Chicken Cordon Bleu Mudah. Bakar Boleh Goreng Lagilah Boleh

Share

Chicken Cordon Bleu kalau tengok rupa sajiannya macam susah. Tapi sajian barat yang berupa gulungan dada ayam berintikan keju dan chicken ham ni mudah dan sempoi aje buatnya.

Dalam perkongsian resipi dari FB Nurhayati Abd Malek ni , dia mendapat resipi daripada seorang Chef dan kemudian menggabungkan dengan resipi asal sajian barat ini. Lihat sahaja langkah-langkah membuatnya, insyaAllah jadi. Bak kata yati,”Sumpah senang,” hehe.

CHICKEN CORDON BLEU SEMPOI



.

BAHAN-BAHAN :

  • 1 keping dada ayam (cuci bersih)
  • Cling wrap (untuk lapik atas ayam dan memudahkan untuk digulung)
  • 3 keping ham (bergantung besar dada)
  • 3 keping keju swiss atau keju mozarella – beli online DI SINI
  • 1 sudu besar tepung goreng ayam – beli online DI SINI
  • 1 biji telur
  • 5 sudu besar serbuk roti – beli online DI SINI
  • 2 sudu besar parmesan cheese
  • 1 sudu kecil mix herbs – beli online DI SINI

CARA MEMASAK :

1. Mula-mula potong dada ayam menjadi dua seperti ini. Gunakan pisau tajam.


.

2. Ok bila dah potong dia akan jadi bentuk macam ni. Bentuk kupu-kupu. Alaskan dengan cling wrap. Sebab lepas itu kita nak tutupkan dia dan nipiskan dagingnya.


.

3. Tutupkan begini dan tumbuk perlahan hingga daging tadi jadi nipis. Boleh pakaipengetuk dia atau lesung aje. Janji berat. Tumbuk ni supaya daging mudah untuk digulung nanti.


.

4. Begini keadaan setelah diketuk/ditumbuk. Daging akan jadi nipis, maka mudahlah nak gulung nanti. Nampak makin besar kan? Daging pun bertambah sedap setelah dimasak nanti.


.

5.Kemudian letakkan chicken ham atau apa saja daging yang menjadi kegemaran anda.Chef kata sedap guna turkey ham. Yati guna ham ayam.


.

6. Kemudian letakkan keju pula. Keju boleh pilih keju apa anda. Tapi resipi asal letak keju Swiss. Ada yang nak letak keju cheddar? Chef ni cadangkan keju mozarella, Yati guna keju Swiss.


7. Kemudian gulungkan macam popia gitu. Kalau boleh tutup lah keju tu jangan bagi terkeluar.


.

8.Dah gulung, balutkan dengan cling wrap tu dan ikat begini. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 30- 60 minit. Kalau korang nak buat pagi boleh sediakan sebelum tidur. Kalau nak makan malam boleh sediakan paginya


.

9. Ok, Sementara tunggu ayam tadi membentuk kita sedia kan serbuknya pula.

10. Campurkan serbuk roti, keju parmesan dan mix herbs. Gaul rata.


.

10. Kemudian dalam bekas lain, pecahkan telur dan masukkan satu sudu tepung goreng ayam. Tepung gandum pun boleh. Tepung ubi kayu pun boleh. Jika guna tepung selain tepung goreng ayam tu kena tambah garam dan lada sulah sikit.


.

11. Inilah dia! Lepas dah keluar dari peti.


.

12. Masukkan dalam bancuhan telur dan tepung tadi. Ratakan kesemua tempat.


.

13. Taburkan serbuk roti. Gaul rata.


.

14. Masukkan dalam oven. Nak goreng pun boleh. Yang penting deep fried.

15. Bakar dalam kepanasan 180°c dalam 30-40 minit ikut kepanasan oven masing².


.

15. Ya hasilnya setelah dikeluarkan dari oven. Sedap baumya


16. Meleleh keju dia.


.

17. Kita potong lah slice bagi senang makan ke anak- anak.


.

18. Close up bahagian tepi. Sajian sedia dihidang.

Selamat mencuba, nak beli mahal juga harganya. Jom buat sendiri.

Kredit : FB Nurhayati Abd Malek

 

INGIN MEMBELI AIR FRYER UNTUK MEMUDAHKAN MENGGORENG CHICKEN CORDON BLEU, JOM BELI ONLINE DI SINI

JIKA MAHUKAN OVEN TERKINI, JOM BELI ONLINE DI SINI 

 

ANDA JUGA MUNGKIN MEMINATI VIDEO MASAKAN INI : 

 

 

DAN JUGA RESIPI RESIPI INI :

 

IKLAN