Cara Atasi Masalah Sinki Tersumbat Tanpa Guna Pelocok & Soda Bikarbonat

Share

Sinki di dapur memang sangat penting dan perlu dijaga dengan baik. Ini kerana jika ia mula tersumbat, pastinya bakal mengganggu kerja-kerja memasak anda di dapur. Rimas dan boleh menimbulkan marah.

Ada yang mengatasi masalah ini dengan cara menggunakan asid. Hmm…memang berkesan tapi agak berbahaya dan boleh menghakis. Malah, baunya juga kurang menyenangkan.

kredit: brendid.com

Ada petua lebih selamat yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah ini dari berlarutan.

  1. Mulakan langkah penjagaan sinki anda dengan mencampurkan segenggam garam kasar bersama air panas dan kemudiannya disiram ke dalam sinki yang tersumbat.
  2. Biarkan semalaman dan lihat hasilnya. Perlahan-lahan sinki anda akan kembali pulih dan tidak tersumbat lagi.
  3. Mahu lebih yakin lagi, lakukan aktiviti ini setiap dua minggu, sinki anda pasti tidak mengalami masalah lagi.

 

Selamat mencuba!

IKLAN