
Antara instagram yang seronok untuk dilihat adalah instgram milik usahawan Bonda Rozita Ibrahim. Ibu kepada usahawan yang penuh kontroversi, Datuk Aliff Syukri ini kini berada di rumah singgahan mereka yang digelar sebagai Rumah Hutan yang terletak di Batang Kali, Selangor.
Tatkala orang ramai terperap di rumah atas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun Bonda Rozita tidak merasai sedemikian. Kawasan Rumah Hutan yang luas dan dipenuhi dengan sumber alam semula jadi itu membuatkan Bonda Rozita seronok melakukan pelbagai aktiviti.
Paling menyeronokkan, beliau bersyukur dan mewah dengan makanan sumber alam yang diperoleh dari sekitar Rumah Hutan.
Rumah sungai sangat luas kawasannya, sini lebih banyak tanah rata. Berdekatan rumah hutan (berada di kaki bukit) saya siapkan basikal. Aktiviti riadah ini saya plan sesuai dengan kehidupan nature di sini. Saya sendiri dalam covid ni sentiasa bergerak aktif kerana di sini tak ada orang kecuali saya dan keluarga dan dua orang pembantu rumah sahaja.
Kawasan sini ada rumah pekerja yang jarakknya tak berapa jauh dari rumah kami. Saya siap buat ujian Covid dan disinfection. Sebelum covid, life kami kerja meriah macam dalam kampung sendiri.
IKAN SUNGAI, PUCUK UBI, PETAI
Gemuk-gemuk petai ni kan?
Hasil pancing malam tadi ikan baung, keli, kelah dapat 12 ekor , ikan akan keluar lepas hujan. Family dan kawan-kawan cakap tak takut atau seram duduk dekat hutan dan tepi sungai yang tidak ada penghuni? Ha aaa dulu lebih seram saya akui. Sejak dah saya bina mana ada seram dah. Malah superb senery yang paling cantik di Selangor.
RASA akui teruja melihat pelbagai sumber alam yang ada di sekitar kediaman Rumah Hutan milik Bonda Rozita. Ikan segar dari sungai, petai yang nampak begitu menggiurkan.
Saya di sini walau bebas jalan-jalan cari ikan di sungai, petik pucuk ubi, makan rebung. Umphh nikmat Allah bagi saya hidup sebagai petani dok hutan. Sebaik-baik hidup moden sebenarnya alam gak yang terbaik.
JOM LIHAT GAMBAR YANG BEST NI
Ni buah apa ya?
Rimbun buahnya.
Perghhhh.
OK, ni serius tak tahan.
Semoga Bonda Rozita happy-happy saja.
Kredit: Instgram Bonda Rozita.
10 Panduan Pilih Durian Yang Isinya Banyak Ulas, Masak Elok & Tak Keras.

Musim durian dah tiba! Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar raja buah ini. Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai durian di Perak dah mula gugur dan dijual dengan harga serendah RM6 sekilo. Wow! Memang murah. Malah penangan viral ni juga telah menyebabkan durian di Kg Gajah, Perak telah diserbu oleh para penggemarnya. Sahabat admin sendiri telah berkunjung ke kampung tersebut hujung minggu lalu dengan niat untuk borong durian, tetapi pulang hampa kerana stok durian ‘sold out’! Fuh…hebat betul penangan si buah berduri ni.
Bila permintaan sudah tinggi, maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan dengan menjual durian yang belum masak sepenuhnya. Jika terkena, memang sakit hati kan? Dah lah beli mahal, nak makan pun tak sedap. Lagipun, buah berkulit tebal ni susah juga nak agak kondisi isinya. Oleh itu, jom belajar cara-cara nak kenal dan pilih buah durian yang masak sempurna dan sedap.
TIP PILIH BUAH DURIAN AGAR TAK KENA TIPU
1. DURI

