Dapat 97K Share, Resipi Mi Hailam Tumis Ni Memang Patut Cuba.

Share

Wow…Sedapnya Mi Hailam tumis istimewa perkongsian saudari Hasniza Hassan ni. Nampak simple je tapi rasanya memang terbaik. Menurut beliau lagi, resipi ini asalnya diperolehi dari ibu saudaranya sendiri. Resipi kuahnya memang ‘special’ dan sedikit berlainan kerana ditumis dengan lada hitam. Jadi bukan biasa-biasa tau. Patutlah dapat 97 ribu share di FB. Jadi bagi anda yang suka sajian ni, bolehlah cuba buat untuk hidangan keluarga. Pasti puas hati.

CARA MASAK MI HAILAM TUMIS LADA HITAM

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1-1 ½ paket mi

BAHAN KUAH:

  • 11 ulas bawang putih – kisar / tumbuk
  • 1 sudu makan biji lada hitam – tumbuk kasar
  • Daging – rebus dan potong kecil
  • 1 mangkuk air rebusan udang – jika ada
  • 15 ekor udang – boleh dilebihkan
  • 4 ekor sotong – hiris
  • 1 biji tomato – belah 2
  • 1-2 biji cili merah – potong
  • Kubis secukupnya – hiris
  • Sawi secukupnya – hiris
  • Kicap masin secukup rasa
  • Kicap manis secukup rasa
  • Sos tiram secukup rasa
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1-2 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih serta lada hitam.


2. Tumis hingga wangi dan bawang kekuningan.


3. Masukkan daging dan tambahkan air. Boleh tambahkan air rebusan kulit udang jika ada. Biarkan mendidih dan daging empuk.


4. Tambahkan kicap manis, kicap masin dan sos tiram secukup rasa.


5. Seterusnya masukkan udang dan juga sotong. Masak jangan terlalu lama kerana udang dan sotong akan kecut.


6. Kemudian masukkan hirisan cili dan tomato. Tambahkan juga garam serta gula secukup rasa.


7. Masukkan hirisan kobis. Masak seketika.


8. Bila kuah mendidih dan hampir diangkat, masukkan sawi. Tambahkan juga bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.


9. Gaul rata supaya semua bahan sekata.

10. Masukkan mi dan gaul rata. Hidangkan segera.

INFO: Masukkan mi apabila hidangan sedia untuk dinikmati. Jika tidak, mi akan menjadi kembang .

 

Kredit resipi & foto: Hasniza Hassan

 

Tercari-cari ‘HOME APPLIANCES’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.

 

Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni:

 

IKLAN