Makan

Daging Burger Pun Boleh Jadi Lauk Yang Sedap. Ini Cara Membuatnya

Share

Daging burger dah lama terperap dalam freezer, daripada terbiar sampai expired apa kata jadikan lauk.

Kalau nak tahu daging burger ini boleh dijadikan hidangan yang sedap.  Cara membuatnya pun ringkas saja

Bahan-bahan:

Daging Burger -potong panjang
Bawang Merah -dihiris
Bawang Putih -dihiris
Cili Padi -dihiris
Sos tiram
Sos cili
Garam

Cara membuat:

1. Grill/ goreng daging burger sampai masak. Ketepikan.

2. Tumiskan hirisan bawang merah, bawang putih dan cili padi dalam kuali sampai naik bau.

3. Masukkan sedikit sos tiram dan sos cili.

4. Kemudian masukkan daging burger tadi dan kacau sebati. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebati.

Siap!

Selamat Mencuba!

Sumber: Siti Nursoleha Nawawi

IKLAN