Haa ni nak share sedikit tips untuk dapatkan rambut yang sihat dan cantik tanpa perlu ke salon tapi dapat hasil yang boom! Bahan-bahan ni boleh dijadikan sebagai masker rambut dan ia mudah didapati serta memerlukan kos yang sangat rendah taw! Jom kita cuba!Belum cuba belum tahu taw..
DIY Masker Rambut
Avokado Campurkan avokado,minyak kelapa,minyak zaitun dan madu.Gaul sebati masker ini dan lumurkan pada rambut.Biarkan setengah jam kemudian bilas bersih.Lakukan seminggu sekali.Masker ini akan menjadikan rambut anda halus dan sihat.
Ads
Kulit tembikai Gosok kulit kepala dengan bahagian dalam kulit tembikai yang berwarna putih perlahan-lahan.Biarkan selama setengah jam sehingga ia meresap ke dalam kulit kepala.Kemudian bilas bersih.Kulit tembikai dapat membersihkan kulit kepala dari kotoran dan daki.
Telur
Ads
Campurkan sebiji telur dengan sesudu minyak kelapa,minyak zaitun dan sesikit madu.Sapukan pada seluruh rambut.Biarkan seketika dan bilas.Lakukan seminggu sekali bagi mendapatkan rambut yang lembap dan halus.
Mayonis
Ads
Campurkan satu seduk mayonis,sesudu minyak zaitun,sesudu minyak kelapa dan sedikit air.Lumur rambut dengan masker dan biarkan 20 minit kemudian bilas.Amalkan seminggu sekali dan hasilnya rambut tampak bersinar,lembut dan sihat.
Bila tibanya waktu gaji, pasti ramai yang berpusu-pusu ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah terutamananya barangan dapur. Namun ada ketikanya terlebih bajet juga dibuatnya. Maklumlah, setiap lorong yang dilalui, ada tertera barangan harga diskaun dan harga murah. Memang goyah iman! Kadang kala, barangan yang tak perlu pun kita ‘terbeli’ dek terpengaruh dengan label ‘berhantu’ ni. Bila pulang ke rumah, datang pula rasa menyesal sebab dah ‘over spend’ duit untuk bulan ni.
Jadi untuk mengelakkan masalah ini terjadi, kami kongsikan 5 panduan yang boleh dicuba tatkala keluar membeli belah barangan dapur anda. Moga bermanfaat!
1. Buat Anggaran Belanjawan Bulanan
Pertama, sebelum berbelanja barang dapur, tentukan anggaran belanjawan yang anda perlu keluarkan untuk bulan tersebut. Mungkin setiap bulan, jumlahnya berbeza bergantung kepada situasi.
Sebagai contoh, bulan November anda dan keluarga setiap masa berada di rumah. Jadi, perbelanjaan barang dapur yang perlu dibeli adalah RM300. Bulan DIsember pula, 2 minggu anda dan keluarga bakal pergi bercuti. Jadi, perbelanjaan boleh dikurangkan dan begitulah seterusnya. Lebihan duit tersebut boleh digunakan untuk menampung bahagaian-bahagian perbelanjaan lain atau disimpan.
2. Bawa Duit Cukup-Cukup
Jika ke pasaraya dan bawa wang tunai dengan banyak, memang berbahaya. Selain risau disamun atau dirompak, anda juga mempunyai potensi untuk berbelanja lebih dengan membeli barangan yang tidak sepatutnya. Biasanya, bila dah dapat gaji, anda akan mengasingkan siap-siap duit belanja dapur dan lain-lain. Jadi, bawa sahaja wang yang telah diperuntukkan itu. Barulah anda akan membeli belah dengan lebih berhati-hati.
3. Kunjungi Kedai Yang Paling Banyak Beri Keuntungan
Terdapat banyak tempat membeli barangan dapur yang anda boleh tuju dan setiap satu daripadanya pasti ada cara tertentu untuk menarik pelanggan datang. Pilihlah pasaraya yang paling banyak memberi manfaat pada anda seperti menawarkan harga barangan runcit pada harga borong, mata ganjaran dalam setiap pembelian dan sebagainya.
4. Beli Secara Online
Membeli-belah di hujung jari. Kini ada banyak pasaraya yang menawarkan perkhidmatan belian secara online serta perkhidmatan penghantaran. Oleh itu, anda boleh menggunakan kemudahan ini untuk membeli belah barangan keperluan dapur anda. Sangat sesuai digunakan oleh kaum-kaum ibu yang sibuk bekerja. Boleh jimat masa dan minyak kereta.
5. Bawa senarai semak bercetak
Amalkan kaedah membawa senarai semak setiap kali keluar membeli barangan dapur. Hanya beli barangan yang tertera sahaja supaya jumlahnya cukup-cukup dengan duit yang dibawa. Selain mengelakkan anda berbelanja lebih, ia juga membantu anda supaya tidak perlu ulang-alik ke pasaraya beberapa kali kerana ada barang yang terlupa dibeli.
Kaedah ini juga sangat bagus kerana ia juga boleh membantu anda merekod barangan apa yang telah dibeli. Kadang-kala kita lupa barangan yang ada kerana tersorok di dalam kabinet. Bila dah jumpa, rupanya dah tamat tempoh. Rugi tu.
Selamat mencuba! Jika info ini bermanfaat, kongsikan dengan rakan-rakan anda juga.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bila menggoreng atau menumis biasanya bukan saja dapur, malah ruang tamu sekali akan berbau masakan. Lagi pula jika rumah tiada kitchen hood.
Nak hilangkan bau ini memang ambil masa juga. Selain beli pewangi, ada cara semula jadi boleh kita gunakan untuk nyahkan aroma masakan yang memenuhi ruang rumah selepas memasak.
Caranya, cuma rebus empat bahan berikut dan gunakan sebagai semburan. Waktu merebus bahan ini pun rumah dah berbau harum.
Bagi rumah yang tiada kitchen hood boleh gunakan tip ini untuk hilangkan bau selepas memasak. Selesai memasak, waktu mengemas dapur boleh terus rebus empat bahan ini.
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
Rebus dalam 10-15 minit, guna api yang kuat agar wap naik ke seluruh rumah. Kemudian tutup api biar sejuk.
Air rebusan tapis kemudian masuk dalam botol semburan dan boleh digunakan sebagai semburan satu rumah. Baunya segar.
Apalah ertinya hirup sup panas tanpa ditaburi bawang goreng. Kan? Bawang goreng selalu kita buat sebagai pelengkap pada hidangan. Tak lengkap rasanya kalau buat sup tak ada bawang goreng. Kalau buat nasi minyak pun, mesti letak bawang goreng. Selain menambah selera, aroma pun semakin wangi.
Hari ini RASA kongsi resipi membuat bawang goreng lebih rangup dan tahan lama. Resipi ini adalah daripada Puan Nooriah Abdullah.
BAHAN-BAHAN
1/2 kg bawang merah di hiris nipis
2-3 ulas bawang putih hiris nipis
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit garam dan gula utk perasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng
CARA MEMASAK
1) Bawang merah dan putih yang telah dihiris perapkan dengan tepung jagung, garam dan gula.
2) Biarkan selama 1/2 jam atau lebih.
3) Panaskan minyak agak banyak untuk tenggelamkan bawang kita.
4) Kalau sayang minyak masukkan sikit-sikit bawang tu dalam minyak.
5) Goreng sampai agak kuning saja angkat dan tos kan.
6) Gorenglah sehingga habis .
TIP MENGGORENG
Tujuan letak bawang putih adalah untuk merangupkan bawang goreng. Semasa menggoreng jangan sampai terlalu kuning di atas api sebab apabila kita angkat bawang tu akan lebih kuning. Jadi agak-agak je tau sebab kalau terlalu kuning di dalam minyak, apabila kita angkat akan menjadi oren kecoklatan dan agak pahit jadinya. Sedap diratah kalau yang homemade ni rangup krup krap krup krap. Biarkan sehingga sejuk dan minyaknya kering baru masukkan dalam bekas kedap udara.
Kredit resipi & gambar: Puan Nooriah Abdullah (http://nooriahnaim.blogspot.my/2015/10/bawang-goreng-ranggup-ala-kak-noor.html)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!