Melalui facebook, Anida Osman dilihat aktif menyalurkan bantuan kepada golongan yang memerlukan. Ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini memang ramai yang mula keputusan bekalan makanan. Ini terutama kepada golongan yang bergaji hari maka suka sukar untuk mempunyai simpanan wang apabila tidak ada gaji apabila tidak boleh keluar bekerja.

Anida menyampaikan bantuan berupa makanan dan juga barangan keperluan seperti hand sanitizer serta face mask. Aktiviti murni ini dilakukan demi membantu golongan yang terputus bekalan makanan dan juga barisan hadapan.

“Untuk makluman semenjak dari sebelum PKP sehingga PKP diumumkan saya punya tugas untuk mengambil tahu perihal rakyat B40, M40 juga segelintir T20. Masa bekerja pula untuk pengetahuan tidak terhad 8 jam sebaliknya ada mencecah 10 jam, 12 jam dan pernah mencapai sehingga 18 jam 7 hari seminggu.

Tempoh PKP adalah tempoh yang sangat mencabar kerana anda akan dihujani dengan panggilan telefon, aduan di wasap dan messenger di facebook mohon ihsan bantuan kerana mata pencarian terjejas disebabkan tidak dibenarkan bekerja.”

 

SUMBANGAN UNTUK KAKITANGAN KLINIK KESIHATAN

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

Antara yang menerima sumbangan adalah kakitangan di Klinik Kesihatan  Teluk Intan. Anida hadir bersama ADUN Padir Bedamar, YB Terence Nd untuk menyerahkan face shield kepada petugas.

Semenjak bermula PKP fasa 1 dan bersambung ke fasa 2, hari ini saya bersua muka dengan frontliner KKM yang hebat berbakti pada nusa dan bangsa. Menyertai Adun Pasir Bedamar Yb Terence Nd untuk menyerahkan face shield kepada petugas-petugas ini, saya lihat semangat mereka untuk terus berkhidmat bagai tiada titik nokhtah.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

 

BUNGKUS SENDIRI PRODUK SUMBANGAN

Atas dasar komited juga, Anida membungkus sendiri face mask dan hand sanitizer yang bakal disampaikan kepada mereka yang memerlukan.Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

IKLAN

Hari ini untuk makluman saya bekerja diam-diam membungkus penutup mulut dan hand sanitizers untuk diedarkan kepada rakyat yang memerlukan.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

 

BANTUAN UNTUK OKU

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

IKLAN

Hari ini sasaran misi bantuan kami adalah kepada golongan kurang upaya. Bersama YB Terence Nd kami ke pusat SPATI dan bertanya perkhabaran mereka selama Perintah Kawalan Keselamatan. Dikhabarkan ada yang sudah mula terputus bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera. Kepada mereka di luar sana jika ada keinginan untuk membantu amat dialu-alukan. Boleh berhubung dengan saya.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

 

GOLONGAN SASAR PUTUS BEKALAN MAKANAN

Misi bantuan kemanusiaan. Saya menerima wasap mohon bantuan satu keluarga yang terputus bekalan makanan. Wanita ini bekerja sebagai pembantu warung dan terpaksa catu makanan. Mempunyai dua anak yang masih kecil.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

 

Misi bantuan hari ini perlu segera apabila saya menerima maklumat satu keluarga telah hampir terputus bekalan makanan. Makanan sudah mula bercatu . Anak masih kecil usia dari 4 tahun sehingga 16. Ayah hanya bekerja bengkel dan perlu duduk dirumah kerana patuh arahan perintah 14 hari. Syukur kerana ada penyumbang yang sangat prihatin untuk membantu rakyat Teluk Intan yang sangat terkesan dengan perintah 14 hari ini.

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

 

IKLAN

WALAU SIBUK, TETAP MEMASAK DI RUMAH

Melalui facebook juga, Anida Osman banyak memaparkan resipi yang nampak sedap untuk dicuba. Antaranya adalah Dalgona Coffee yang viral. Jom tengok resipi yang diberikan.

DALGONA

Covid-19: Pegawai Khas ADUN Pasir Bedamar, Aktif Salur Bantuan Sepanjang PKP

BAHAN-BAHAN
2 sudu kecil Nescafe
2 sudu kecil gula
2 sudu kecil air hangat
Susu segar secukupnya
Ais secukupnya

CARA MEMBUAT
1. Kacau sampai sebati Nescafe, gula dan air hangat.
2. Letak sedikit susu segar. Rasa dan letak ais batu sebagaimana yang anda suka.

Sumber: Facebook Anida Osman

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI