Anak-anak pasti seronok kalau mereka di bawa ke Genting Skyworld Theme Park pada musim cuti sekolah! Mana taknya saya yang bukan kanak-kanak pun seronok berjalan dan cuba segala permainan yang ada. Terdapat 9 jenis tema tarikan yang anda patut sendiri alami betapa cantik dan indah sangat suasana untuk bergambar bersama keluarga sebagai kenangan.

Antara 9 tema tarikan yang ada adalah, awal-awal masuk memang nampak kawasan Studio Plaza ada 5 tempat yang wajib anda lawati iaitu Legends Café, Han’s Cha Chaan Teng, Popcornlicious, Studio Emporium, dan Sweet Delights by Candy Party.

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

Lepastu, korang akan nampak Taman Tema Rio haa yang ni ada 3 jenis permainan yang patut anda rasai sendiri pengalaman antaranya Blue Sky Carousel, Samba Gliders, dan Rio Carnaval Chaos! Kalau dah penat bermain, boleh singgah makan di Santa Teresa Trolley Treats dan Vila Festa! Nak beli buah tangan barangan tema Rio bolehlah singgah ke Rio Mercado.

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

IKLAN

Seterusnya, kalau anak-anak jenis yang sukakan tema yang ala-ala Fairytales gerenti sukakan Taman Tema Epic. Jejak je kaki dalam kawasan ni dah rasa macam berada di dunia yang lain! Antara permainan yang anda boleh cuba Epic Voyage to Moonhaven dan Epic Hummingbird Flyers. Kalau lapar bolehlah cuba snek di Mub & Grub’s BIG Bites kalau nak bawa balik buah tangan dari Taman Tema Epic bolehlah singgah di Epic Gifts.

Tak terhenti di situ sahaja keseronokan di Genting Skyworld ni, jangan lupa ke kawasan Andromeda Base tau! Cuba sendiri permainan Boot Camp Training, Alpha Fighter Pilots, dan Terraform Tower Challenge. Kat sini siapa yang sukakan permainan yang ekstrem memang wajib cuba! Kalau tiba-tiba haus sebab menjerit naik permainan yang extreme ni, bolehlah cuba Sergeant Sully’s Juice Boosters dan EXO Grab ‘N’ Go.

Teruskan lagi perjalanan dalam Genting Skyworld ni ke Ice Age pula tau! Antara permainan yang korang boleh cuba Ice Age: Expedition Thin Ice, Acorn Adventure, Sid’s Rock ‘N’ Slide, dan Mammoth Fun Zone. Kalau nak bawa pulang buah tangan bertemakan Ice Age bolehlah singgah di Cavern Treasures. Ada 3 jenis kedai makan yang anda boleh cuba di kawasan ni, antaranya Buck’s Café, Peaches’ Cocoa Concoctions, dan Crash and Eddies’s Frozen Treats.

Kalau anak-anak jenis yang minat Robot jangan lupa singgah di Taman Tema Robots Rivet Town. Ada dua jenis permainan yang boleh anda cuba iaitu, Bigweld’s Zeppelins dan Rivet Town Roller. Ada juga kedai buah tangan kalau nak bawa balik barangan bertemakan robotik di Flathead Floyd’s Mart.

IKLAN

Dua Taman Tema yang terakhir sekali, Eagle Mountain dan Liberty Lane! Jangan lepaskan peluang cuba Mad Ramp Peak-Full Throttle Racing dan Invasion of the Planet of The Apes.

Jangan lupa juga singgah di Central Park untuk rasa sendiri pengalaman masuk ke Night at The Museum: Midnight Mayhem, ESD Global Defender, Independence Day: Defiance, Madison Square, dan Central Park Gardens. Dekat sini banyak sangat tempat makan yang boleh anda cuba, antaranya Harry Ramsden World Famous Fish & Chips, Cosmic Café, Starlet’s Pizza, Trattoria II Lago- Simply Italian dan banyak lagi!

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

IKLAN

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

Genting Skyworld Theme Park Sudah Sedia Untuk Dikunjungi!

Teruja tak lepas baca tarikan–tarikan yang menarik di Genting Skyworld? Jangan lupa masuk dalam list family trip korang tau!

Jangan lupa follow instagram @gentingskyworlds untuk info lanjut!

#GentingSkyWorlds #GSWmemories

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI