
Sedapnya Quiche Bayam Dan Keledek ni. Siapa kata hidangan vegetarian tidak memikat selera? Jika kena olahan bahan-bahannya, pasti sajian yang disediakan memikat rasa. Hanya menggunakan Nestlé JUST MILK dan MAGGI Cukup Rasa, anda tidak perlu lagi menambah garam dan gula ke dalam masakan. Semuanya sudah cukup sempurna dan seimbang. Jika suka pedas, nikmatilah pastri enak ini dengan Sos Cili MAGGI. Memang sangat sempurna dan memikat deria rasa. Jom cuba resipi istimewa ini. Pasti anda sekeluarga sukakannya.
RESIPI QUICHE BAYAM DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN A (PASTRI):
- 260gram tepung gandum
- 180gram mentega sejuk
- 1 biji telur (gred A)
- 2 sudu makan Nestlé JUST MILK sejuk
BAHAN-BAHAN INTI:
- 1 mangkuk (sederhana) daun bayam – bersihkan, celur 2 minit & toskan
- 2 biji ubi keledek sederhana – cincang dadu dan rebus separuh empuk
- 1 cawan Nestlé JUST MILK
- 2 biji telur – pukul dengan garfu
- 1 sudu makan mentega
- 1 labu bawang besar – cincang dadu
- 2 ulas bawang putih – cincang halus
- 2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
- ½ sudu teh oregano kering
- ½ sudu teh basil kering
- ½ sudu teh chili flakes
- Parutan keju parmesan/cheddar secukupnya – pilihan
CARA MEMASAK:
- Satukan kesemua bahan A dan uli hingga sebati.
- Simpan doh di dalam peti sejuk selama 45 minit atau lebih.
- Sementara itu, buat inti quiche; panaskan mentega di dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Masukkan ubi keledek, bayam celur yang dicincang sedikit, susu Nestlé JUST MILK dan kacau rata. Tambah oregano, basil, chili flakes dan MAGGI Cukup Rasa. Tutup api. Masukkan bancuhan telur dan kacau.
- Keluarkan doh dari peti sejuk. Biarkan sedikit lembut (untuk mudah mencanai). Canaikan doh dan letak doh di dalam acuan quiche yang telah disapu sedikit mentega. Letakkan parchment paper di atas pastri. Kemudian tambah pemberat (kacang) lalu bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15 minit. Keluarkan pemberat dan parchment paper. Sejukkan pastri sebentar.
- Tuang inti secukupnya ke dalam pastri yang telah dibakar separuh masak tadi. Tabur parutan keju secukupnya (jika suka).
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 170-180C selama 15-25 minit atau hingga keperang-perangan.
Size hidangan : 8-10 biji (3-4 orang)
Waktu penyediaan : 35 minit
Waktu membakar : 25 minit
NAK MENANG WANG TUNAI BERJUMLAH RM280,000? BEGINI CARANYA!
Serlahkan kreativiti anda dalam menghasilkan pelbagai hidangan snek enak dan berkhasiat untuk keluarga dengan menyertai cabaran #SNEKMACAMPRO dengan NESTLÉ & rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan!
Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu:
- Sedia satu hidangan snek (bite size snack/pencuci mulut/minuman/pastri) secara kreatif menggunakan produk-produk Nestlé Malaysia terpilih (MILO®, NESCAFÉ, NESTUM, KITKAT, Nestlé Ice Cream, Nestlé Omega Plus, Nestlé EveryDay, Nespray, MAGGI® Nestlé Just Milk)
- Rakam masakan anda dalam bentuk gambar atau video.
- Muat naik di akaun Facebook atau Instagram anda dan sertakan hashtag SnekMacamPro #DearNestle. Penyertaan melalui Facebook Stories & Instagram Stories tidak akan diterima.
Anda juga boleh menghantar penyertaan melalui Dear Nestlé Facebook page – Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé.
- Ajak kawan-kawan dan saudara mara untuk turut serta dalam CABARAN #SNEKMACAMPRO DENGAN NESTLÉ
- Pastikan akaun Facebook dan Instagram anda ditetapkan pada UMUM @ PUBLIC.
HADIAH-HADIAH HEBAT INI MUNGKIN MENJADI MILIK ANDA!
Hadiah Utama: RM25,000 cash x 1 pemenang
Tempat pertama: RM15,000 x 2 pemenang
Tempat kedua: RM5,000 x 5 pemenang
Saguhati: RM500 x 400 pemenang
Jadi tunggu apa lagi? Hantar penyertaan anda sekarang!
Layari Dear Nestlé Cabaran #SnekMacamPro dengan Nestlé untuk maklumat lanjut:
https://www.dearnestle.com.my/cabaran-snek-macam-pro
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
6 Resipi Minum Petang Paling Sedap, Kegemaran Anak-Anak

Tidak lengkap minum petang tanpa hidangan bergoreng seperti aneka cucur pelbagai perisa, cempedak goreng, pisang goreng dan sebagainya. Rangup dan sedap, ia bukan sahaja disukai oleh orang dewasa malah kanak-kanak pun leka menikmatinya.
Banyak gerai yang menjual hidangan bergoreng begini namun sukar nak jumpa yang betul-betul kena dengan selera. Tapi ada cara untuk menikmati sajian minum petang yang enak dan memenuhi cita rasa semua hanya dari dapur anda!
Nikmati Pisang dan Cempedak Goreng yang sedap dan rangup hanya dengan menggunakan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g. Lengkap dengan campuran tepung dan perasa yang diperlukan. Setiap gorengan disalut sempurna dan ditambah aroma vanila yang memikat selera. Paling penting, ia sangat mudah disediakan. Hanya tambah air secukupnya, dah siap adunan.
Masak cucur juga jadi lebih mudah dengan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g. Jika sebelum ini nak masak cucur tapi susah nak anggar sukatan tepung, air dan perasa yang tepat. Hasilnya cucur yang dimasak jadi keras, tidak rangup dan kadang-kala, kurang rasa. Tak berselera nak makan. Tapi kini tidak perlu risau lagi.
Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g ini dihasilkan dengan sukatan yang lengkap bagi memudahkan anda menghasilkan cucur yang sangat enak. Cukup dengan perasa dan rempah yang diperlukan. Tak perlu lagi tambah perasa tambahan. Hanya masukkan hirisan sayur-sayuran dan goreng hingga kuning keemasan. Sedapnya memang tak terkata. Rangup diluar, lembut di dalam, sangat membuka selera. Pendek kata memang boleh habis sepinggan bila dicicah dengan sos kegemaran.
Jomlah masak menu goreng-goreng petang ni. Seri-Aji® kongsikan seleksi resipi sajian minum petang yang sedap dan mudah yang anda boleh masak untuk keluarga. Selamat mencuba!
1. CUCUR SAYUR Seri-Aji®
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 150g lobak merah – potong memanjang
- 50g kubis – potong memanjang
- 18g daun kucai – potong kecil 1cm
- 8g daun saderi – potong kecil 1cm
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan hirisan lobak merah, kubis, daun kucai dan saderi. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.
2.CUCUR UDANG Seri-Aji®
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 375g udang
- 30g daun kucai – potong kecil 1cm
- 25g bawang merah – hiris
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan udang, hirisan daun kucai dan bawang merah. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 17 biji cucur.
3. CUCUR JAGUNG
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g
- Minyak masak secukupnya
- 250g jagung manis
- 1 biji bawang Holland – cincang
- 2 tangkai daun sup – cincang
- 325ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g bersama 325ml air.
2.Tambahkan jagung manis, bawang kuning dan daun sup. Gaulkan sehingga sebati.
3.Ambil adunan dengan sudu dan goreng dengan minyak panas sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Cucur 225g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji cucur.
4.PISANG GORENG Seri-Aji®
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 15 biji pisang
- 150ml air
CARA MEMASAK:
1. Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.
2.Salutkan pisang dengan adunan tepung.
3. Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 15 biji pisang.
5. CEMPEDAK GORENG Seri-Aji®
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 30 ulas cempedak
- 150ml air
CARA MEMASAK:
1.Adunkan Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g bersama 150ml air.
2.Salutkan cempedak dengan adunan tepung.
3.Gorengkan sehingga warnanya kuning keemasan.
*Sepaket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g boleh digunakan untuk menggoreng 30 ulas cempedak.
6. CHURROS
Cadangan hidangan: 4-5 orang
BAHAN-BAHAN
- 1 paket Seri-Aji® Tepung Goreng Pisang 150g
- Minyak masak secukupnya
- 50g tepung gandum
- 200g mentega
- 6 biji telur
- 1 sudu besar gula kastor
- 1/4 sudu kecil garam
- 3 sudu besar kulit kayu manis
- 3 sudu besar gula perang
- 500ml air
CARA MEMASAK:
1. Masukkan mentega, gula, garam dan air ke dalam periuk dan didihkan.
2. Setelah mendidih, kecilkan api kemudian masukkan tepung.
3. Kacau dengan spatula sehingga adunan menjadi doh lembut dan doh mula melekat pada permukaan periuk.
4. Biarkan doh sejuk selama 5 minit.
5. Masukkan esen vanila dan telur kemudian pukul dengan pengadun elektrik.
6. Pindahkan adunan ke dalam beg paip yang diletakkan nozel bintang pada hujung
7. Paipkan adunan sepanjang 10cm ke dalam minyak yang telah dipanaskan dan potong dengan gunting bersih.
8. Goreng hingga kekuningan. Ulang sehingga adunan selesai. Ketepikan.
9. Campurkan gula perang dan serbuk kayu manis, kemudian salutkan churros dengan campuran gula.
10. Sedia untuk dihidangkan.
Anda Handal Di Dapur? Ayuh Sahut Cabaran Dengan Menyertai Peraduan Seri Aji® Jaguh Memasak!
Jom sertai Peraduan 𝐒𝐞𝐫𝐢-𝐀𝐣𝐢® 𝐉𝐚𝐠𝐮𝐡 𝐌𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐤 dan rebut peluang memenangi Thermomix 6 dan pelbagai hadiah menarik yang lain!
Caranya mudah sahaja. Hanya ikut 3 langkah mudah ini:
- Pilih kategori yang anda ingin bertanding dan rakam video kreatif ‘boomerang’ yang mengandungi mana-mana produk Seri-Aji®.
- Muat naik video ‘boomerang’ di laman sosial (facebook/Instagram) anda dan tetapkan pada tetapan umum (public).
- Tuliskan kapsyen mengenai kenangan indah anda ketika memasak menggunakan produk Seri-Aji® dan letakkan ‘hashtag’ #SeriAjiJaguhMemasak #SeriAji & tag @HiAjinomoto.
HADIAH INI BAKAL MENJADI MILIK ANDA!
- HADIAH UTAMA: Thermomix 6 Kitchen Gadget (layak jika anda menyertai kesemua tiga kategori)
- PEMENANG JAGUH NASI GORENG: “Molly” Kuvings Multi-Function Cooker
- PEMENANG JAGUH AYAM GORENG: PerySmith 30L Air-Fryer Oven (saiz XXL)
- PEMENANG JAGUH SNEK PETANG: Le Creuset Signature Round French Oven 18cm + Venus Spatula Spoon
ISTIMEWA UNTUK 50 PESERTA TERAWAL: Baucar Shopee bernilai RM10
Tempoh Peraduan: 8 November – 19 Disember 2021
Untuk info lanjut mengenai kategori, hadiah, dan cara menyertai peraduan, sila layari – http://www.ajinomoto.com.my/seriajijaguhmemasak/
Jom hantar penyertaan anda sekarang!
Aneka Resipi Berasaskan Ubi Kentang U.S. Sedap & Memang Wajib Cuba

Ubi Kentang merupakan bahan masakan pelbagai guna serta salah satu sumber karbohidrat dalam hidangan harian bagi membantu membekalkan tenaga serta khasiat buat tubuh badan.
Ibu-ibu yang gemar memasak menggunakan ubi kentang, pastinya akan memilih kentang berkualiti terbaik dan lebih menyihatkan untuk digunakan dalam masakan. Antara yang dipercayai adalah seleksi ubi kentang dari Amerika Syarikat.
Kenapa U.S. Potatoes merupakan pilihan terbaik? Ini kerana seleksi ubi kentang dari USA ini ditanam di ladang-ladang milik petani yang telah mengusahakan tanaman ini berabad lamanya dan diwarisi dari generasi ke generasi.
Seiring dengan kepakaran mereka, ia ditanam menggunakan teknologi terkini bagi menghasilkan kentang berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna di seluruh dunia.
Kentang-kentang U.S. Potatoes menjadi pilihan ramai kerana ia mengandungi banyak manfaat terhadap kesihatan. Antara manfaat yang terdapat pada Label Fakta Pemakanan ialah:
1. SUMBER VITAMIN C YANG BAIK
Dikenali sebagai sayuran berkhasiat yang kaya dengan vitamin C. Ia sangat baik dalam membantu meningkatkan sistem imun dan meningkatkan tahap tenaga tubuh.
2. MENGANDUNGI POTASSIUM LEBIH DARI SEBIJI PISANG
Yang ini ramai yang tak tahu. Kentang sebenarnya mengandungi kandungan potassium yang lebih tinggi berbanding pisang dimana sebiji kentang lengkap berkulit saiz sederhana mempunyai 620mg potassium iaitu 15% daripada nilai harian. Potassium adalah elektrolit yang penting untuk fungsi otot namun ia akan hilang menerusi peluh. Jadi potassium perlu diisi semula untuk mengekalkan prestasi optimum.
3. SUMBER VITAMIN B6
Kentang adalah sumber vitamin B6 yang baik dimana 1 biji kentang saiz sederhana menyediakan 10% daripada nilai harian yang disyorkan. Vitamin B6 ialah vitamin larut air yang memainkan peranan penting dalam metabolisma karbohidrat dan protein. Ia membantu badan menghasilkan asid amino tidak penting yang diperlukan untuk membina pelbagai protein badan.
4. TIDAK MENGANDUNGI LEMAK, GARAM & KOLESTEROL
Ya, kentang secara semula jadi bebas lemak, bebas kolesterol dan rendah natrium. Di samping itu, kentang yang dimakan dengan kulit adalah sumber potassium yang baik. Makanan yang kaya sumber potassium dan rendah natrium boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan strok.
5. RENDAH KALORI
Bagi anda yang ingin menjaga pemakanan serta mengekalkan bentuk badan, ubi kentang adalah sumber terbaik kerana ia hanya mempunyai 110 kalori dalam setiap hidangan.
Masak menggunakan U.S. Potatoes ternyata lebih menyihatkan malah boleh dipelbagaikan mengikut selera. Sajian tradisi, moden mahupun barat, semua boleh dimasak dengan lazat malah digemari ramai tidak mengira usia.
Aneka lauk pauk, sajian bergoreng, sup, kuih muih, snek dan pastri, semuanya enak dimasak menggunakan U.S. Potatoes. Paling penting, sajian yang anda masak dihasilkan dari bahan terbaik yang memenuhi nutrisi yang diperlukan.
Istimewa buat anda, U.S. Potatoes ingin berkongsi 10 resipi homemade yang mudah, ringkas dan sedap yang sesuai dijadikan sajian buat keluarga tercinta. Cubalah! Pasti anda sukakannya. Jom cuba!
1. DAGING GORENG UBI KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 300gm daging batang pinang
- 2 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dan digoreng separuh masak
- 1/2 sudu makan serbuk kunyit
- 1/2 sudu makan serbuk kari
- 2 ulas bawang putih – dihiris
- Sedikit minyak untuk mengoreng
- Garam secukup rasa
- 125ml air
CARA MEMASAK:
- Masukkan daging ke dalam periuk dan rebus menngunakan api kecil selama 20 minit. Sejukkan daging seketika.
- Hiris daging nipis-nipis dan lumurkan dengan campuran serbuk kunyit, serbuk kari dan garam. Perap seketika.
- Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
- Kemudian masukkan daging. Goreng hingga separuh masak lalu masukkan air dan juga ubi kentang.
- Ubah suai rasa mengikut cita rasa anda dan sedia untuk dihidangkan.
2. BERLADO KENTANG BILIS
BAHAN-BAHAN:
- 100gm ikan bilis – digoreng garing
- 3 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong baji dan digoreng
- 100gm cili merah – dikisar
- 50gm cili padi merah – dikisar
- 1 biji bawang besar – dikisar
- 1 helai limau purut – dikisar
- 1/2 sudu teh garam
- 3 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing.
- Masukkan garam. Kacau rata.
- Kemudian masukkan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
- Sedia untuk dihidangkan.
3. GULAI KAWAH
BAHAN-BAHAN:
- 500gm daging – dihiris
- 300gm bawang besar – dikisar halus
- 100gm bawang merah – dikisar halus
- 50gm halia – dikisar halus
- 50gm lengkuas – dikisar halus
- 50gm kunyit hidup – dikisar halus
- 200gm serbuk kari daging – dibancuh bersama air
- 3 batang kulit kayu manis
- 1 sudu teh buah pelaga
- 5 kuntum bunga lawang
- 5 batang serai – diketuk
- 800ml santan
- 3 biji ubi kentang Russet U.S. – potong kecil
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
- Masukkan bancuhan serbuk kari, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Kacau hingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan daging dan ubi kentang. Kacau sebentar. Kemudian masukkan santan dan kacau lagi.
- Masak hingga ia sedikit pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Hidangkan dan sedia dinikmati.
4. TALAM BERLAUK
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawang tepung gandum
- 2 sudu makan tepung jagung
- 200ml santan segera
- 1 biji telur ayam
- Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK LAUK:
- 200gm daging kisar
- 1 biji ubi kentang Russet U.S. – potong dadu halus
- 1 biji bawang besar – dadu halus
- 3 ulas bawang putih – cincang halus
- 1 sudu makan rempah kari
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 biji cili padi – hiris halus
- 1 pokok daun bawang – hiris halus
- 3 sudu makan bawang goreng
- 1 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan sedikit air, kacau rata 1-2 minit.
- Masukkan daging kisar dan kentang. Gaul rata. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
- Sebelum angkat, masukkan hirisan cili dan daun bawang, gaul rata.Tutup api dan ketepikan.
- Untuk menyediakan talam, campurkan semua bahan, masukkan dalam pengisar, kisar hingga sebati.
- Tapiskan dalam periuk, renehkan menggunakan api perlahan hingga keluar wap dan sedikit pekat. Tutup api.
- Masukkan dalam loyang yang telah disapukan minyak masak dan dilapiskan dengan plastik.
- Tuangkan adunan tadi di dalam loyang dan kukus menggunakan pengukus yang telah sedia dipanaskan.
- Setelah separuh masak, tuangkan bahan tumisan daging kisar di atas permukaan talam, ratakan dan taburkan sedikit lagi daun bawang dan bawang goreng.
- Terus kukus hingga talam masak, lebih kurang 15 minit lagi.
- Tutup api, dan buka penutup kukus dan biarkan sejuk sebelum dipotong.
5. SUP KENTANG BAKAR
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang Russet U.S. – dipotong dadu kecil
- 1 sudu makan minyak zaitun
- 1 sudu teh daun rosemary
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 sudu makan mentega
- 12 kepingan bacon daging – hiris kecil
- 6 cawan susu
- 130gm keju cheddar – diparut
- Garam dan serbuk lada hitam secukupnya
- 10gm yogurt
CARA MEMASAK:
- Gaul ubi kentang bersama minyak zaitun dan daun Rosemary. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180C selama 40 minit. Setelah masak, lenyekkan.
- Dalam periuk berasingan, panaskan mentega dan goreng bacon daging sehingga rangup.
- Keluarkan bacon dan masukkan tepung gandum ke dalam periuk tadi. Kacau dan masak seketika.
- Masukkan susu dan kacau hingga rata. Biarkan sup mereneh dan memekat.
- Masukkan ubi kentang lenyek ke dalam campuran susu diikuti separuh dari bacon dan keju.
- Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam dengan secukupnya.
- Tuangkan dalam mangkuk sup, hiaskan dengan yogurt, lebihan bacon dan keju.
6. KENTANG BAKAR DAGING BERKEJU
BAHAN-BAHAN:
- 4 biji ubi kentang Russet U.S.
- 1/2 cawan susu segar
- 1 sudu besar mentega
- 1 biji telur kuning
- ½ sudu besar serbuk keju parmesan
- Sedikit serbuk lada sulah
- Sedikit garam
BAHAN INTI DAGING:
- 1 mangkuk daging cincang
- 3 biji bawang merah – dicincang
- 2 sudu besar tomato puri
- 2 sudu makan minyak untuk menggoreng
- 1 sudu teh oregano
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 3 ulas bawang putih
- 1 biji bawang besar – dadu
- Sedikit garam
- Keju Mozarella secukupnya
CARA MEMASAK:
- Basuh bersih kentang dan rebus, jangan terlalu masak nanti ianya lembik. Setelah sejuk, belah dua.
- Dengan menggunakan sudu, korek isi bahagian tengah kentang bagi membentuk lubang.
- Kentang yang diambil dari bahagian tengah itu di lecek dan campurkan dengan susu segar, telur kuning, serbuk keju parmesan, lada sulah dan garam. Gaul sebati. Ketepikan.
- Untuk inti daging, panaskan minyak, tumis bawang yang dicincang hingga wangi.
- Masukkan tomato puri, daging cincang dan serbuk oregano.
- Masukkan semua bahan lain (kecuali keju mozzarella) dan perasakan.
- Campurkan isi kentang yang dikorek dengan inti daging tadi.
- Padatkan ke dalam kentang.
- Akhir sekali taburkan keju Mozarella ke atas kentang dan bakar pada suhu 150◦C dalam 25 minit atau hingga keju cair dan keperangan.
- Sedia untuk dinikmati.
7. CUCUR SAYUR KENTANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 biji ubi kentang Russet U.S. – sagat halus
- 100gm kobis – cincang halus
- 1/2 batang lobak merah – cincang halus
- 5 ulas bawang putih – kisar
- 150 gm tepung beras – ayak
- 1 1/2 sudu teh garam
- 1 biji telur – pukul menggunakan garpu
- 2 batang daun bawang – cincang
- 3/4 cawan air
CARA MEMASAK:
- Masukkan kentang, hirisan kubis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar dan kacau.
- Kemudian masukkan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
- Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan.Tambah pula telur yang dipukul dan kacau.
- Letakkan adunan sayuran di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
- Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan sayuran pada suhu bilik sebelum menggoreng.
- Panaskan minyak dalam periuk di atas api sederhana sehingga panas.
- Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan sayuran ke dalam minyak panas. Goreng dan pusingkan beberapa kali sehingga perang keemasan dan rangup.
- Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
- Hidangkan bersama sos cili.
8. TUNA POTATO FLAN
BAHAN PASTRI:
- 250gm tepung gandum
- 1 sudu teh garam
- 115gm mentega sejuk – dipotong dadu
- Air sejuk secukup
BAHAN INTI:
- 1 sudu makan mentega untuk menumis
- 1 biji ubi kentang Russet U.S. – hiris bulat
- 1 biji bawang Holland
- 1 ulas bawang putih
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 tin tuna
- 100gm lada benggala – dipotong dadu
- 2 biji telur
- ½ cawan krim masakan
- ½ sudu teh jus lemon
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan pastri, satukan semua bahan kecuali mentega dan air. Gaul rata.
- Masukkan mentega, adun hingga menjadi serbuk roti. Masukkan air sedikit demi sedikit dan adun hingga boleh dikepal sahaja. Tak perlu adun lama-lama atau terlebih uli.
- Canai doh dan letakkan doh dalam acuan pai. Kemaskan keliling acuan pai, kemudian lebihan doh dipotong dengan pisau.
- Cucuk permukaan doh dengan garpu supaya pastri tidak mengelembung.
- Blind bake pastri hingga berwarna keemasan. Ketepikan.
- Untuk menyediakan inti, panaskan mentega, tumis bawang Holland dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan garam, serbuk lada hitam dan kacau rata.
- Masukkan tuna dan perahkan jus lemon. Bila sudah masak, angkat dan ketepikan.
- Masukkan inti dengan secukupnya ke dalam pastri yang siap dibakar tadi.
- Pukul telur, susu cair hingga sebati. Masukkan daun sup. Kemudian tuang pada inti dalam pastri tadi.
- Susun hirisan kentang di atasnya dan bakar pastri sekali lagi selama 30 minit pada suhu 170C. Untuk pastikan inti benar-benar masak, cucuk lidi pada adunan telur, jika tidak melekat, itu tandanya sudah masak.
- Sedia dihidangkan.
9. MINI SHEPHERD PIE
BAHAN A (UNTUK INTI):
- 400gm daging kisar
- ½ labu bawang besar – potong dadu
- 1 ulas bawang putih – cincang
- ¾ cawan kacang panggang
- 6 biji cendawan butang -belah empat
- 5 biji tomato masak – potong dadu
- 1 batang lobak merah – potong dadu
- 1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan 1 cawan air
- 1 sudu makan serbuk lada hitam
- 1 kiub stok daging
- 2 sudu makan minyak masak
- Garam secukup rasa
BAHAN B (UNTUK TOPPING):
- 1 kg ubi kentang Russet U.S. – potong kecil
- 1/2 cawan susu segar
- 2 sudu makan mentega
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Air untuk merebus kentang secukupnya
CARA MEMASAK:
- Untuk menyediakan inti, panaskan minyak, tumiskan bawang besar dan bawang putih hingga wangi.
- Masukkan daging kisar dan cendawan butang. Kacau rata hingga daging masak.
- Masukkan lobak merah, tomato dan semua bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
- Apabila daging sudah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga masak.
- Perasakan dengan garam dan bila daging sedikit kering, tutup api. Ketepikan.
- Untuk membuat topping, kentang direbus dengan air dan sedikit garam hingga empuk.
- Ketika kentang masih panas, lecek hingga hancur sebati.
- Gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
- Masukkan adunan kentang ke dalam bekas aluminium kecil
- Seterusnya masukkan pula inti daging tadi dan tutupkan dengan kentang semula.
- Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga bahagian atasnya keperangan.
- Keluarkan dari ketuhar dan hidangkan ketika masih suam.
10. POTATO DUMPLINGS
BAHAN-BAHAN:
- 200gm isi ayam – potong dadu kecil
- 1 biji bawang merah – cincang halus
- 2-3 biji ubi kentang Russet U.S. (untuk dapatkan 1 1/2 cawan ubi kentang lecek)
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1/2 sudu teh serbuk buah pala
- 200gm tepung gandum
- Air secukupnya
- Sedikit minyak
CARA MEMASAK:
- Goreng ayam dengan bawang sehingga perang keemasan.
- Campurkan kentang lecek, telur, garam lada hitam, lada sulah, serbuk buah pala dalam mangkuk. Gaul rata.
- Tambahkan tepung dalam adunan dan uli sehingga menjadi doh.
- Bentukkan doh menjadi beberapa bahagian dumpling.
- Ambil dumpling yang telah dibentuk, tekan tengah dan masukkan isi ayam sebagai inti.
- Sambil itu panaskan air, apabila mendidih masukkan dumpling sehingga masak.
- Angkat, tos dan hidangkan.
Dah tengok resipi-resipinya? Sedap kan… Mana nak dapat Kentang Russet USA ni? Mudah je. Kentang Russet USA ini boleh didapati dengan mudah di semua pasar raya dan pasar raya besar seperti di Giant, Lotus’s, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, Village Grocer dan Cold Storage berdekatan anda. Bolehlah ke sana dan dapatkan Kentang Russet U.S. hari ini!
Jom sertai RASA MASAK CHALLENGE Potatoes Special – MASAK, SHARE & MENANG HADIAH
CARANYA MUDAH SAHAJA. ANDA HANYA PERLU:
- Masak satu hidangan menggunakan U.S. Potatoes.
- Rakam video atau ‘snap’ foto masakan bersama U.S. Potatoes mengikut kreativiti anda.
- Follow Facebook & Instagram Majalah Rasa & MY Potatoes USA.
- Muat naik video atau foto masakan di media sosial (FB atau IG) anda beserta resipi pada bahagian caption.
- Sertakan hashtag #USAPotatoesRasaMasakChallenge #majalahrasa #USPotatoes #uspotatogoodness #potatogoodness
- Tag @majalahrasa @MYPotatoesUSA dan 3 rakan anda. Pastikan akaun media sosial anda ditetapkan pada tetapan umum (public).
SYARAT PENYERTAAN:
- Tertakluk kepada semua terma & syarat
- Pemenang dipilih berdasarkan video atau gambar & resipi yang paling kreatif.
- Tarikh penyertaan: 20/6/2022 – 24/7/2022.
HADIAH INI BAKAL ANDA MENANGI!
- 1x hadiah utama – RM1,000 Retail Cash Voucher
- 2x hadiah saguhati – 1x Air fryer setiap pemenang
Anda juga boleh layari laman web https://uspotatogoodness.com.my dan facebook MY Potatoes USA untuk maklumat lanjut.
Saji-an Misteri; Masak, Kongsi & Menang Melabuhkan Tirai

25 Pemenang Berjaya Membawa Pulang Wang Tunai Bernilai Sehingga RM 11,000 Berserta Barangan Saji.
Lima minggu yang menarik dan penuh mengujakan. SAJI-AN MISTERI BERSAMA RASA telah menghadiahkan pengikut laman sosial di Malaysia khususnya pengikut RASA dan SAJI dengan perkongsian resipi-resipi dan hadiah-hadiah hebat sebagai penutup tirai tahun 2020.
Sepanjang kempen berjalan, Saji-an Misteri Bersama Rasa telah membawakan empat selebriti , dua selebriti terkenal tanah air dan dua insta-famous berkongsi lapan resipi air tangan mereka yang menggunakan barangan SAJI. Empat menu utama dan empat hidangan pencuci mulut yang dikongsi mereka begitu memikat selera yang dikongsi melalui video yang semestinya meriah dengan aksi dan celoteh mereka ketika memasak.
Bukan sekadar memasak, mereka juga turut membawa penonton menyahut cabaran Peraduan MASAK, KONGSI DAN MENANG yang menawarkan hadiah wang tunai RM500 dan barangan saji setiap seorang untuk lima pemenang selama lima minggu.
SANTAN KELAPA SAJI JADI PILIHAN
Minggu pertama kita dihidangkan oleh Insta-Famous, Ashhryyyyy yang berkongsi menu Masak Lemak Siput Sedut dan Pengat Pisang Bersagu dengan menggunakan produk terbaru saji iaitu SANTAN KELAPA SAJI.
Anda boleh mendapatkan resipi dan menyaksikan video masakan ini di : https://rasa.my/siput-sedut-masak-lemak-pengat-pisang-bersagu-sajian-misteri-x-rasa/
SANTAN KELAPA SAJI adalah seperti santan yang baru diperah tanpa pengawet dan pewarna yang menjadikan masakan sangat enak. Ashhryyyyy turun mengajak orang ramai menyahut cabaran membuat video masakan bagi memenangi hadiah wang tunai serta barangan Saji
Ternyata ramai yang menyahut cabaran itu dengan menghantar video memasak. Walau pun dalam tempoh yang tidak panjang, masing-masing berjaya menghasilkan video menarik yang begitu kreatif mengikut cara masing-masing memasak dan menyunting video.
Minggu berikutnya Datin Ismatia pula berkongsi resipi Kurma Daging dan Tepung Pelita. Siapa tidak kenal dengan Datin Ismatia yang memang pakar memasak. Melihat caranya menyediakan bahan-bahan pun kita sudah tahu beliau sentiasa memilih bahan yang berkualiti. SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan untuk kedua-dua masakan selain turut menggunakan Minyak Masak Saji, Gula Saji dan Garam Saji.
Untuk yang ketinggalan melihat video dan resipi yang disediakan, anda boleh saksikan di sini: https://rasa.my/kurmadagingtepungpelitadatinismatia/
Tidak sekadar menyaksikan video masakan Datin Isma yang sentiasa membangkitkan selera, yang menonton juga diajak untuk menyahut cabaran Masak, Kongsi dan Menang. Memang meriah bila semakin ramai yang berani mempamerkan keativiti mereka memasak sambal menghasilkan video. Bila dah banyak pemilihan perlu teliti. Dan sekali lagi lima pemenang berjaya membawa pulang wang tunai bernilai RM500 setiap seorang serta hamper barangan Saji.
SERONOK TENGOK TELATAH ZARA ZYA DAN SHARIFAH SHAHIRAH DI DAPUR
Kalau melihat Zara Zya berlakon memang sudah selalu. Lakonan mantapnya memang sentiasa dinantikan peminat drama. Tetapi bila di dapur kita tidak tahu bagaimana aksinya memasak. Tahukah dia masak terutama masakan yang susah? Namun semua persoalan terjawab bila melihat video masaknya bersama SAJI. Aksi bersahaja Zara Zya yang pantas menyediakan Tomyam Pok Tek dan Pulut Mangga memang tidak dapat disangkal kehebatannya, apatah lagi dengan menggunakan bahan utama SANTAN KELAPA SAJI.
Anda boleh saksikan aksi Zara Zya di dapur di sini https://rasa.my/tomyam-poktek-pulut-mangga-sajian-misteri-x-rasa/
Siapa yang tidak kenal dengan personaliti Sharifah Shahirah yang sentiasa ceria dan mengamatkan suasana. Baik berlakon atau mengacara, Shahirah akan selalu menyelitkan kata-kata lucu. Suasana pasti akan meriah dan begitu juga bila berada di dapur. Rendang Ayam Mak Esah dan Puding Sagu Gula Melaka dua menu yang dikongsi oleh Shahirah. Rendang Ayam menggunakan SANTAN KELAPA SAJI menjadi pilihan utama selain Minyak Masak Saji dan juga bahan-bahan lain Saji.
Saksikan aksinya memasak dan resipi di sini: https://www.rasa.my/rendang-ayam-mak-esah-puding-sagu-gula-melaka/
Peraduan MASAK KONGSI DAN MENANG semakin meriah apabila ratusan penyertaan diterima. Dan penonton semakin kreatif mencipta resipi baru dengan menggunakan pelbagai produk SAJI termasuk produk terbaru BERAS dan GULA SAJI Masing-masing mencipta resipi mengikut cara dan gaya selebriti pilihan masing-masing selain turut menyerlahkan kreativiti tersendiri. Dua minggu terakhir ini menyaksikan 10 lagi pemenang terpilih.
SAMBUTAN HEBAT , PERADUAN MASAK, KONGSI & MENANG DILANJUTKAN
Melihat sambutan hebat daripada pengikut Majalah Rasa dan juga daripada pengikut Instagram selebriti dan personaliti yang ditonjolkan, pihak pengurusan SAJI telah melanjutkan seminggu lagi peraduan bagi memberi peluang orang ramai menampilkan kreativiti mereka. Ternyata sambutan yang diterima juga sangat luar biasa. Sebagai penutup kempen Saji-an Misteri Bersama Rasa 2020, 2 hadiah Utama berupa wang tunai RM500 dan barangan saji disediakan. Juga disediakan 3 hadiah saguhati berupa barangan saji. Semuanya sebagai menghargai sokongan orang ramai kepada SAJI.
Bagi anda yang ingin menyaksikan keseluruhan video, mendapatkan resipi dan melihat siapakah pemenang-pemenang yang bertuah itu boleh layari https://www.rasa.my/rasa-x-sajian-misteri/
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Jangan lupa terus follow RASA & SAJI untuk menyertai peraduan-peraduan yang akan datang. Jumpa lagi!