Makan

Daging Masak Kicap Paling Sedap. Lelaki Ini Kongsi Resipi Air Tangan Mak Mentua

Share

Daging masak kicap antara menu yang sering menjadi hidangan mudah untuk disediakan kepada keluarga. Ia sedap dan dapat membangkitkan selera.

Makan dengan nasi panas tambah satu lagi hidangan sayur atau juga telur dadar pun dah cukup.

Resipi yang dikongsikan oleh Ben Safwan ini ada kelainannya. Menurut lelaki ini resipi dari ibu mentuanya itu cukup tersendiri dan sedap. Bolehlah cuba nanti.

Daging Masak Kicap Sedap

Bahan-bahan:

Bahan-bahan Perap:

500gm Daging lembu – hiris nipis melintang

½ sudu makan serbuk kunyit

1 sudu makan cili kisar

1 sudu kecil jintan manis – ditumbuk

1 sudu kecil jintan putih – ditumbuk

1 sudu makan bawang kisar

2 sudu makan kicap pekat

2 sudu makan kicap manis

½ sudu makan gula

1 ½ sudu kecil garam

Bahan Tumis:

1 batang kecil kulit kayu manis

3-4 biji buah pelaga

2 ½ sudu makan bawang merah yang telah dikisar

2 ½ sudu makan bawang putih yang telah dikisar

2 ½ sudu makan halia yang telah dikisar

1 ½ sudu makan cili kisar

Bahan lain:

½ sudu makan asam jawa – campur air dan masukkan air dalam masakan

Cara Penyediaan:

  1. Perap daging dengan bahan-bahan perapan.
  2. Dalam kuali tumiskan kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga naik bau.
  3. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia kisar bersama cili kisar. Tumis sampai pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging dan kacau sesekali pada api sederhana. Biarkan daging lembut dengan air daripada daging yang diperap.
  5. Tunggu sehingga air daging kering, masukkan air asa jawa.
  6. Sesuaikan rasa dan jika perlu boleh tambahkan kicap pekat untuk nampak hitam.
  7. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: bensafwan

Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN