DIY Lemon Meringue Tart, Gerenti Jadi Kalau Buat

Share

Jom buat Lemon Meringue Tart yang mudah ini, anda hanya perlu ikut DIY ini sahaja, Anda hanya  sediakan  inti dan maningue sahaja.  Tak perlu nak uli tepung buat cengkerang, beli je yang dah siap   kemudian sediakan bahan ikut DIY yang Rasa kongsikan ini:-

LEMON MERINGUE TART

BAHAN-BAHAN:

  • 6-10 biji cengkerang tat
  • 3 biji telur kuning
  • 250ml susu segar
  • 150gm gula kastor
  • 150gm mentega
  • 75gm tepung jagung
  • 1/2 biji lemon | ambil jus sahaja

Bahan Untuk Krim :

  • 250gm krim putar
  • 100gm gula aising

LANGKAH DEMI LANGKAH:

LANGKAH 1 : Panaskan mentega dalam periuk.

LANGKAH 2:

Masukkan campuran  susu telur, gula, jus lemon  dan tepung jagung. Kacau sebati atas api kecil sehingga pekat.

LANGKAH 3: Tuangkan adunan inti  dalam cengkerang tat dan sejukkan.

LANGKAH 4 :  Paipkan adunan  krim yang telah diputar sebati di atas permukaan tart.

LANGKAH 5: Terus paipkan krim sehingga habis.

LANGKAH 6: Bakarkan permukaan krim menggunakan torch.

 

IKLAN