Fuhh, Mantap Sup Ayam Siam Memang Lain Sedapnya!

Share

Resipi Sup Ayam Siam, apa kelainannya dengan sup biasa? Sedap sangat rupanya sup ayam siam ni. Lengkap rasa masam, manis dan pedasnya.

Resipi yang dikongsi Afy AL Habibi ini, menggunakan sup bunjut Siam. Rasanya memang berbeza dari kebiasaan yang kita selalu masak sup.

Elok sangat hirup masa badan tak berapa sedap. Keharuman yang tiada tandingan. Boleh padankan makan sup dengan budu, ulam dan ikan selayang rebus goreng.

 

SUP AYAM SIAM

BAHAN-BAHAN:

Ayam (dikelar-kelar)
2 biji bawang merah – beli online di sini
2 ulas bawang putih – beli online di sini


½ biji bawang Holland – beli online di sini
1 tangkai cili padi merah & hijau
Sehiris halia – beli online di sini
Sehiris lengkuas – beli online di sini
2 tangkai daun ketumbar
Setangkai daun sup
Rempah sup Siam
Goji beri
½ sudu kecil rempah sup Baba’s
1 kiub ayam Maggi
2-3 renjis serbuk lada putih Siam (lagi sedap kalau yang botol kuning)
2-3 renjis serbuk lada hitam aji-shio
2 renjis minyak bijan (untuk aroma sup)

TONTON Ayam Buttermilk Salted Egg Bestari & Kari Udang Bestari

TONTON Kek Batik Milky Cheese Horlick, Memang Sedap

CARA MASAK:

1. Mula-mula, goreng bawang merah dan bawang putih sehingga sedikit garing. Lepas siap, angkat separuh.
2. Kemudian tumis bersama bawang Holland, cili padi merah dan hijau, halia, lengkuas, daun ketumbar dan daun sup. Kacau-kacau rata.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


3. Masukkan rempah sup siam termasuklah goji beri, rempah sup Baba’s. Kacau sebati.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


4. Masukkan ayam yang dikelar. Tutup seketika biar air ayam turun.


5. Kemudian barulah tambah air. Cikgu tak ada sukatan. Bubuh je ikut banyak mana nak. Seeloknya lebihkan sebab cikgu siap makan dengan bihun dan maggi celup lagi.


6. Perasakan dengan kiub ayam Maggi. Masukkan garam agak-agak sup ada rasa masinnya.


7. Masukkan juga 2-3 renjis serbuk lada putih Siam (lagi syok aura botol kuning ni), 2-3 renjis serbuk lada hitam aji-shio dan 2 renjis minyak bijan untuk aroma sup lebih menyengat.


8. Biarkan sup mendidih sehingga ayam empuk. Siap! Keharuman herba rempah sup Siam dan kesedapannya usah dipertikaikan lagi. Meletup!
9. Untuk hidangan, taburkan hirisan daun ketumbar, daun sup, bawang goreng homemade tadi, potongan cili padi, tomato dan perahan asam limau.

Kredit resipi: Afy AL Habibi

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN