Congo Bar Sempurna Rasa. Buat Jual Gerenti Laku Keras

Share

Ada yang dapat idea dan jalan untuk berniaga tambah pendapatan. Rezeki Allah tiada terduga. Boleh cuba buat resipi congo bar ini. Taburan coklat cip, kepingan badam dan kacang walnut di dalam congo bar ini memang padu rasa.

CONGO BAR
Bahan- bahan:
315 gram tepung gandum
250 gram gula perang-BELI ONLINE DI SINI


150 gram mentega-BELI ONLINE DI SINI
3 biji telur
2 1/2 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanila-BELI ONLINE DI SINI
100 gram coklat cip
100 gram badam keping
100 gram badam hiris
100 gram kacang walnut

Cara membuat:
1. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam (Bahan A)
2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata mentega melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan semua Bahan A.


3. Masukkan coklat cip, badam keping, badam hiris dan kacang walnut. Gaul sekata. Simpan sedikit coklat cip dan badam keping untuk ditabur pada bahagian atas Congo Bar.


4. Tuangkan adunan kedalam bekas 9 X 9 yang telah dialas dengan ‘baking paper’. Tabur coklat cip dan badam keping.
5. Bakar pada suhu 170 degree C selama 30 minit atau sehingga permukaan atas Congo Bar kuning keemasan.
Kredit: Zaky Mat Ali

 

IKLAN