Salah satu kuih yang menjadi kegemaran masyarakat suatu ketika dulu adalah cucur Jawa. Rasanya manis dan sedap dimakan panas-panas. Walaupun cucur Jawa adalah kuih orang lama, namun masih tetap digemari orang generasi hari ini.
CUCUR JAWA
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
Sedikit garam
Ads
Ads
CARA MEMBUAT
1. Air dan gula dimasak sampai gula hancur. Biarkan sejuk.
2. Tapis bancuhan gula. Kemudian bancuh dengan tepung gandum.
3. Peram sekurang-kurang selama 4 jam.
4. Panaskan minyak masak. Masukkan 1 senduk bancuhan dan goreng.
5. Angkat dan hidangkan.
Roti Peanut Butter Goreng atau Roti Mentega Kacang Goreng perkongsian saudari Aila Syakilani ternyata sangat mudah. Hanya menggunakan 3 bahan, kudapan ringkas tapi enak ini boleh anda sediakan buat anak-anak. Sesuai dinikmati pada bila-bila tidak kira waktu. Jika sebelum ini roti dan mentega kacang hanya disapu begitu sahaja, kali nib oleh cuba goreng bersama marjerin pula. Sedap! Lebih-lebih lagi jika dinikmati panas-panas. Jom lihat cara-caranya.
1.Ambil sekeping roti dan sudukan mentega kacang di tengah-tengah roti dengan secukupnya. 2. Ambil sekeping lagi roti, tangkupkan. 3. Seterusnya untuk membentuk roti, tekan menggunakan bekas kecil berbentuk petak. Boleh juga menggunakan bekas berbentuk bulat. Terpulang pada cita rasa masing-masing.
4. Ulang proses sama hingga habis atau bergantung kepada berapa keping anda nak buat.
5. Panaskan marjerin di dalam kuali. 6. Goreng roti tadi hingga kuning keemasan. Terbalikkan agar masak sekata. 7. Bila sudah garing, angkat dan nikmati segera.
Nak belajar cara-cara membuat Kuih Bulan & Roti Homemade? Jom sertai Kelas Online RASA bersama bersama Chef Shafee Madianuddin, pemilik Restoran Mangkuk.
Kelas Online Kuih Bulan Pandan Lotus & Roti Salted Egg
Tarikh: 8 Oktober 2022 (Sabtu) Masa: 10.30 pagi Medium: Secara online/atas talian (link akan disertakan selepas pendaftaran)
Berminat nak join?FREE je tau. Daftar sekarang DISINI
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Cuti-cuti ni cuba masak ayam cili kering stail Cina pulak. Ni resipi Cina Muslim, memang sedap bukan main. Rasa masam-masam manis pedas gerenti bertambah makan nasi nih. Jom masak sendiri lagi puas hati, boleh jimat duit, jom semak resipi yang dikongsikan Ria Razali ni.
AYAM MASAK CILI KERING STAIL CINA
.
BAHAN-BAHAN:
*sukatan boleh tengok foto
.
CARA MEMASAK : 1. Ayam potong keciL, atau potong besar ikut suka.. 2. Lepas itu basuh dengan air garam, celup dalam telur dan tepung. Kemudian goreng.
.
3. Toskan minyak ayam. 4. Tumis cili kering dan daun kari sampai garing.
.
.
5. Masukkan bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah
.
6. Letak semua sos tadi secukupnya. Ikut kuantiti ayam.
.
7. Masukkan sedikit air. Biar sedikit pekat. Masukkan pes asam jawa dan gula serta garam secukup rasa. 9. Masukkan ayam goreng tepung tadi dan gaul.
.
10. Bila sebati, biar sekejap dan siap!
Kredit : Patin Fauzi
FB :KONGSI RESEPI MASAKAN DAN PETUA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bubur wadai kepeng ini memang tak asing kalangan orang Banjar. Bubur yang sama bagi masyarakat Jawa dikenali sebagai bubur candil.
Sedapnya memang tak dinafikan, bebola dari tepung pulut yang kenyal dihirup bersama kuah santan aroma pandan yang manis berlemak memang enak sekali.
Bagi yang teringin nak makan, boleh cuba buat sendiri guna resipi di bawah.
3 cawan tepung pulut
½ sudu teh garam
Air secukupnya
2 cawan air
1 ketul gula kabung
4 sudu besar gula merah
4 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam
½ mangkuk sagu (direndam dulu lebih kurang 10 minit)
3 cawan santan
3 helai daun pandan (disimpul)
1. Satukan tepung pulut dan garam, tuangkan air sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh yang tak melekat di tangan. Kalau suka warna-warni, boleh letak pewarna pada doh tepung pulut. Gentel bulat-bulat, kemudian tekan sedikit di tengah, ala-ala bentuk kepeng (duit syiling zaman dulu).
2. Rebus air hingga mendidih, masukkan bebola doh tadi. Bila dah timbul, angkat dan rendam dalam air biasa supaya tak melekat.
3. Dalam periuk lain, masukkan air, gula kabung, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan. Masak sampai gula larut dan kuah mendidih wangi.
4. Masukkan sagu yang dah direndam, kacau rata. Bila sagu mula jernih, masukkan santan.
5. Akhir sekali, masukkan bebola pulut yang dah direbus tadi. Perasakan manis, lemak supaya cukup rasa. Siap untuk dihidang!
INFO
‘Wadai’ dalam bahasa Banjar bermaksud kuih atau hidangan manis, manakala ‘Kepeng’ pula merujuk pada duit syiling lama yang bulat dan ada lubang di tengah. Sebab itu bebola pulut dalam bubur ini digentel bulat dan ditekan tengah-tengah, jadi bentuknya sama macam duit kepeng zaman dulu!
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.