Enaknya Minum Petang Dengan Creamy Chicken Mushroom

Share

Sesekali kita tukar selera minum petang dengan pastri. Creamy Chicken Mushroom, makan panas-panas memang sedap. Nak dapatkan kuantiti yang lebih banyak, lebih berbaloi buat sendiri.

Nak membuatnya juga tidak sukar dengan adanya pastry ready made. Lebih memudahkan kerja memasak kita. Nak resipi Creamy Chicken Mushroom yang mudah dan ringkas namun lazat, cubalah resipi perkongsian daripada Adlina Adlyenna

ini. Memang tak menyesal.

CREAMY CHICKEN MUSHROOM

BAHAN-BAHAN:

Pastry (boleh beli yang ready made) – Boleh beli online di sini

(FILLING)

BAHAN-BAHAN:

Cendawan tin (dipotong dadu/dihiris) – Boleh beli online di sini

Dada ayam (dipotong dadu)

Bawang Holland (dipotong dadu)

Bawang putih (dipotong dadu)

2 sudu chilli flakes (nak lebih pun boleh ikut tahap kepedasan sendiri)

2 sudu lada hitam – Boleh beli online di sini

1 sudu tepung gandum

1 sudu kecil mix herbs Boleh beli online di sini

100ml cooking cream

Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

Tumiskan bawang Holland, bawang putih, cendawan dan ayam sehingga garing.

Masukan chilli flakes, lada hitam, garam, tepung dan cooking cream. Biarkan seketika sehingga masak.

Setelah filling siap, masukkan dalam acuan yang telah ada pastri. Tutup di atasnya dengan kulit pastri.

Kemudian, bolehlah hias pai dengan pastri ikut kreativiti anda.

Setelah itu, bolehlah dibakar dengan suhu 180-200°c selama 15-20 minit.

Dah siap. Sedap dimakan panas-panas.

Kredit: Adlina Adlyenna

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN