Chicken Grill Dengan Sos Blackpepper Mushroom Homemade

Share

Biasa kita nikmati masakan barat di kedai. Bila dah tak boleh makan di luar, apa salah buatkan masakan barat ini secara homemade. Lebih puas rasanya dan lebih berperisa. Ayam ini lebih enak jika diperap lebih kurang sejam, lagi padu rasanya.


Chicken Grill Dengan Sos Blackpepper Mushroom
Bahan-bahan:
Ayam
5 ulas bawang putih – tumbuk
½ sudu besar lada hitam -tumbuk-BELI ONLINE DI SINI


Sos tiram + chicken stok sos
Sos blackpepper
½ sudu besar gula
1 sudu madu-BELI ONLINE DI SINI
1 sudu kecil garam
1 sudu besar Spageti bolognese herbs
campur ke semua bahan dan perap selama 1 jam ke atas dan boleh lah di grill

 

TONTON DAPUR RASA LIVE: Resipi Mangolian Beef

Coleslaw
Bahan-bahan:
Kobis- hiris dadu
Lobak merah sagat halus
5 sudu mayonis- BELI ONLINE DI SINI
½ yogurt dari bekas yogurt
Lemon- sikit
Cuka- sikit
Garam dan gula secukup rasa


Cara buat:
1.Gaulkan ke semua bahan hingga sebati.
2.Kemudian masukkan ke dalam bekas yang telah diletakkan kubis dan lobak merah.


3.Gaul sehingga sebati sejukkan dalam 1jam di dalam peti sejuk, siap untuk di makan

Blackpepper mushroom sauce
1 botol sos preggo mushroom & keju


Kicap lemak manis sedikit
5 ulas bawang putih -cincang halus
½ sudu gula
½ sudu sos blackpepper
Sedikit garam
1 sudu besar margerin atau planta
1 cawan air biasa
1 sudu lada hitam -ditumbuk


Cara membuat:
1.Panaskan kuali, masukkan planta kemudian bawang putih yang dicincang
2.Bila kekuningan masukkan sos preggo tadi,gaul sebati.
3.Kemudian masukkan air. Kacau lagi.
4.Masukkan kicap lemak manis,sos blackpepper, gula, garam, lada yang telah ditumbuk.
5.Kacau sehingga nampak pekat.Siap untuk dihidangkan bersama ayam
Kredit: Tiara eryna

IKLAN