Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Share

Daging salai masak lemak cili padi ini memang kegemaran ramai.Daging salainya penuh aroma asap dan dagingnya juga tak kering. Masih lembut di dalam.

Selain rebung, daging Salai ini boleh digabungkan dengan sayuran lain seperti ubi kentang, pisang muda dan sebagainya. Terpulang pada selera masing-masing.

Tak susah pun nak masak daging salai masak lemak cili padi dengan rebung ni. Cubalah.

Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung

Bahan-bahan:

250gram daging salai

100gram rebung ( beli di pasar siap proses)

1/2kg santan pekat

1 batang serai (ketuk)

Sedikit cili padi hijau – boleh beli online di sini

1 kiub ikan bilis – boleh beli online di sini

2 batang cili merah besar – boleh beli online di sini

1 helai daun salam

Sekeping asam gelugur

Sedikit daun Kunyit  (hiris)

1 inci kunyit hidup – boleh beli online di sini

Garam – boleh beli online di sini

Air

Cara Membuat Daging Salai Masak Lemak Cili Padi Dengan Rebung:

Mula-mula bersihkan rebung dan rebus kira-kira 10 minit, kemudian tutup api dan toskan. Kemudian kisar bahan-bahan seperti kunyit hidup, cili padi dan cili merah besar hingga hancur.

Tuangkan bahan kisar ke dalam periuk (tak perlu tumis guna minyak). Masukkan rebung yang sudah direbus. Kacau rata seketika. Tambah sedikit air jika perlu.

 Setelah itu, masukkan pula daging salai yang sudah dipotong.

Gaul rata rebung dan daging salai. Kemudian, masukkan air secukupnya untuk kuah. Masak rebung dan daging salai itu lagi.

Setelah itu, masukkan santan pekat dan kacau sebati.

Masukkan pula daun salam, asam gelugur dan kiub ikan bilis. Kacau lagi.

Biarkan kuah masak dan pekat. Tambah garam secukup rasa. Masukkan hirisan daun kunyit. Gaul rata. Perlahankan api, biar ia mereneh seketika.

Tutup api, angkat dan sedia dihidangkan.

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

 

 

 

 

IKLAN