“Daging Kena Rebus Dulu Baru Sedap”. Ini Cara Masak Daging Merah Sebijik Macam Kedai Siam

Share

Kalau makan di kedai Thailand atau kedai tomyam, sajian Daging Masak Merah, tomyam dan telur bungkus semestinya antara kombinasi menu yang enak yang menjadi pilihan ramai. Namun di musim PKP ni, agak sukar untuk keluar bersama keluarga dan menikmati sajian kegemaran ini. Tapi jangan bimbang, anda boleh masak sendiri menu ni di rumah. Sama rasanya. Malah lebih jimat tau. Jom cuba. Resipi perkongsian dari saudari Zetty Azikin ni memang terbaik. Pasti anda sukakan rasanya.

RESIPI DAGING MERAH ALA KEDAI SIAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg daging – direbus, direndam pewarna merah & dihiris. (jika tak suka pewarna, boleh abaikan)
  • 3 sudu makan cili kisar (beli online disini)
  • 3 sudu makan sos cili (beli online disini)
  • 3 sudu makan sos tiram (beli online disini)
  • 6 ulas bawang putih – diketuk
  • 8 biji cili padi merah
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 biji bawang holland (beli online disini)
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji lada benggala merah
  • Bunga kubis – kuantiti ikut citarasa
  • Kacang panjang – kuantiti ikut citarasa
  • Baby jagung – kuantiti ikut citarasa
  • 1 biji tomato
  • 1 cawan air
  • Sedikit serbuk pewarna merah – jika suka
  • Gula, garam dan perasa secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak masak dan tumis cili kisar hingga garing.


2. Kemudian masukkan bawang putih dan cili padi.


3. Kacau selama 2-3 minit barulah dimasukkan sos cili dan tiram.


4. Seterusnya masukkan sayur-sayuran ( kecuali bawang & tomato) dan daun limau purut. Kacau rata.


5. Masukkan air.


6. Kemudian masukkan daging. Kacau lagi hingga rata. Jika suka, boleh juga masukkan sedikit pewarna merah.


7. Akhir sekali masukkan bawang holland, tomato, garam, gula dan perasa dengan secukupnya. Kacau selama 2-3 minit untuk sebatikan dan biar bawang sedikit lembut.


8. Siap untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Zetty Azikin

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN