
Siapa sahaja yang tidak menggemari Chicken Chop Homemade? Lebih-lebih lagi apabila dihidangkan bersama sos lada hitam yang pekat, coleslaw berkrim dan kentang goreng. Memang membuka selera dan sesuai dinikmati pada bila-bila masa. Berita baiknya, anda tidak perlu lagi ke restoran kerana resipi perkongsian SuiSan Aliezsha ini sangat mudah disediakan di rumah menggunakan bahan-bahan yang ringkas. Hasilnya bukan sahaja sedap malah cukup berbaloi untuk dinikmati seisi keluarga.
Menariknya, sos lada hitam yang disediakan juga sangat versatil kerana boleh digunakan bersama lamb grill, stik dan juga meatball. Ikuti resipi lengkap di bawah.
4. Salutkan ayam dengan serbuk roti sehingga keseluruhan permukaannya disaluti rata.
5. Panaskan minyak menggunakan api sederhana.
6. Goreng ayam sehingga garing dan bertukar warna keemasan. Elakkan menggunakan api terlalu besar supaya bahagian luar tidak cepat hangus sementara isi masih mentah.
7. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.
2. Masukkan mayones, gula dan sedikit air panas.
3. Gaul sehingga semua bahan sebati.
4. Simpan di dalam peti sejuk selama beberapa ketika supaya coleslaw lebih segar sebelum dihidangkan.
Hidangkan Chicken Chop Homemade
bersama sos lada hitam yang pekat, coleslaw berkrim dan kentang goreng atau kentang putar. Menu ini sesuai dijadikan hidangan makan tengah hari, makan malam ataupun ketika berkumpul bersama keluarga. Jika mempunyai lebihan sos, ia juga sangat sesuai dipadankan dengan lamb grill, stik dan meatball.Kredit resipi & foto: SuiSan Aliezsha
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA: