
Daging Goreng Ketumbar Ringkas Tapi Sangat Sedap
Kalau anda sedang mencari idea lauk ringkas yang cepat disediakan tetapi tetap memuaskan selera, resipi Daging Goreng Ketumbar ini memang wajib dicuba. Perkongsian daripada saudari Aisyah Humaira ini sangat sesuai untuk mereka yang sibuk, tidak mahu menggunakan terlalu banyak bahan, namun masih ingin menikmati hidangan daging yang enak dan beraroma.
Gabungan daging hiris nipis dengan biji ketumbar yang ditumbuk sedikit separuh hancur menghasilkan rasa yang cukup wangi dan menaikkan selera. Lauk ini juga sangat sedap dinikmati bersama nasi panas dan telur mata kicap. Ringkas, cepat dan sangat “layan”.
Bahan-Bahan Diperlukan
- 1 kg daging batang pinang – hiris nipis
- 1 – 2 biji bawang besar – hiris bulat
- 2 sudu besar biji ketumbar – tumbuk sedikit separuh hancur
- Garam secukup rasa
- Serbuk kunyit secukupnya
- Serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
Cara Memasak
Langkah 1: Gaul Daging
Satukan daging yang telah dihiris nipis bersama biji ketumbar, garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa ke dalam sebuah bekas. Gaul hingga semua bahan meliputi daging dengan sekata supaya perisa dapat meresap dengan baik.

Langkah 2: Goreng Daging
Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Masukkan daging yang telah diperap tadi dan goreng hingga daging masak dan sedikit garing mengikut citarasa masing-masing.
Langkah 3: Masukkan Bawang
Apabila daging sudah masak, masukkan hirisan bawang besar. Kacau sekejap sahaja sehingga bawang layu dan naik bau. Jangan goreng terlalu lama supaya bawang masih manis dan segar.
Langkah 4: Siap Dihidang
Daging Goreng Ketumbar kini siap untuk dihidangkan. Paling sedap dimakan panas-panas bersama nasi putih dan telur mata kicap sebagai pelengkap hidangan.

Tip Penting Supaya Daging Lebih Empuk
Jika anda menggunakan bahagian daging yang lambat empuk, disarankan menggunakan teknik “daging goreng Kelantan”. Teknik ini sangat membantu untuk melembutkan daging tanpa menjejaskan rasa asal.
Caranya, selepas daging digaul bersama ketumbar, garam, serbuk kunyit dan perasa, masukkan terus ke dalam kuali tanpa minyak. Tambahkan air secukupnya dan masak menggunakan api perlahan.
Reneh daging sehingga lembut dan biarkan air kering sepenuhnya. Sekiranya air sudah kering tetapi daging masih liat, tambahkan sedikit air dan teruskan mereneh sehingga daging benar-benar empuk.
Setelah daging lembut dan air kering, barulah masukkan minyak dan goreng seperti biasa. Akhir sekali, masukkan bawang besar dan kacau hingga layu. Hasilnya, daging lebih lembut dan sangat sedap.
Kenapa Resipi Ini Wajib Cuba?
- Bahan ringkas dan mudah didapati
- Tak ambil masa lama untuk memasak
- Sesuai untuk hidangan tengah hari atau malam
- Rasa wangi ketumbar yang menaikkan selera
Resipi ini memang sesuai untuk semua, sama ada yang baru belajar memasak atau yang sudah biasa ke dapur. Dengan langkah yang mudah dan bahan yang minima, anda boleh menghasilkan lauk daging yang cukup menyelerakan untuk seisi keluarga.
Kredit resipi dan foto: Aisyah Humairah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!










