Makan

Daging Masak Hitam Sarawak, Gula Apong Buat Rasa Lagi Sedap. Ini Resipinya

Share

Daging masak hitam Sarawak ini lebih kurang masakan kicap daging di semenanjung cuma ditambah dengan gula apong yang menjadikan rasa sedapnya berbeza.

Bagi yang nak rasa kelainan daging masak hitam ini boleh cuba ikut resepi yang dikongsi oleh Siti Syuhada. Beberapa tahun menetap di Bumi Kenyalang ini beliau sempat mempelajari menu tersebut yang turut mendapat pujian suami kerana keenakannya.

Cara Buat Daging Masak Hitam Sarawak

Bahan Perapan Daging

500 gram daging (potong ikut suka)
2-3 sudu besar kicap pekat
2-3 sudu besar gula apong (bahan rahsia wajib ada)
*Perap selama 1 jam untuk rasa lebih meresap.

Bahan Kisar

1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3-4 ulas bawang putih
2-3 batang serai
1 inci lengkuas
Segenggam cili kering (rendam & buang biji)

Bahan Tumis

Rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
3-4 biji bawang merah, dimayang

Bahan Lain

Sedikit air asam jawa
2-3 sudu besar serbuk rempah kurma
Secukup rasa garam
Air putih (ikut kepekatan kuah)
Kicap cair (tambah jika nak lebih warna)
Perasa masakan (jika suka)

Cara Penyediaan

1. Tumis rempah 4 sekawan bersama bawang merah mayang hingga keperangan dan naik bau.

2. Masukkan bahan kisar, kacau sebati hingga wangi.

3. Masukkan serbuk rempah kurma, terus kacau sampai pecah minyak (kacau selalu supaya tak hangit).

4. Masukkan sedikit air asam jawa, kacau rata.

5. Masukkan daging perap tadi, gaul sebati. Tambah kicap cair kalau nak warna lebih gelap dan cantik.

6. Kalau nak kuah lebih, boleh tambah sedikit air putih. Masukkan garam dan perasa secukup rasa. Kacau dan masak hingga daging empuk, kuah pekat berkilat, baru angkat dan hidang.

Tip Ekstra

  • Gula apong boleh diganti dengan gula melaka jika tiada, tapi rasa takkan sama, gula apong buat rasa lebih autentik.
  • Nak daging cepat empuk, potong nipis atau boleh rebus sekejap sebelum perap.
  • Kalau suka kuah pekat likat, masak lama atas api kecil sambil kacau selalu.

Kredit resipi & foto: Siti Syuhada

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Published by
Rose