Makan

Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme, Kudapan Enak Ala Barat Untuk Seisi Keluarga

Share

Garlic PopCorn Chicken dengan Lemon Thyme, menu sesuai untuk dijadikan kudapan seisi keluarga. Menggunakan bawang putih sebagai bahan utama selain isi ayam, rasanya memang cukup membangkitkan selera.

Bawang putih yang diketahui memang bagus untuk kesihatan, sangat sesuai untuk dijadikan hidangan kudapan bersama keluarga.

Goreng hingga keperangan makan pula dengan sos cili atau sos Thai, tahu-tahu habis sepinggan popcorn Chicken ni. Nak tahu kesedapannya jangan lupa cuba!

Garlic Popcorn Chicken Dengan Lemon Thyme

BAHAN-BAHAN:

Ayam bahagian Dada dibuang tulang

Sebiji telur

Tepung Bestari Asli

5 ulas bawang putih fine chopped

Paprika

Lemon Thyme

Garam

Lada Hitam

Air

CARA PENYEDIAAN:

  1. Ayam dipotong Dadu. Kemudian campurkan semua bahan-bahan lain. Gaul sebati.
  2. Perap ayam dalam 30 minit. Panaskan minyak dan goreng.
  3. Gunakan api sederhana supaya ayam yang dimasak tidak terlalu garing.
  4. Siap dan sedia untuk dihidangkan. Sesuai dimakan dengan cili sos atau sos Thai

Kredit: Arbi Mohd Arbi Via Masak Apa Hari Ni

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN