Bagi adik-adik yang mahu menyertai kerjaya Chef, amalan kerjaya barisan Chef Royale Chulan , Bukit Bintang KL, ini wajar dijadikan ikutan. Bukan sekadar pandai masak aje tau, tapi sikap dan sahsiah diri pun kena betul, barulah boleh berjaya.
Eksekutif Chef : Raja Kamroszaman Raja Zainal
Kunjungan Min ke hotel di tengah segi tiga emas kota raya, disambut dengan senyuman manis oleh Eksekutif Chef Raja Kamaroszaman Raja Zainal dan ‘anak buahnya’, Malay Chef Muhammad Haniff Ahmad Sukri, Commis 1 Muhamad Faisal Ariffin dan Commis 3 Muhammad Akmal.
Eksekutif Chef Raja Kamaroszaman bukan calang-calang orangnya. Memiliki pengalaman lebih 28 tahun dan pernah berkhidmat di lapan hotel, Chef Raja seperti yang dikenali oleh staf di sini bertanggungjawab mengetuai dan memimpin 42 kakitangan ‘dapur’ termasuk 32 chef di hotel ini. Beliau juga pernah tersenarai dalam 20 chef hebat oleh majalah kulinari tempatan.
Lebih mengagumkan beliau pernah dilantik oleh Lembaga Tabung Haji untuk sama terlibat menyediakan makanan untuk 20 ribu jemaah haji di Mekah pada pada 2010 selama 60 hari .
Ads
Kini Chef Raja sudah10 tahun di Royale Chulan Bukit Bintang, di antara tanggungjawabnya adalah menyelia semua operasi dapur di dalam hotel termasuk menyediakan menu baru dari masa ke semasa. “Bagi menjadi Chef yang kompetitif dan berjaya, apa yang paling penting adalah minat untuk memasak. Rajin belajar dari orang yang lebih berpengalaman tanpa rasa jemu dan penat. Perlu mempunyai minat mendalam dan mengambil tahu trend makanan terkini disertai rajin dan usaha,”pesan Chef Raja kepada mereka yang ingin menyertai bidang ini.
Sebagai ketua dalam pasukan kerjanya dia menganggap semua rakan sekerja di bawah seliaannya seperti sebuah keluarga besar dan ibarat adik beradiknya sendiri.”Saya mahu terus melangkah selagi mampu di samping membantu menggilap dan melahirkan chef yang terbaik di masa akan datang,”ujarnya lagi sambil dibalas senyuman mesra oleh chef yang lain di sisinya.
Di samping penyediaan makanan dan minuman di Sunway Brasserie dan Cafe Royale & Bar di hotel ini, Wisma Boustead yang berada di bawah pengurusan hotel juga termasuk dalam tanggungjawab chef di sini
Bagi Malay Chef Muhammad Haniff yang bertanggungjawab menyelia semua operasi dapur Melayu dan membantu Chef Raja, katanya, “Seorang Chef itu jika ingin mengejar sukses kenalah rajin berfikir, selain berfikran kreatif dia perlu mengemaskini ilmu makanan mengikut aliran dan kehendak semasa. Bila menjadi Chef kena saling berkongsi ilmu dan meneroka seni masakan ini dengan lebih jauh lagi .Paling penting adalah hubungan dengan rakan-rakan Chef yang lain perlu akrab dan bekerja dalam satu pasukan yang boleh saling tolong menolong terutamanya apabila ada acara besar berlangsung di hotel.”
Memulakan tugas dari bawah , Chef Haniff memulakan kerjaya dalam bidang perhotelan sebagai Commis III. Kini dia telah pun menghimpun pengalaman selama 23 tahun dan pernah berkhidmat di empat hotel terkemuka. Chef Haniff juga sangat kreatif dalam ‘presentation’ dan dekorasi makanan dan banyak menyumbang idea apabila krew RASA membuat rakaman foto resipi di sini.
Ads
Mendengar kisah pembabitan Commis 1, Muhamad Faisal di dalam bidang masakan nyata dia memiliki ‘passion’ dan minat mendalam yang telah berputik sejak kanak-kanak lagi. “Sejak usia saya 10 tahun lagi saya sudah menyimpan cita-cita untuk bergiat dalam bidang masakan perhotelan. Walaupun saya baru bergiat selama tujuh tahun dalam bidang ini, saya bersyukur dapat menimba ilmu, belajar dan meraih pengalaman di lima hotel berlainan.
Bagi mereka yang ingin bergiat dalam bidang ini perlu ada kemahiran memasak serta bertanggungjawab dan berdisplin dalam urusan kerja. Perlu jujur dan konsisten dengan setiap tugasan yang diberi. Sepanjang bertugas, Faisal kini mampu memasak masakan Melayu, Asia dan Barat. “ Masih banyak lagi yang perlu saya pelajari dan saat paling manis bagi saya ialah apabila dapat belajar bermacam-macam jenis masakan,” ujarnya yang menyimpan cita-cita untuk mengejar impiannya sebagai Chef yang berjaya satu hari nanti.
Ads
Buat Chef paling ‘bongsu’ di sini Commis III, Muhammad Akmal yang baru tiga tahun terlibat dalam dunia masakan, dia masih lagi terus belajar dan meneroka setiap aspek penyediaan masakan di samping memajukan diri untuk terus mahir dan cekap dalam memasak.
“ Saya suka bertanya dengan orang yang lebih jauh berpengalaman , kena agresif jika nak cepat pandai. Mereka yang mahu menyertai bidang ini juga perlu bersedia untuk bekerja lebih masa setiap kali diperlukan terutamanya apabila ada acara berlangsung di hotel. Walau pun kami ada tiga syif waktu kerja, tetapi jadual kerja tidak terikat mengikut waktu yang disediakan. Yang penting amanah yang diberikan boleh dibereskan mengikut waktu dan perancangan,”luahnya yang amat menghargai tunjuk ajar yang diberikan oleh kakitangan yang lebih ‘senior’ dari dirinya.
Terima kasih : Delia, ROYALE CHULAN BUKIT BINTANG, 17-21, JLN BUKIT BINTANG, KUALA LUMPUR
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Buahan-buahan seperti anggur dan epal yang diimport dari luar negara biasanya disalut dengan lilin (wax) bagi memastikan buah-buahan tersebut kekal segar biarpun terpaksa menempuh perjalanan yang jauh. Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk. Oleh itu anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan wax tersebut. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
BAHAN-BAHAN:
Anggur
2 sudu teh garam halus
2 sudu teh baking soda
CARA-CARA:
1. Tanggalkan buah anggur dari tangkai dan masukkan buah ke dalam bekas yang bersesuaian. Basuh buah dengan melalukan air dan tapis.
2. Taburkan garam dan baking soda hingga rata.
3. Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan lilim.
4. Bilas buah anggur anda dengan air bersih sehingga hilang kesan garam dan baking soda. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.
Siapa yang tak sukakan donat gebu dan lembut kan? Paling penting, biarpun sudah lama dibuat ia tetap lembut. Kebanyakan donat memang sedap, tapi bila dah sejuk rasanya dah jadi ‘kureng’. Lepas tu liat pula. Macam mana nak buat donat agar sentiasa gebu walaupun dah lama? Kalau dimakan waktu panas pun sedap, waktu sejuk pun masih best. Resipi RASA ni paling mudah dan tidak mengelirukan. Tak perlu banyak ramuan. Cukup-cukup saja untuk menghasilkan sehingga 20-25 ketul donat gebu-gebu manja!
DONAT GEBU
BAHAN-BAHAN:
3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
2 sudu besar menetga
4 sudu besar gula pasir
3 sudu besar susu pekat
1 paket yis
1 biji telur
CARA MEMBUAT:
Cairkan mentega dan ketepikan. Kemudian larutkan gula dan susu di dalam air suam. Masukkan yis dan sebatikan. Biar selama 10 minit.
Pukul telur dan campurkan bersama mentega cair. Yis akan berbuih-buih pada waktu ini, Campurkan bersama mentega.
Kemudian masukkan kesemuanya ke dalam tepung gandum dan gaul menggunakan senduk kayu. Rehatkan adunan selama 45 minit.
Ambil adunan dan bentuk menggunakan acuan.
Kemudian dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan sehingga bertukar warna keemasan. Bolehlah diangkat.
TIP BUAT DONUT GEBU
*Pastikan acuan anda diletakkan sedikit tepung bagi mengelakkan adunan melekat padanya.
*Tip mudah untuk menyalut donat dengan gula adalah dengan meletakkannya ke dalam zip lock bag. Kemudian digoncang agar gula rata pada donat.
Chef selebriti Muhammmad Naim Ramli, atau lebih dikenali sebagai Chef Naem sudi berkongsi 3 resipi sihat yang selalu di hidangkan untuk para atlet dengan menggunakan Kentang AS sebagai bahan utama. Bulan puasa elok banyakkan karbo supaya badan kekal aktif dan bertenaga. Cubalah!
SMOOTHIE NANGKA KENTANG
BAHAN-BAHAN:
2 biji kentang U.S Russets
1 Serbuk serbuk protein
6 biji buah nangka
1 cawan susu soya
2 sudu makan madu
1/2 sudu teh serbuk kayu manis
1/2 sudu teh chia
1 cup ice cube
1 daun pandan (hiasan)
1 gula melaka (hias)
CARA MASAK:
1. Kupas kentang dan potong menjadi kiub.
2. Renehkan kentang sehingga lembut selama 10 minit.
3. Kisar semua bahan – kentang, nangka, serbuk protein, susu, madu, kayu manis, biji chia dan ais bersama-sama sehingga hancur.
4. Hiaskan dengan pandan daun, biji chia, dan beberapa hirisan gula melaka.
TIP: Jika tidak suka nangka boleh tukarkan kepada buah dragon fruit atau ikut apa yang anda suka. Minuman smoothie ini sangat mengenyangkan dan sesuai disediakan ketika sahur, karbo yang ada pada kentang membekalkan tenaga yang banyak untuk tubuh badan.
TOMYAM AYAM HASH BROWN
BAHAN-BAHAN:
6 biji U.S Hash Brown
1 pekat tom yam paste
2 dada ayam (rebus)
2 biji tomato (dicincang)
2 helai daun limau purut (dihiris)
2 helai daun ketumbar (dihiris)
1 batang serai (dihiris)
Garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Ayam potong dadu dan masukkanke dalam air mendidih. Taburkan sedikit garam dan halia sehingga dimasak.
2. Air fry U.S hash brown pada 100C selama 15 minit hingga coklat keemasan.
3. Sapukan rata pes tom yam atas hash brown tadi..
4. Dalam mangkuk, masukkan ayam, tomato, daun limau purut, ketumbar, serai, garam & lada sulah.
5. Gaulkan rata.
6. Letakkan bahan yang dah di gaul tadi di atas hash brown.
7. Hiaskan dengan daun ketumbar. Siap.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.
ON-THE- GO KENTANG
BAHAN-BAHAN:
10 biji kentang U.S Russets | dikupas dan potong dadu
2 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang putih | dicincang
1 sudu teh paprika
1 sudu teh serbuk kari
1 biji lemon (diparut)
1 biji limau nipis | hiasan
kacang almond | cincang halus
garam / lada sulah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan kentang yang dah di potong dadu dalam mangkuk dan tuangkan minyak zaitun
2. Di dalam mangkuk yang berasingan, gabungkan paprika, serbuk kari, kulit lemon yang di parut dan kacang almond dan bawang putih.
3. Campurkan semua bahan dan salutkan ramuan tadi pada kentang.
4. Goreng dengan air fryer pada 120c selama 20-30 minit (dalam kelompok kecil)
5. Perah limau nipis untuk rasa yang lagi bangkit.
TIP: Jika tidak mempunyai air fryer boleh goreng biasa dengan menggunakan hanya sedikit minyak di atas kuali leper dan balik-balikkan.