Perkara pertama untuk memilih durian yang masak sempurna, banyak isi dan manis, lihat pada durinya. Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya ia memiliki isi yang masak elok, kering dan manis.
2. BAU
Cium baunya. Jika durian tersebut berbau manis yang kuat, itu tandanya durian tersebut mempunyai kualiti yang bagus. Jika kurang berbau, ia bermakna durian tersebut masih belum matang dan perlu disimpan beberapa hari sebelum dinikmati.
3. BENTUK BUAH

Pilih buah yang berbentuk bulat. Ini kerana biasanya buah berbentuk bulat ini memiliki ulas yang tebal isinya. Berbanding dengan buah berbentuk lonjong, ulas isinya agak kecil namun rapat. Elakkan mengambil buah yang kulitnya senget dan tidak rata kerana ada kemungkinan isinya sedikit.
4. KULIT
Lihat kulit durian. Jika bahagian luarnya kelihatan luka atau ada kecacatan, elakkan buah tersebut kerana berkemungkinan isinya juga tidak elok dan busuk. Jika ini terjadi, pasti kecewa. Dahlah mahal, busuk pula tu.
5. TANGKAI BUAH

Pilih buah yang tangkainya masih segar dan berwarna cerah kerana ia petanda buah tersebut masih baru. Elakkan buah bertangkai gelap dan kecut kerana berkemungkinan buah tersebbut telah lama gugur dan rasanya pun pasti kurang enak. Selain itu, dikatakan durian yang jatuh dari pokok mempunyai hujungn tangkai yang bergerigi. Jika kelihatan rata atau seperti bekas dipotong, ada kemungkinan durian tersebut dipetik sebelum gugur dan diperam terlebih dahulu.
6. GONCANG BUAH

Angkat dan goncang sedikit buah durian. Jika ada bunyi seeprti isi buah bergetar, ia bermakna buah tersebut mempunyai isi yang telah masak dan manis. Buah durian yang matang, isinya yang kering akan terpisah dari dinding kulit dan berbunyi apabila digoncang.
7. KETUK KULIT DURIAN
Ambil hulu pisau dan cuba ketuk buah. Jika bunyinya seperti bergema padu seakan bunyi ‘buk-buk’, tandanya masak elok la tu. Jika berbunyi sebaliknya dan seakan tiada ruang, berkemungkinan durian belum matang dan isinya keras.
8. PILIH DURIAN 5 PANGSA

Buah durian mempunyai pangsa (bahagian yang mempunyai isi). Ia boleh dilihat menerusi garis-garis yang ada dipermukaan kulit buah. Sebaiknya pilih durian yang mempunyai 5 pangsa kerana dipercayai isinya lebih banyak serta tebal berbanding durian yang mempunyai 6 pangsa atau lebih.
9. ELAKKAN DURIAN MEREKAH

Buah durian yang merekah biasanya kurang ‘umphh’ kerana ia telah lama jatuh. Jika dibeli, dikhuatiri durian anda ada yang dah terasa masam kerana tindak balasnya dengan udara. Sebaliknya, pilihlah durian yang belum merekah. Jika nampak sikit-sikit merekah tapi belum emnampakkan isinya pon masih ok.
10. MAKAN DI KEDAI
Cara paling mudah dan dijamin puas hati. Jika makan di kedai, andai terbeli buah yang kurang elok, anda boleh menukarnya dengan buah yang baru. Memang puas hati dan berbaloi dengan harga yang dibayar. Malah, dengan cara ini juga boleh mengelakkan anda dari ditipu oleh sang penjual. Kereta anda pun tak berbau.
Keenakan Masakan Puan Sri Nisa Dapat Liputan TV Sepanyol. Jom Cuba Dua Resipi Best Ni!

Puan Sri Shariffa Nisa Bakri kelihatan anggun mengenakan kebaya labuh rona merah jambu menyambut ketibaan kami dengan ramah ditemani Dato’ Azlin. Terdetik di hati sudahlah cantik pandai pula memasak. Sebelum ini hanya mendengar cerita dan menonton Puan Sri memasak di dalam satu program TV sahaja. Namun tanpa disangka kami bertuah dapat melihat dan menjamah masakan dari air tangan beliau yang khabarnya akan menyediakan dua menu, iaitu Kari Ikan Masin Kurau Dengan Udang dan Asam Pedas Ikan Tenggiri Ala Nyonya.
Memandangkan Puan Sri Nisa sudah siap berdandan, kami terus sahaja memulakan sesi fotografi di ruang tamu sambil beliau bercerita mengenai bukunya ‘I am Not A Chef’ dan pes kari dan asam pedas yang diformulasikan sendiri oleh beliau dan kini ada dijual di beberapa pasar raya terpilih.
Selesai fotografi, Puan Sri Nisa segera ke tingkat atas untuk menukar pakaian sebelum masuk dapur untuk memasak. Selang beberapa minit, beliau turun dengan gaya kasual yang cukup santai namun tetap cantik dengan gaya sederhana itu.
“Usah bimbang saya masak tak lama. Semua bahan sudah siap tinggal masak saja tak sampai setengah jam boleh siap dan kita boleh terus rasa masakan saya ini,” ujar Puan Sri sambil memberikan tip menjadikan memasak sebagai satu aktiviti yang menyeronokkan.
Tidak sampai 30 minit, dua masakan yang dimasak menggunakan pes kari dan pes asam pedas siap dimasak oleh Puan Sri dan terus dihidangkan panas-panas di meja makan sambil mempelawa kami menjamah masakannya itu. Ternyata ia tidak mengecewakan sedap dan menyelerakan.
MINAT MEMASAK
Sambil menikmati hidangan, Puan Sri Nisa bercerita tentang minat beliau yang suka memasak dan tanpa disangka minat itu terus berkembang dan kini membuka peluang bisnes pula.
“Minat memasak tu memang sejak daripada kecil, bila remaja saya luaskan pengalaman dengan belajar memasak berpandukan buku resipi. Rujukan pertama saya adalah buku resipi chef Wan, bila sekali masak menjadi, keterujaan untuk memasak itu semakin kuat. Hingga bila anda rakan-rakan suruh masak, saya tidak membantah sebaliknya seronok memasak untuk mereka.
Keseronokan itulah yang mendorong saya untuk mencuba lebih banyak resipi baru dan cuba mengolah semula sebahagian resipi mengikut selera. Bila sudah berkeluarga, saya menjadi lebih cerewet terutama dalam soal apa yang mahu dimasak. Sekarang menyediakan makanan sihat dan sedap adalah keutamaan saya,” ujar beliau lagi.

SERONOK DI DAPUR
Selain seronok memasak, Puan Sri Nisa juga mengakui bahawa makanan adalah agen mengeratkan hubungan dan kasih sayang keluarga kekeluargaan serta menjalin kemesraan sesama rakan-rakan dan. Kata beliau, lebih baik lagi jika masakan itu dimasak dengan hati yang ikhlas.
“Sebenarnya, saya kalau tidak ada apa nak dibuat bila berada rumah, ke dapurlah saya masuk. Tengok apa yang boleh dimasak, tak kisahlah walau hanya buat jemput-jemput. Kadang-kadang dengan melihat barang yang ada di dapur di kepala sudah ada idea nak masak apa. Lebih seronok lagi kalau masakan tu dinikmati dengan berselera oleh keluarga atau tetamu yang datang ke rumah.
“Bila kita seronok memasak, keikhlasan itu hadir dalam diri dan mulalah kita akan mendoakan yang baik-baik untuk ahli keluarga, rakan mahupun tetamu yang akan menikmati hidangan itu nanti. Sekurangnya biarlah mereka dengan puas makan dan seronok dijamu. Secara tidak langsung ia pasti dapat menyatukan hubungan suami isteri, menyuburkan kasih sayang anak-anak dan mengeratkan hubungan sanak saudara serta rakan bila kita sama-sama duduk di meja makan menikmati hidangan tersebut,” ujar Puan Sri yang sangat suka ke pasar.
Katanya, kalau beliau sudah ke pasar terutama di pasar yang menjual barang-barang segar, pasti tidak sedar ada barang yang tidak sepatutnya dibeli akan beliau beli. “Kepantangan saya kalau ke pasar yang menjual ikan, seafood dan sayur-sayur segar, habislah semua nak beli dan nampak sedap. Saya tak kisah walaupun lama ke pasar yang penting puas hati, mungkin disebabkan saya ni suka memasak,” cerita Puan Sri lagi.

