Biasanya cakoi ni tak dibuat sendiri. Kita lebih gemar beli di gerai tepi jalan. Kalau tak kuah kastard, cakoi dimakan dengan kuah gulai. Masyarakat cina pula lebih gemar menikmati cakoi atau youtiao bersama bubur nasi. Ada yang kata resipinya lebih kurang seperti membuat donat.
Kali ini, RASA berkongsi resipi cakoi yang lembut dan enak. Bolehlah anda mencubanya sendiri di rumah. Kemudian bolehlah dimakan dengan apa saja cara yang anda suka.
CAKOI
Ads
BAHAN BAHAN: (15-20 ketul)
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar majerin
1 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
1 sudu besar susu pekat
1 biji kuning telur
2 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
Ads
Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali tepung dan minyak. Kacau sebati.
Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli tepung anda sehingga menjadi doh.
Uli sehingga doh tidak melekat pada mangkuk dan rehatkan selama 30 minit sehingga ia ‘naik’ sedikit.
Selepas doh ‘naik’, canai memanjang berbentuk segi empat dan potong dua.
Cantumkan kedua-dua doh yang dipotong tadi dan tekan bahagian tengah dengan lidi.
Panaskan minyak untuk goreng cakoi sehingga kuning keemasan.
*Basahkan lidi sebelum tekan pada bahagian tengah cakoi.
Ads
*Sebelum masukkan cakoi dalam kuali, tarik doh sehingga memanjang.
*Gunakan api sederhana agar tepung masak sepenuhnya.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi yang tidak cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) , usah putus asa . Terdapat pelbagai pilihan pendidikan kemahiran boleh dilakukan berdasarkan minat dan cita-cita yang boleh memenuhi keinginan pelajar. GIATMARA terbuka kepada Bumiputra berusia 15 tahun serta boleh 3 M (membaca, menulis dan minat).
Jangan tak tahu, kerajaan menyediakan peluang lebih luas kepada lepasan latihan kemahiran dengan memberi laluan peningkatan kemahiran yang lebih tinggi setara dengan kelayakan ijazah malah ke peringkat sarjana dan doktor falsafah.
GIATMARA , syarikat milik penuh MARA dengan objektif utama memberi latihan kemahiran kepada bumiputera. Objektifnya kini diperkasakan untuk melahirkan tenaga mahir negara, mewujudkan usahawan dan mengatasi kemiskinan.
GIATMARA menawarkan 84 jenis kursus sepenuh masa termasuk kulinari. Kursus yang ditawarkan adalah secara percuma di antara enam hingga 12 bulan. Bukan setakat belia malah untuk individu yang tidak dapat meneruskan pembelajaran akademik.
Malah turut membuka peluang kepada mereka mendapat latihan kemahiran bagi tujuan mendapat kerja dan juga untuk menceburi bidang keusahawanan.
Kursus Masakan dan Pramusaji yang terletak di bawah kluster Kulinari adalah salah satu kursus yang mendapat permintaan tinggi di kalangan masyarakat. Secara keseluruhan terdapat 16 Pusat GIATMARA di seluruh Malaysia yang menawarkan kursus Masakan dan Pramusaji selama enam bulan (Sijil Kemahiran Malaysia Tahap Dua).
Di antara GIATMARA yang menyediakan kursus Masakan dan Pramusaji adalah di GIATMARA Hulu Langat (dahulu dikenali sebgai GIATMARA Beranang) mula ditubuhkan pada tahun 1995. Kemudahan dapur dan persekitaran yang baik dan kondusif juga tersedia di sini.
Kursus ini juga terdapat di GIATMARA Nilam Puri, Kelantan, GIATMARA Merbok, Pendang, Kedah, GIATMARA Masjid Tanah, Melaka GIATMARA Bentong Pahang, GIATMARA Larut, Perak,GIATMARA Kangar, Perlis, GIATMARA Balik Pulau, Permatang Pauh, Pulau Pinang, GIATMARA Klang, Selangor, GIATMARA Kuala Nerus, Terengganu, GIATMARA Setiawangsa, KL,GIATMARA Sepanggar, Sabah,GIATMARA Stampin, Sarawak.
Selain latihan kemahiran pelatih-pelatih GIATMARA akan didedahkan kepada Modul Pembudayaan Keusahawanan dalam tempoh tiga bulan pertama setiap sesi pengambilan pelatih selama lima hari dengan tambahan modul keusahawanan. Pelatih juga diberi pendedahan kepada teknik pemasaran digital yang efektif dan relevan kepada pelanggan.
Pelatih yang tamat latihan akan diberikan sijil Professional GIATMARA dan Sijil Kemahiran Malaysia (Tahap 2). GIATMARA Hulu Langat juga turut menawarkan Kursus Pengkhususan Asean Etnic kepada lepasan pelatih. Program dijalankan selama tiga bulan dan pelatih akan didedahkan kepada tiga modul utama menghasilkan hidangan terkenal dari Thailand, Indonesia dan Vietnam.
Apa tunggu lagi…layari http://giatmara.edu.my/language/ms/permohonan-online/
LOKASI : GIATMARA HULU LANGAT ,NO 65,66,67 Jalan Prima Saujana, Taman Prima Saujana 43000 Kajang, Selangor.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Nama saintifik bagi Cendawan Shiitake adalah Lentinula edodes atau juga dikenali sebagai cendawan Hioko berasal dari Asia Timur yang terkenal di seluruh dunia dengan nama aslinya dalam bahasa Jepun. Shiitake banyak ditanamkan di China, Korea dan Jepun serta sering dijumpai di kawasan liar di pergunungan di Asia Tenggara.
Cendawan Shiitake juga banyak digunakan di dalam masakan Cina. Boleh didapati sama ada dalam bentuk segar mahu pun yang telah dikeringkan. Namun di pasaran, cendawan yang telah dikeringkan lebih mudah didapati. Antara khasiatnya seperti sumber protein dan asid amino, mengandungi pelbagai vitamin dan mineral seperti vitamin A, B, B1, B2 dan niasin. Ia juga dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah.
Di Malaysia, cendawan ini boleh diperolehi dengan mudah di pasaraya sama ada dalam bentuk segar ataupun kering. Cendawan berbentuk kering lebih mudah untuk disimpan dan jangka hayatnya lebih lama. Malah, ia juga enak dimasak dengan pelbagai gaya hidangan seperti sup, kacau goreng dan sebagainya. Untuk menyediakannya, anda hanya perlu bersihkan dan rendam seketika di dalam air panas. Kemudian masaklah mengikut resipi anda. Mudah kan?
Nak cuba masak cendawan ni? Boleh cuba resipi di bawah.
SUP AYAM BERSAMA CENDAWAN SHIITAKE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN TUMIS:
CARA-CARA MEMASAK:
Info chef: Sedap dimakan ketika masih panas dengan nasi putih. Boleh tambah sayuran lain seperti lobak merah dan kentang jika suka. Cili padi boleh diketuk-ketuk jika anda gemarkan sup lebih pedas.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Perkarangan dan lanskap di Universiti Taylor’s sungguh hebat sekali. Seni bina bangunan universiti sungguh ‘wow’, macam berada di universiti luar negara. Ada tasik indah, dan laman yang cukup luas. Yang best bidang kulinari ditawarkan sampai ke peringkat Ijazana Sarjana dan Doktor Falsafah.
Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan adalah sebahagian daripada Fakulti Pengurusan Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan, Universiti Taylor’s, yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Ia telah ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu pada tahun 1986 dengan kerjasama University of Toulouse- Jean Jaurès, yang merupakan universiti kedua tertua dan terbesar di Perancis.
Program yang ditawarkan adalah Diploma in Culinary Arts,Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine, Bachelor of Culinary Management (Hons), Bachelor of Science (Hons)(culinology) dan Master of Philosophy (Food Studies).
Tenaga pengajar terdiri daripada Chef yang berpengalaman dan pensyarah yang aktif dalam penyelidikan berasaskan makanan dan teknologi makanan. Universiti Taylor’s adalah satu-satunya universiti di luar Amerika Syarikat yang menawarkan ijazah dalam bidang Culinology®, yang menggabungkan seni masakan, sains makanan dan teknologi makanan.
.Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan juga memberi kepentingan menghantar pelajar kulinarinya untuk membuat latihan praktikal di restoran-restoran bertaraf Michelin Star di seluruh dunia.
Ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar di bawah bimbingan Chef bertaraf Michelin Star. Setakat ini, Taylor’s telah menghantar pelajar-pelajarnya ke restoran bertaraf Michelin Star di Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.
Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan menawarkan fasiliti bertaraf dunia dengan mempunyai 10 Culinary Suites yang terdiri daripada : Makmal kulinari dan makmal pastri 1 garde manger kitchen 1 artist kitchen & Chocolate room Manifestation – Culinary Bar Theatre Makmal R&D, bilik analitikal, makmal pemprosesan & makmal sensori Makmal Penyelidikan Makanan & Pemakanan
Pusat Pengeluaran Komersial Cook-Chill Makmal Kimia dan Sains Makanan 9 Restoran yang terdiri daripada: 3 restoran fine dining 3 restoran latihan khusus 1 restoran Asia 1 restoran lifestyle 1 restoran pelbagai perkhidmatan (multi service)
Nama institusi : Universiti Taylor’s, Subang Jaya, Selangor
Tip Sukatan Air AGAR-AGAR Tali, Nak Keras, Lembik, Sedang Elok, Penting Tak Lari Formula Ini. Jika suka buat agar-agar kena tahu sukatan cawan air dan formula yang betul. Barulah ia menjadi ikut citarasa yang diinginkan sama ada keras, sedang elok atau lembik. Lagi-lagi jika guna agar-agar jenis tali dan nak buat adunan yang sedikit, kena tahu caranya.