Dessert Mudah Hanya Guna 4 Bahan, Rasanya Sangat Sedap!

Share

Kalau di rumah anda ada banyak lagi stok roti tapi dah nak hampir tamat tempoh, boleh cuba resipi pencuci mulut yang dikongsikan ini.

Resipi dessert oleh Linda Safar ini sangat mudah, hanya menggunakan 4 je tapi rasanya sangat sedap!

Sedap dimakan begitu saja atau boleh tambah custard sauce atau gula icing sebagai topping.

Mudah dan menyelerakan. Sesuai juga buat dessert si kecil yang berumur 1 tahun dan ke atas.

DESSERT MUDAH 4 BAHAN

BAHAN-BAHAN:

2 keping roti – beli online di sini
2 biji telur
150ml susu segar
Buah blueberries

CARA MEMBUAT:

1. Potong roti kecil-kecil atau dalam bentuk kiub. Letakkan dalam mangkuk. Ketepikan.


2. Masukkan telur dan susu ke dalam mangkuk yang lain.


3. Kacau telur dan susu hingga sebati. Boleh guna whisk.

4. Kemudian, adunan telur dan susu tadi, tuang ke dalam mangkuk yang ada roti telah dipotong.

5. Taburkan buah blueberries. Ikut suka nak tabur banyak mana.

6. Kemudian, bakar di dalam ketuhar dengan suhu 250C selama 25 minit. Boleh sesuaikan ikut suhu ketuhar atau air fryer masing-masing.

7. Jika nak tahu masak atau tidak, boleh periksa guna pencungkil gigi atau lidi. Kalau ada yang lekat, maknanya belum masak. Boleh tambah masa masak lagi.

Kredit resipi: Linda Safar

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official

IKLAN