PELUANG BISNES
Melihatkan bakat dan minat Puan Sri yang suka memasak, rakan-rakan mula menyarankan beliau membuat buku masakan dan menjadikan ia sebagai satu cabang bisnes.
Atas dorongan itulah, beliau telah menerbitkan sebuah buku berkaitan pengalaman beliau dengan masakan serta resipi yang dicuba. Tanpa diduga buku tersebut sudah beberapa kali diulang cetak. Dari situ timbul idea untuk membuat pes masakan.
“Dari buku, kemudian saya buat pula pes, buat masa ini saya sudah pasarkan dua jenis pes, kari dan asam pedas. Kedua-dua pes ini sebenarnya, jika anda kreatif ia boleh dipelbagaikan cara memasak. Contoh pes asam pedas, selain boleh digunakan untuk asam pedas biasa, ia boleh dijadikan asam pedas Nyonya atau pun tomyam. Semuanya atas kreativiti memasak. Beliau juga mempunyai restoran di Bangunan Tabung Haji di Damansara Utama yang sentiasa mendapat sentuhan air tangannya.

Terbaru, dalam usaha melebarkan sayap perniagaan dan memperkenalkan masakan tradisional Malaysia, Puan Sri Nisa telah berkunjung ke Sepanyol dan membuat beberapa demo memasak serta turut memasak di dapur Chef Antonio, Chef terkenal di Sepanyol. Kunjungan dan aktiviti mendapat liputan televisyen. Tahniah Puan Sri semoga usaha Puan Sri akan terus mendapat perhatian dunia.

KARI IKAN MASIN BERSAMA UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 500gm udang |saiz XL
- 150 gm isi ikan masin kurau | rendam dan goreng
- 2 sudu makan telur masin | kuning sahaja dan hancurkan
- 3 sudu makan pes kari
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 biji bawang holland | potong dadu besar
- 2 biji tomato | potong dadu
- 2 batang kacang bendi | potong dua
- 2 tangkai cili hijau | potong dua
- 1 tangkai daun kari
- 1cawan santan pekat
- Air secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan periuk tanah, panaskan minyak.
- Tumiskan halba campur bersama daun kari, kacau hingga wangi.
- Seterusnya masukkan masukkan pes dan kacau lagi. Jika terlalu pekat tambah air.
- Kemudian masukkan ikan masin, diikuti dengan sedikit lagi air. Biarkan seketika.
- Masukkan bahan sayuran, kacang bendi, tomato dan cili hijau.
- Ia diikuti dengan udang, kuning telur masin dan santan.
- Kacau dan biarkan mendidih dan udang masak.
- Angkat dan hidangkan.
INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam atau perasa kerana ikan masin dan telur asin sudah masin dan pes juga sudah cukup asam garam.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak :15 minit
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan terasa rempah kari
Anggaran kos : RM 35.00
Jika anda penggemar Asam Pedas wajib klik: :http://bit.ly/2z46Xag

ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI ALA NYONYA
BAHAN-BAHAN:
- 500gm ikan tenggiri | bersih dan tos
- 2 sudu makan pes asam pedas
- 2 sudu makan telur masin | bahagian kuning dan dihancurkan
- 2 kuntum bunga kantan | hiris
- 1 biji bawang Holland | potong dadu besar
- 1 biji tomato | belah empat
- Sedikit daun ketumbar | hiris
- 2 tangkai daun kesum | lurut dari tangkai
- 2 biji cili merah | belah dua
- 2 biji cili hijau | potong dua
- 1/2 cawan santan pekat
- Air secukupnya
- 2 sudu makan minyak masak
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dalam periuk, tumis pes (campur sedikit air jika terlalu pekat).
- Masukkan bawang Holland, kacau seketika dan tambah air secukupnya.
- Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, cili merah dan hijau.
- Bila ikan masak, masukkan santan dan telur kuning, biarkan mendidih seketika.
- Sebelum angkat masukkan tomato dan daun ketumbar.
- Sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Jika tidak dicampurkan santan, masakan akan menjadi asam pedas biasa.
Saiz hidangan : 5 orang
Waktu memasak :15 minit
Jenis masakan : Lauk pauk
Keistimewaan: Enak dan berperisa
Anggaran kos : RM 35.00
Peria Goreng Mamak Paling Cepat Sold Out, Memang Senang Nak Buat!

Karela Fry atau mudah dipanggil peria goreng adalah salah satu makanan sampingan yang popular di restoran mamak. Untunglah kalau time pergi tu peria baru digoreng panas-panas lagi.. kalau silap time dapatlah yang dah lemau sikit. Peria goreng ini sedap dimakan bersama dengan nasi panas bersama kuah kari campur. Ia cukup popular di seluruh India utara, di India selatan ia dikenali sebagai kakarakaya goreng.
Peria sangat bagus dalam membantu menjaga kulit kita agar kelihatan segar dan bersinar jika dimakan dengan kerap, ia juga menjadikan sistem imunisasi tubuh lebih kuat disamping membantu orang yang mengalami sembelit dan banyak lagi.
Peria memang terkenal dengan rasanya yang pahit. Bahkan hanya mendengar namanya sahaja akan membuatkan kita terasa kepahitannya. Tahu tak sebenarnya, nikmatnya buah peria di rasa pahitnya itu lah. Tetapi ramai yang tidak suka disebabkan rasa pahit itu. Sayur peria biasanya akan dimasak melalui pelbagai jenis masakan yang kena dengan rasa pahit sayuran tersebut. Buat mereka yang ingin merasakan kenikmatan sayur peria tetapi tidak ingin merasakan pahitnya peria tersebut, ini kami kongsikan cara yang sudah digunakan sejak dulu lagi bagi menghilangkan rasa pahit pada peria.
Cara menghilangkan rasa pahit peria:
- GARAM
Garam merupakan bahan dapur yang boleh mengatasi rasa pahit pada sayuran termasuklah peria. Bagaimana caranya? Potong peria kepada dua bahagian dan buang bijinya serta bersihkan selaput yang terdapat di bahagian dalamnya. Kemudian, hiris nipis peria tersebut. Tabur dan sebatikan garam secukupnya pada potongan peria tadi. Biarkan selama 15 minit dan cuci sehingga bersih menggunakan air yang mengalir. Peria tadi sudah sedia di masak mengikut selera anda. Anda juga boleh merebus sehingga empuk sayur peria tersebut dengan air yang ditambah garam. Setelah tapiskan air rebusan berkenaan, anda boleh mula memasak mengikut citarasa anda.
- GULA PASIR
Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu. - DAUN JAMBU BIJI
Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.
Resepi Peria Goreng
Bahan:
- 3 buah peria dikupas dan dipotong menjadi bentuk cincin
- garam – secukup rasa
- ½ sudu serbuk kunyit
- 2 sudu besar minyak
- ¾ sdt Serbuk cili merah
- ¾ tsp daun ketumbar panggang
- daun ketumbar dicincang untuk hiasan.
Cara-cara:
- Potong peria dalam bentuk bulat (terpulang)
- Tambahkan sedikit garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk dan gaulkan.
- Masukkan minyak dalam kuali yang panas.
- Masukkan peria dan tumis selama lima minit.
- Kacau dan tumis sehingga warna coklat diperolehi.
- Masukkan serbuk cili merah dan serbuk biji ketumbar panggang.
- Tumis sehingga ia menjadi rangup.
- Hiaskan dengan daun ketumbar cincang.
- Peria goreng sudah siap !!!
Sumber: selerarasa.com & Google (gambar)
yummyindiankitchen.com