Diskaun 35% Untuk Semua Pelanggan Secret Recipe Malaysia

Share

Pada 31 Januari 2023 (Selasa), Secret Recipe Malaysia telah mengadakan Majlis Pelancaran outlet ke-350 di One Utama bersama duta baharu Secret Recipe Malaysia iaitu Mira Filzah. Secret Recipe merupakan sebuah perniagaan Kek & Kafe yang paling berkembang pesat bukan sahaja di Malaysia

sahaja, tetapi di Singapura, Thailand, Brunei, Maldives, dan juga Bangladesh.

Siapa je tak pernah dengar tentang Secret Recipe? Semua orang pernah, malah kek yang dijual oleh Secret Recipe sentiasa menjadi pilihan orang ramai dalam menyambut majlis penting bagi beberapa situasi seperti majlis Ulangtahun, perpisahan dan sebagainya.

Disasarkan Secret Recipe bakal mempunyai 400 outlet menjelang akhir tahun 2025

. Secara tidak langsung Secret Recipe telah membantu dari segi ekonomi sesebuah negara dengan menyediakan peluang pekerjaan yang banyak seperti pembukaan kilang baharu di Kota Damansara
.

Menurut Pengarah Urusan Secret Recipe Malaysia, Patrick Sim, pelanggan yang berdaftar dalam aplikasi Secret Recipe MY akan berpeluang merasai Limited-Edition Cupcake bermula 31 Januari 2023 sehingga 6 Februari 2023 hanya di Secret Recipe outlet One Utama. Bukan itu sahaja, pelanggan Secret Recipe bakal mendapat diskaun 35% setiap pembelian melebihi RM 60 dan ke atas (tidak termasuk whole cake atau promosi yang sedang diadakan).

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.secretrecipe.com.my

IKLAN