Cucur Manis Stick, Rangup Di Luar Lembut Di Dalam

Share

Cucur manis stick atau jejari ni memang rangup di luar , lembut di dalam. Selalu buat bulat-bulat tapi kalau rajin sikit buat lah bentuk stick atau jejari macam ini. Cicah pulak dengan nutella , memang sedap 

“Kalau sesiapa nak buat tips nya perlu guna air panas yang baru mendidih , jangan guna air panas dari flask. Kalau air flask memang adunan akan lembik sebabnya air panas dari flask tak betul betul panas panas dan tepung tak akan masak/mudah berketul.

Jadi memang tak boleh nak bentuk jika adunan lembik. Dan gunakan cawan yg sama utk ukur tepung dan air,” tu pesan Nuhaz Kitchen kalau nak buat cucur stick ni.

Resepi ni dapat tak banyak. Kalau nak banyak gandakan adunan.

CUCUR MANIS STICK

BAHAN-BAHAN :
• 1 cawan tepung gandum


• 1 cawan air panas (yg baru mendidih)
• 1 sb gula
• secubit garam

CARA MEMASAK :
1. Satukan semua bahan


2. Kacau sehingga sebati (adunan mmg agak keras)


3. Tunggu suam baru bentukkan
4. Panaskan minyak


5. Goreng menggunakan api sederhana

Siap.

Selamat mencuba !

Kredit foto & resipi : Nuhaz Kitchen

ANDA JUGA MUNGKIN SUKA RESIPI INI :

RESIPI NI PUN MENARIK JUGA :

 

IKLAN