Cookies Chocolate Rice Ni Gerenti Ramai Yang Suka

Share

Tak semestinya raya nak membuat biskut, kalau dah suka bila-bila pun boleh. Apa biskut yang korang teringin nak buat. Jom la try biskut yang simple macam ni. Boleh sama-sama buat dengan anak-anak nanti.

Cookies chocolate rice

Bahan-bahan:

250 butter

1 cawan gula halus(150-160)     

1 sudu kecil esen vanila

1 biji kuning telur

1 sudu besar shortening

Kacau rata tambahkan

1/2 cawan atau 100g minyak jagung

Tambah 2-3 sudu besar serbuk koko dan 1 sudu besar emulco coklat

Masuk juga 1 sudu kecil baking powder

Tambahkan 1 cawan(110g) tepung susu ke dalam gaul sebati.

1 cawan tepung jagung(110g)

Last masuk tepung gandum 400g-440g lebih kurang 4 cawan +-

Uli sampai jadi doh lembut

Canaikan doh dan terap

Susun atas tray

Panaskan oven bakar suhu 170 masa 20 minit

Biarkan sejuk dulu.

Dressing dengan

250g dark coin

1 sudu besar shortening

Cairkan

Boleh masuk piping beg atau sudu

Letak ganace atasnya

Tabur coklat rice.

Biar sejuk baru susun dalam balang.

Kredit: Azlina Ina Fans

 

IKLAN