Cuti Panjang, Jom Buat Sendiri Kek Burnt Cheese Cake Yang Tengah Viral

Share

 

Antara kek yang sedang ramai suka sekarang ni adalah burnt cheese cake. Kek ini bukan macam kek keju leleh tapi sejenis kek yang dibakar. Memang sedap sesangat. RASA kongsikan resipinya di sini ya.

BURNT CHEESECAKE

Bahan-bahan
250 gram cheese (guna philadelphia lagi sedap)
85 gram gula (boleh kurangkan ke 75gm)
2 biji telur ayam
9 gram tepung gandum
120 gram whipping cream
Sedikit esen vanilla (jika mahu)

Cara membuat
1. Putar sebati cheese dan gula. Masukkan telur. Putar sebati lagi. Ketepikan.
2. Campurkan tepung dengan whipping cream. Gaul sebati. Satukan dengan adunan cheese tadi.
3. Masukkan esen vanilla. Kaup balik sampai semua bersatu elok.
4. Lapikkan loyang dengan baking paper. Tak payah cantik-cantik tak apa. Sebab konsep kek ni memang kek yang tak ada rupa.
5. Jangan lupa panaskan oven suhu 200°C. Bakar kek ni selama 40 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan. Masuk peti sejuk semalaman. Esok pagi tu korang makan konfem berslice-slice masuk perut korang tanpa sedar. Nak makan terus pun boleh. Tapi lagi sedap kalau dah simpan dalam peti ais.

Panduan:
Adunan ni untuk bekas 5 inci tau. Kalau nak kek ni besar, sila gandakan adunan.

Selamat mencuba!

Resipi oleh Atie Halpi dari Telegram KakiMakan

IKLAN