Donut Gebu Pasti Laris Buat Jualan

Share

Donut kalau nak gebu kena ikut peraturan bahannya pasti menjadi! Paling best bila dah tahu asas resipi donut gebu macam-macam perisa kita boleh buat. Anak-anak pasti suka tengok donut gebu meriah pelbagai perisa. Kalau tiba-tiba terasa nak tambah pendapatan pun gerenti laris habis. Donut yang sedap memang wajib gebu dan lembut walaupun dah terbiar lama bawah tudung saji bila dimakan masih kekal sedap begitu memang kegilaan ramai. Resipi yang dikongsikan oleh Shieda Rashidah

di Facebook ni memang menjadi kalau di cuba.

DONUT GEBU

BAHAN-BAHAN:

1kg tepung high protein

100gm marjerin pelangi

2 biji telur

2 sudu besar shortening

4 sudu besar gula pasir

4 sudu besar susu pekat

2 sudu kecil cream super

2 sudu kecil potato flakes

1 sudu kecil garam halus

2 paket yis

425ml air suam

CARA PENYEDIAAN:

1. Masuk semua dalam mixer..biar dia pusing selama 30 minit sebab nak bagi dia elastik

2. Lepas tu..timbang 30 ke 40gm n buat bulat…kalau nak besar lagi timbang lebih sikit

3. Buat adunan bulat tu sampai habis kemudian barulah ambil penutup air tekan tengah2. Diiingatkan ambil adunan bulat yang mula2 skali yang anda buat tu dan kemudian teruskan dengan yang lain..sebabnya yang mula2 buat tu dah kembang dulu.

4. Nak rehatkan pun boleh..nak terus goreng pun boleh..sebab masa menggoreng nanti pun akan kembang

SELAMAT MENCUBA

Kredit: Shieda Rashidah

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN