Enaknya Roti Jala Pandan Dan Kuah Durian, Sesuai Buat Minum Petang

Share

Lazimnya roti jala dibuat dan dicicah dengan kari daging atau ayam. Apa kata kali ini, kita buat roti jala pandan dicicah dengan kuah durian. Lazatnya tak terkata.

Ikuti resipi perkongsian daripada Sanuja Nuja ini dalam menghasilkan Roti Jala Pandan berserta Kuah Durian. Resipi yang mudah, tapi roti jalanya lembut dan enak tak terkata. Jom kita buat.

ROTI JALA

BAHAN-BAHAN:

Air pandan

1 biji telur

1 sudu besar marjerin Planta – Boleh beli online di sini

1 sudu kecil garam

Pewarna hijau

Tepung gandum – Boleh beli online di sini

CARA MEMASAK:

Kisarkan semua bahan. Agak-agak saja supaya bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair dan bolehlah menjala di atas pan.

(KUAH DURIAN)

BAHAN-BAHAN:

Sagu (direndam) – Boleh beli online di sini

Isi durian (dikisar)

Santan – Boleh beli online di sini

Gula

Garam

Daun pandan

CARA MEMASAK:

Masak sagu hingga bertukar jernih.

Masukkan gula, garam, dan daun pandan.

Masukkan juga isi durian dan juga santan.

Siap. Bolehlah dimakan dengan roti jala pandan tadi.

Kredit: Sanuja Nuja

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN