je Tak payah kunyah sebab khasiat nya dah keluar pun.
Kenapa air ni power?
Epal, serai dengan Kayu Manis ni memang anti keradangan. Dah memang terbukti berkesan ketiga – tiga bahan baik untuk sakit sendi. Sebab tu ramai yang berhasil merawat sakit bila minum air ni. Alhamdulillah.
Kulit epal tu korang takyah buang. Cuci bersih-bersih, pastu rebus je skali sebab kulit apple ni ada 5 kali ganda antioksida. Haaa, memang rugi lah kan kalau tak dimanfaatkan sekali. 2 in 1 gituuu.
Antara makanan yang paling popular di pasar malam adalah Taufu Fa. Kalau dahulu dimakan bersama gula putih, tetapi sekarang resipinya dipelbagaikan untuk pilihan pembeli. Selain gula putih, ada juga gula Melaka dan Taufu Fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memandangkan Taufu Fa adalah favourite admin, terasa nak berkongsi resipinya hari ni. Sebenarnya tidaklah susah, cuma memerlukan kesabaran dan sedikit masa untuk membuatnya. Esok hari cuti, mungkin anda boleh mencuba resipi ini di rumah.
TAUFU FA ALA PASAR MALAM
BAHAN-BAHAN:
150 gram kacang soya
1 liter air
1 1/2 sudu besar tepung jagung *
1/2 sudu kecil sekko /GDL*
1/2 cawan air *
2-3 helai daun pandan
BAHAN AIR GULA:
3 ketul gula Melaka
5 sudu besar gula putih
3 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
Rendamkan kacang soya selama 4-5 jam. Kemudian asingkan kulitnya.
Bersihkan kacang soya dan dikisar bersama 1 liter air. Tapis menggunakan kain nipis.
Masak air soya dengan daun pandan sehingga mendidih.
Sementara itu, satukan bahan-bahan bertanda *.
Apabila air soya sudah mendidih, masukkan ke dalam bekas kedap udara dan masukkan bahan-bahan bertanda * tadi. Kacau dan tutup bekas.
Tunggu sehingga ½ -1 jam. Jika Taufu Fa anda sudah ‘kental’, bermakna ia boleh dimakan.
Untuk menyediakan bahan air gula, Didihkan semua bahan dalam periuk. Matikan api apabila sudah sedikit pekat.
Daging lembu mempunyai bau hamis dan perlu dicuci dengan sempurna bagi membuang bau tersebut. Kadang kala bau ini menjejaskan rasa makanan. Ada pelbagai petua dan cara dikongsi untuk membuang bau ini dan salah satunya ialah dengan menggunakan tepung gandum.
Caranya mudah sahaja.
1. Bersihkan daging dan potong mengikut saiz yang anda gemari.
2. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan tepung gandum. Jumlah tepung bergantung kepada kuantiti daging yang anda hendak masak. Biarkan seketika.
3. Kemudian berishkan daging dan toskan airnya. Boleh dimasak mengikut kesukaan anda.
4. Hasilnya daging tadi tidak berbau hamis dan lebih bersih.
Singgang tumis ikan selar, antara lauk ringkas yang pastinya membuka selera. Selain direbus, masak singgang ada banyak jenis, ramai yang tak tahu ada juga...