Makan

Daging Burger Masak Merah. Lauk Mudah Yang Sedap & Imbau Nostalgia

Share

Sedapnya Daging Burger Masak Merah ni. Menu ini adalah antara menu yang biasa dinikmati oleh anak-anak kelahiran tahun 80an dan 90an. Kafe-kafe di universiti memang banyak jual lauk ni. Ringkas dan mudah. Bagi anda yang tak ada idea nak masa kapa hari ni, bolehlah cuba resipi perkongsian saudari Finas Osman.

RESIPI DAGING BURGER MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

4 keping daging burger
4 biji bawang merah – hiris
2 ulas bawang putih – hiris
1 batang serai – diketuk
4 sekawan – kayu manis, lawang, cengkih, sedikit buah pelaga
1 biji bawang holland – potong bulat
4 sudu makan cili kisar
Cili merah & cili hijau – hiris
5 sudu makan sos cili
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit air

CARA MEMASAK:

1.Potong daging burger jadi 4 bahagian kemudian goreng. Ketepikan.

2.Panaskan minyak dan masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, serai
dan rempah 4 sekawan. Tumis sampai naik bau.

3. Masukkan cili kisar, sos cili dan sedikit air untuk bagi berkuah sikit.
4.Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.Akhir sekali masukkan daging burger yang sudah digoreng tadi bersama bawang holland, cili merah dan cili hijau yang dihiris.
6. Gaul semua bahan hingga sebati dan bolehlah dihidangkan.


Kredit resipi & foto: Finas Osman

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

 

Published by
Elina