
Untitled design - 1
CookX Asia melancarkan CookX Studio ruang memasak yang lengkap dan sempurna buat content creator untuk menguji resipi dan merakam video resipi. Ini satu peluang yang istimewa untuk mereka menghasilkan resepi yang menarik dengan adanya ruang khusus sebegini.
“Pelancaran CookX Asia Studio merupakan langkah besar bagi kami, pencinta makanan dan content creator. Kami teruja untuk menyediakan ruang untuk mereka meneroka dan bereksperimen dengan resipi hasil kreativiti mereka. Begitu juga peralatan dan perkakas memasak profesional. peralatan rakaman dan pencahayaan membantu mereka mencipta content yang menakjubkan untuk pengguna pada platform CookX Asia kami.” kongsi Mia Wong, Ketua Pegawai Produk, CookX Asia.
Terletak di Eve Suites @Ara Damansara, studio seluas 2,400 kaki persegi itu dilengkapi sepenuhnya dengan kelengkapan yang diperlukan untuk memasak termasuk ; dua set kabinet dapur, pasangan kaunter reka bentuk premium, island mudah alih dan lain-lain keperluan memasak serta dilengkapi peralatan memasak, KHIND. Kerja jadi lebih mudah dengan bantuan canggih ini.
Selain itu, bertepatan dengan musim perayaan yang bakal tiba, kempen ini menyaksikan pengenalan tiga resipi ringkas yang lazat untuk pengguna apps. Setiap satu daripada resipi ini merangkumi pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut iaitu Classic Fluffy Mashed Potatoes, Tuna Pasta Frittata Omelette dan Homemade Spiced Apple Crumble.
CookX Asia Studio dirasmikan oleh duta jenama, Chef Marina Mustafa dan Joshua Benedict. Media yang dijemput turut menyertai cooking demo sempena Krismas dengan menu istimewa dan baharu ciptaan Chef Marina iaitu Tuna Pasta Frittata Omelette, hidangan ringkas namun menyelerakan sempurna menjelang cuti sekolah dan Krismas nanti.
Dikongsikan resipi membuat Tuna Pasta Frittata Omelette.Tuna Pasta Frittata Omelet
Hidangan -4 orang
Masa penyediaan – 15 minit
Masa memasak – 25 minit
Bahan-bahan:
2 sudu besar mentega
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official