Daging Dendeng, Pelengkap Menu Di Pagi Syawal

Share

Daging dendeng adalah hidangan tradisional masyarakat kita. Juadah ini bolehlah dikatakan sebagai pelengkap ketika menyambut Syawal.Jadi, jomlah buat daging dendeng ini supaya tetap meriah walau beraya hanya di rumah.

DENDENG DAGING BERLADO

BAHAN-BAHAN
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
10 biji cili merah
Minyak masak secukupnya
500 gram daging (rebus dan hiris nipis dan lebar)
1 batang serai (ketuk)
2 cm halia
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air rebusan daging

CARA MEMBUAT
1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan cili merah. Ketepikan.
2. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan goreng daging yang telah direbus terlebih dahulu hingga garing. Angkat dan ketepikan.
3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.
4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan serai dan hirisan halia. Perasakan dengan garam, dan gula secukup rasa.
5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.
6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

Selamat mencuba!

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

Dapatkan  lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: 

 

IKLAN