Daging Masak Hitam Ala Kenduri, Perap Daging Dua Jam Baru Sedap Terangkat

Share

Daging masak hitam ala kenduri ini memang sedap. Lagi lama masak lagi sedap. Sering kali dihidangkan ketika majlis kenduri-kendara seperti kenduri kahwin. Tapi, bulan puasa macam ni, jarang sangat orang buat kenduri Kahwin. Tekak pula tiba-tiba teringin nak makan.

Ha…apa lagi. Masak sendiri lah kat rumah. Boleh ikut resipi yang dikongsikah oleh puan Rusfaniza Abu Majid ini. Makan waktu buka sedap, buat makan waktu sahur pun sesuai. Selamat mencuba ye!

Daging Masak Hitam Ala Kenduri

Bahan-Bahan:

2 kg daging
Kicap manis secukupnya – boleh beli online di sini

20 tangkai cili kering (kisar) boleh beli online di sini

Kicap pekat secukupnya boleh beli online di sini

2 labu bawang besar boleh beli online di sini

10 ulas bawang putih boleh beli online di sini

5-6 hiris halia boleh beli online di sini

2 batang serai
5 biji buah keras
Segenggam kismis hitam (Tak ada guna yang kuning)
1sudu kecil jintan manis boleh beli online di sini

Rempah 4 sekawan

Sesudu lada hitam

Sedikit gula (pilihan) – boleh beli online di sini

Minyak masak – boleh beli online di sini

Cara Memasak Daging Masak Hitam:

Perap daging dengan kicap manis dan kicap pekat serta cili kering kisar. Seeloknya perap selama 2-3 jam. Barulah sedap sebab rempah dah sebati dengan daging.

Sementara tunggu daging diperap, kisar dulu bawang besar, bawang putih, halia (dalam bekas biru).

Kemudian kisar pula serai, kismis, buah keras, jintan manis dan lada hitam (bekas pink).

Panaskan minyak dan tumis rempah empat sekawan. Kemudian masukkan bahan kisar dalam bekas biru.

Apabila bawang dah garing, masukkan rempah dalam bekas pink pula. Kacau sekata.

Bila bahan tumis dah pecah minyak, masukkan daging. Gunakan api perlahan dan jangan letak air kerana nanti daging keluar air.

Masak sampai kering (macam dalam gambar).Kalau ikutkan sudah ada rasa masin dan manis dan tak perlu masuk garam dan gula lagi. Tapi kalau suka manis sedikit,  letak jugak 2 sudu besar gula.

Nak sedap, masak hingga 3 jam ye. Memang lama tapi tapi berbaloi Bila air daging keluar nanti, perlahankan api dan tutup kuali. Sebaik daging kering, lembutlah daging tu. Selamat mencuba ye!

SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI 

Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:

 

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official

 

 

 

IKLAN