Daging Dendeng ‘Power’. Lauk Kegemaran Ramai Yang Senang Dibuat.

Share

Daging dendeng memang ada pelbagai jenis dan rupa. Lain tempat , lain cara membuatnya.  Ada yang terlihat seperti rendang. Ada juga yang hanya disimbah dengan sambal goreng. Apa pun mari kita cuba resipi yang ini.

BAHAN-BAHAN:
1kg daging  | dipotong ketulan besar
5 batang serai | dititik
3 helai daun pandan | disimpul
300gm bawang goreng
200gm cili kisar
Ketumbar biji secukupnya
50ml kicap pekat
100ml kicap manis
100ml kicap masin
Minyak untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:
15 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5cm halia

CARA MEMASAK:
1. Perap daging bersama kicap pekat, kicap manis dan kicap masin. Sebatikan.
2. Kemudian panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Ketepikan.
3. Setelah itu, panaskan minyak dan tumis ketumbar biji bersama bahan kisar, serai dan daun pandan sehingga naik bau.
4. Seterusnya masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau dan garing.
5. Masukkan pula daging goreng dan taburkan bawang goreng. Gaul sebati.
6. Akhir sekali, masak dengan api perlahan sehingga kering dan berminyak.
Info:  Daging yang dipotong menjadi ketulan besar haruslah direbus sehingga empuk dan ditoskan airnya.

IKLAN