Fu Chuk @ Tauhu Kering Goreng Berinti. Garing Kulit, Inti Berjus Sedap

Share

Fuchuk goreng berinti atau Fried Fuchuk Roll ni memang penuh khasiat. Inti yang sama ni boleh aje jadi inti popia sebenarnya.


.

Tapi inti sedap campuran ayam dan ikan cincang makin berganda sedapnya bila digulung atau dilipat dalam tauhu kering atau perut tauhu ini.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Ria Razali ni.

FU CHUK GORENG BERINTI


.

BAHAN-BAHAN :


.

  • 500gm isi ayam cincang
  • 250gm isi udang cincang
  • 1 biji telur A
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 2 sudu besar minyak bijan
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk 5 rempah (5 spice powder)
  • 1/2 cawan parutan carrot
  • 1/2 cawan bawang cincang
  • 1/2 cawan daun ketumbar cincang
  • 1/2 cawan daun bawang cincang
  • 1/2 cawan cendawan hitam – cincang (black fungus)
  • 1/2 cawan sengkuang cincang
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 10 keping Fucuk – rendam sebentar bila boleh di lentur, potong kepada 2 atau 3 bahagian. *Toskan di atas kain dapur, usah rendam terlalu lama

Pelekat : 2 sudu besar tepung gandum + sedikit air (kacau rata, jgn terlalu cair atau pekat)


.

CARA MEMASAK :
1. Gaul kesemua bahan, masukkan telur dan tepung, sos,minyak bijan dan garam. Gaul hingga sebati.
2. Ambil sekeping fucuk, letak inti di tengahnya tinggalkan 1sm bahagian tepi untuk mengulung.
3. Lipat kedua bahagian tepi, gulung hingga ke depan. Lekatkan bahagian dalam lipatan dengan bancuhan tepung dan hujung tepi supaya tidak terbuka.


.

4. Buat hingga habis. Atur di dalam pengukus dan kukus dengan api besar selama 10 minit.
5. Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.
6. Hidang bersama sos cili.

Kredit : Ria Razali
FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA

IKLAN